BAB 14

48 5 0
                                    

Franky mengenggam penumbuk, berita kematian orang-orangnya membuat hati ketua puak Siren itu di baluti marah. Berani sungguh Sarigala itu membunuh semua lebih 30 orang pengikutnya? 

"Siapa yang bunuh? William?" Soal Franky pada pengikutnya yang melaporkan kejadian itu. 

"Jika di ikutkan, pengikut kita sudah mengepung Rom dan dua manusia itu. Tetapi, tiba-tiba saja William datang dan dalam masa yang sama muncul cahaya putih yang paling kita takuti dan membunuh mereka semua dengan sekali pancaran." jawab pengikut Franky. 

"Sial!" Maki Franky. 

"Saya dah siasat milik siapa cahaya itu, ternyata ia milik seorang wanita dan dia di bawa pulang ke rumah agam oleh William." Jelas pengikut itu lagi. 

"Kau boleh pergi." Arah Franky. Setelah pengikutnya hilangkan diri, Franky menuju ke jendela dan berfikir. 

"Ivy.. nampaknya kau mulakan perang dengan saya. Kau ingat kau sudah cukup kuat setelah membunuh pengikut saya?" Bisik Franky sendiri. 

"Saya tahu semuanya tentang kamu Ivy, kau adalah Healer separuh manusia. Dan jika tubuh kau dapat saya miliki, saya adalah orang terkuat di kalangan semua puak." Bisik Franky lagi. 

Franky sudah menyusun rancangan, dia akan menculik wanita bernama Ivy itu, Kuasa dan tubuh wanita itu perlu menjadi miliknya, dan untuk menjayakan rancangannya, dia perlukan Bia. Iya, Bia adalah lawan yang sesuai dengan Ivy. Budak healer yang baru nak up. Franky yakin, Ivy masih belum sepenuhnya dapat menguasai kuasa yang ada pada dirinya itu.

Franky berbalik dan sedikit terkejut melihat Bia ada di belakangnya. Namun, cepat dia mengawal riak di wajah agar Bia tidak sedar dia terkejut dengan kehadiran Bia.

"Sayang, saya baru mahu cari kau." bilang Franky.

"Kenapa?" bilang Bia.

Wajah Bia dingin, tiada senyum dan tiada perasaan. Franky menghampiri Bia. Tangan wanita itu di pegang.

"Bia, tentu kau sudah tahu bahawa seramai tiga puluh orang ahli Siren telah di bunuh oleh Puak Sarigala." bilang Franky.

"Jadi, kau mahu balas dendam?" bilang Bia tidak berselindung.

"Iya. Dan saya dapat tahu, seorang manusia yang bernama Ivy, dia adalah keturunan keturunan Healer." bilang Franky.

Bia terdiam. Ivy.. nama itu sejak akhir ni bermain dalam fikirannya. Wanita yang di takdirkan untuk William setelah kematiannya.

Bia melepaskan pegangan tangan Franky, dia berjalan menuju beranda. Hatinya sakit mendengar nama wanita itu. Kenapa mesti dia yang di jadikan sebagai ganti atas kesalahan yang di lakukan oleh William?

'Saya lebih rela tidak di hidupkan semula dan menjadi budak Franky. Sementara Gomilo pula mencari pasangan baru untuk William. Kenapa saya tidak di hidupkan saja dan bersama dengan William?' bisik hati Bia.

Bia menjeling bila bahunya di sentuh oleh Franky. Dia tahu bahawa Franky hanya mahu pergunakan dirinya saja. Tiada rasa sayang ataupun cinta di hati Franky untuk dirinya.

"Apa rancangan kau?" soal Bia bersahaja.

"Saya mahu kau culik si Ivy. Bawa dia di markas kita. Saya perlukan tubuh dia untuk jadi lebih kuat dan kalahkan semua puak yang menyokong Silverpack." bilang Franky.

"Hanya itu rancangan kau?" bilang Bia.

"Iya." bilang Franky berbohong.

Bia yang sedia maklum akan kejahatan Franky tersenyum sinis. Dia berbalik dan memandang wajah Franky.

"Sebab itukah kau terlalu berminat pada manusia itu? Sebab dia separuh Healer?" bilang Bia.

"Dia bukan saja separuh Healer. Tubuh dia dan kuasa dia jika saya dapat memilikinya saya akan berkuasa Bia. Kita akan di takuti semua puak dan paling penting, kita akan dapat menakluk bangsa manusia." bilang Franky.

THE WOLF (My mate)Where stories live. Discover now