BAB 17

69 5 0
                                        

Ivy tinggalkan William di dalam bilik setelah di beri rawatan oleh Hana. Tapi, kata-kata Hana yang mengatakan bahawa organ dalaman milik William tidak dapat di sembuhkan sepenuhnya oleh dirinya.

Rawatan yang Hana berikan, hanya membuat William mampu bertahan untuk beberapa minggu. Segala luka pada luar badan William sembuh, tapi dalaman masih juga teruk.

Ivy menuju ruang dapur. Dia ingin mengambil sesuatu untuk beri William makan atau minum bila lelaki itu sedar nanti. Tapi, langkahnya terhenti bila mendengar perbualan di antara Rom dan Hana.

"Maafkan saya Rom, saya tidak mampu sembuhkan William seperti sedia kala." bilang Hana.

"Tidak apa, kau sudah cuba sebaik mungkin." bilang Rom.

"William tidak akan bertahan lama." bilang Hana.

"Dia akan kembali sihat dan kuasa juga tenaganya akan kembali seperti biasa malah akan bertambah kuat jika dia dan Ivy bersama." bilang Rom.

"Aik kau ni, kan mereka sedang bersama sekarang." bilang Hana.

"Hana, bersama yang saya maksudkan adalah hubungan suami isteri." bilang Rom.

"Oh my god. Perlu begitukah?" bilang Hana.

"Itu syarat Gomilo." bilang Rom.

"Ivy tahukah tentang ni syarat?" bilang Hana.

"Saya tidak pasti. Tapi William tahu." bilang Rom.

"Dia tahu, tapi masih juga berkorban hingga nyawa terancam." bilang Hana.

"Dia adalah Alpha Hana. Dan itu adalah sebahagian dari tugas dia untuk Silverpack." bilang Rom.

"Jadi, mahu beritahu Ivy?" bilang Hana.

"William tak suruh. Dia kata biar Ivy sendiri rela. Kalau perlu kahwin. Dia lagi okay." bilang Rom.

"Kahwin? Dengan keadaan macam ni. Kau rasa boleh adakan majlis kahwin? Silap-silap Siren datang serang mati kita. Ya Tuhan, perang semalam sangat buat saya lebih menghargai nyawa saya." bilang Hana.

Teringat akan perang yang terjadi. Nasib baik mereka terselamat, tapi Franky tu tetap akan kembali dan membuat onar sekali lagi. Dan kali ni, dia mesti akan buat sesuatu yang sangat dasyat.

Ivy berdehem lalu melangkah masuk ke dalam dapur. Rom dan Hana terus saja mendiamkan diri.

"Ada apa boleh di makan? Saya mahu ambil sesuatu untuk William." bilang Ivy.

"Belum pergi pekan. Tapi, ada roti dan biskut kalau mahu." bilang Rom.

"Okay sudah tu. Kamu okay?" bilang Ivy.

"Okay Ivy." bilang Hana.

Ivy angguk, beberapa roti dan air Ivy ambil dan keluar dari ruang dapur.

Rom hanya memerhati langkah kaki Ivy. Ingin saja dia meminta pertolongan agar Ivy menyerahkan diri pada William. Tapi mengingatkan itu adalah satu permintaan keterlaluan. Dia lupakan hasrat itu.

"Rom, jangan risau. William akan selamat." bilang Hana.

Hana menyentuh kekura lengan Rom. Rom merasa seperti di beri tenaga. Wajah Hana di pandang dengan senyuman. Hana terdiam. Senyuman Rom itu membuat hatinya berdebar.

"Err, saya cari Syasa dulu." bilang Hana.

Rom ketawa kecil melihat kelakuan Hana. Bau coklat yang akhirnya hilang itu Rom biarkan saja. Dia lebih memikirkan abangnya yang sudah sakit kuat itu.

Ivy meletakkan roti dan air di atas meja kecil sebelah katil di mana William sedang baring.

Ivy duduk di samping William. Tangan lelaki itu di genggam kuat. William tersedar dan cuba senyum pada Ivy.

THE WOLF (My mate)Where stories live. Discover now