Ivy baru keluar dari bilik kerja Sir David. Entah kali ke berapa sudah dia keluar masuk bilik kerja Sir David itu. Banyak kali sudah dia kena marah, kena ceramah tapi hal yang sama masih juga berlaku.
"Apa lah Sir cakap dengan kau?" bilang Hana.
Ivy layu betul dia berjalan, macam orang yang tidak mahu hidup sudah. Hana geleng kepala.
"Kau boleh ubah. Kau set mind bah, setiap kali kelas Sir David. Kau awal datang dan fokus." bilang Hana bagi semangat.
"Hari ni, saya awal juga. Tapi, kena halau juga dari kelas." bilang Ivy sedih.
"Habis kau kan tidak mahu fokus. Lagipun apa yang kau pandang sana di luar cermin sampai tidak sedar Sir masuk?" bilang Hana.
Ivy yang layu itu terus segar. Badan yang bongkok tegak macam pokok. Muka Hana dia tengok dalam-dalam.
"Kalau saya cakap, kau percayakah?" bilang Ivy pegang dua bahu Hana.
Hana yang pelik, terus saja kerut dahi. Sempat lagi Hana kasi letak kekura tangan dia di dahi Ivy.
"Kau jangan kasi takut saya." bilang Hana.
"Kau percaya saya?" bilang Ivy.
"Ish, cakap saja bah. Siapa lagi mahu percaya kau kalau bukan saya?" bilang Hana sambil geleng kepala.
"Saya nampak sana di hutan sebelah tu padang, Anjing bah, tapi besar sama bulu dia lawa. Macam Sarigala." bilang Ivy serius.
Hana berhenti melangkah. Dia pusing tengok Ivy. Wajah Hana serius betul. Ivy pula buat muka yang menandakan dia cakap betul bukan tipu. Hana pigi dekat Ivy, lepas tu tup! Dahi Ivy kena lastik.
"Aduh!!" bilang Ivy kesakitan.
"Lain kali kalau mahu uji kepercayaan saya, reka cerita yang lebih logik ah." bilang Hana.
"Nah kan, kau tidak percaya juga!" bilang Ivy.
Hana diam. Dia jalan duluan kasi tinggal sana Ivy yang masih membebel di belakang dia. Ear phone di ambil dan letak di telinga. Telefon di keluarkan dan lagu pun di mainkan.
"Saya malas betul si Hana ni, menyesal di saya kasi tau. Bukan juga dia percaya." bilang Ivy terus lari kejar Hana yang sudah jauh di depan.
Ivy dan Hana, sama-sama membesar di rumah anak yatim piatu. Umur mereka pun sama. Mereka juga di hantar pada hari yang sama cuma waktu yang berbeza.
Dari rumah anak yatim itulah mereka berdua rapat dan saling menjaga antara satu sama lain. Bila sudah dewasa, Ivy dan Hana masuk kolej untuk menamatkan pengajian yang di ambil.
Hana seorang yang dingin dan agak kasar. Tidak mudah di buli. Cuma Ivy pula seorang yang tidak kisah apa yang orang fikir tentang dirinya. Jika di buli juga dirinya tidak rasa ingin melawan balik. Sebab tu dia selalu menjadi mangsa buli.
"Hana, malam ni mahu makan apa?" bilang Ivy bila dorang sudah sampai di bilik.
"Makan apa yang kena kasi sedia." bilang Hana.
"Adui, tiada rasa itu makanan." bilang Ivy.
Hana ketawa dengar Ivy cakap begitu. Sebenarnya dorang tiada pilihan untuk memilih, masuk kolej pun atas biasiswa yang mereka dapat. Jika dapat elaun pelajar itu pun tidak berani di gunakan. Banyak di simpan saja.
"Saya mahu mandi dululah. Kita pigi makan pizza ah?" bilang Ivy.
"No, malas saya Ivy. Saya mahu study saja malam ni." bilang Hana.
"No, piza juga." bilang Ivy memaksa.
"Bah iyalah." bilang Hana.
Ivy bersorak riang. Laju saja dia ambil tuala dan pigi mandi. Hana pula geleng kepala saja. Masa Hana mahu tarik rapat langsir. Tiba-tiba mata Hana ternampak sesuatu di hutan sebelah padang itu.

YOU ARE READING
THE WOLF (My mate)
FantasyIvy, Seorang wanita yang menjalani kehidupan normal sama seperti manusia yang lain. Hidupnya yang sederhana dan sering di buli membuatkan Ivy jadi tidak kisah dengan hidup. Di besarkan di rumah anak yatim. Ibu bapa langsung tidak di kenali. Ivy se...