Hana ingin masuk ke dalam bilik di mana keranda Luke di tempatkan, sebaik saja pintu di buka, Hana terkejut melihat tubuh Syasa yang terbaring di lantai.
"Syasa!!" Jerit Hana.
Tubuh Syasa di rangkul, bertambah panik bila Hana melihat kedua lengan Syasa luka dan darah masih mengalir.
"Rom!! Rom!!" Jerit Hana sekuat hati.
Rom yang sememangnya tajam pendengarannya pantas menuju ke bilik di mana Hana berada.
"Kenapa ni?" bilang Rom.
"Saya tidak tahu, saya jumpa dia begini sudah." bilang Hana menangis.
"Dia buat ritual kah apa ni? Aduhai. Kenapa orang perempuan ni suka buat yang bukan-bukan." bilang Rom.
"Please, jangan banyak cakap. Tolong saya. Kalau di biarkan ni, boleh mati si Syasa. Tak akan kita mahu kubur dua keranda!" bilang Hana geram sama Rom.
"Baiklah sayang." bilang Rom.
"Don't call me sayang. Kita tiada apa-apa hubungan." bilang Hana angkuh.
Rom mengeluh berat. Tubuh Syasa di angkat lalu di bawa keluar dari bilik. Hana menutup pintu bilik. Dia mengikuti langkah Rom menuju ke tingkat atas. Semua yang hadir hanya melihat saja.
"Mungkin wanita itu nak mati sekali."
"Dengar kata, wanita itu yang menukar Luke menjadi tengkorak."
"Kalau dia mati pun tak apa. Manusia hanya menyusahkan."
Itulah kata-kata yang sempat Hana dengar. Hana mulai berfikir untuk meninggalkan tempat itu bila Syasa tidak apa-apa. Terlalu banyak kejadian dan banyak sungguh bahaya yang menghampiri.
Syasa di letakkan di atas katil. Hana mencuci luka di lengan Syasa. Seketika, tangan Hana berhenti. Rom mengangkat kening melihat kelakuan Hana.
"Saya juga Healer kan?" bilang Hana.
Raut wajah Rom yang keliru dengan soalan Hana itu di pandang.
"Nevermind. Kalau betul saya Healer. Saya boleh sembuhkan dia." bilang Hana lagi.
Hana menutup mata. Menarik nafas panjang. Tetapi dia membuka matanya semula. Macam mana mahu sembuhkan orang sakit? Terluka? Hana garu kepala.
Tapi, tidak salah mencuba. Hana menarik nafas dan menutup mata semula. Perlahan Hana meletakkan kedua telepak tangan di luka pada lengan Syasa.
"Sembuhlah." bisik Hana perlahan.
Mata Rom membulat melihat cahaya ungu bersinar di lengan Syasa. Setelah itu, Hana membuka mata. Dia terkejut lalu berdiri dan hampir melanggar tubuh Rom.
Hana melihat luka di lengan Syasa sembuh seperti biasa. Wajah pucat Syasa beransur hilang. Hana memandang Rom.
Merasa tidak puas hati. Luka kecil di wajah Rom, di sentuh Hana. Serta merta warna ungu muncul dan luka kecil di wajah Rom sembuh serta merta."Oh my god! Sa-saya Healer?" bilang Hana terkejut sendiri.
"Yes you are." bilang Rom.
Mereka bertentang mata. Seolah pautan mata mereka itu tidak mahu beralih. Bau coklat semakin kuat terhidu oleh Rom.
"Grrr," Rom menderam berat.
"Rom.." bisik Hana.
Mata kuyu lelaki itu di pandang. Hana tersenyum.
"Yess! Saya boleh kasi sembuh orang! Yes!" bilang Hana.
Rom terkulat-kulat bila Hana pergi meninggalkan dia sendirian di bilik itu.
YOU ARE READING
THE WOLF (My mate)
FantasyIvy, Seorang wanita yang menjalani kehidupan normal sama seperti manusia yang lain. Hidupnya yang sederhana dan sering di buli membuatkan Ivy jadi tidak kisah dengan hidup. Di besarkan di rumah anak yatim. Ibu bapa langsung tidak di kenali. Ivy se...