Alamak! Saya lambat lagi! Harap Sir David belum masuk kelas. Tali kasut yang belum kena ikat, saya bawa saja lari. Nantilah ikat sana dalam kelas. Baju kemeja kotak saya kasi betul. Laju saya lari mahu sampai di kelas.
Pak! Saya pegang itu pintu masuk kelas. Nampak Sir David belum masuk, laju saya lari masuk dan duduk di sebelah Hana.
"Wow, awal.." bilang si Hana. Syaitan dia senyum mengejek.
"Diam kau, saya penat." saya bilang ampai itu buku nota atas meja.
Saya tunduk dan ikat tali kasut. Selesai ikat tali kasut. Saya tengok depan, Sir David belum masuk. Aik? Tak akan bertuah betul saya hari ni? Oleh kerana tempat duduk saya dekat cermin. Saya pun tengoklah di luar.
Tengok punya tengok, aik? Macam saya nampak anjing. Tapi, kenapa besar ah? Macam Sarigala pun ada. Saya kerut dahi, perlahan saya kasi dekat muka pigi cermin, mata saya tidak kasi kerlip ah, mahu kasi kompom betul sama ada real atau halusinasi saya saja.
"Ivy!"
Pak! Meja kena pukul, saya yang memang fokus pada haiwan yang saya nampak terkejut dan jatuh dari kerusi. mula sudah dengar orang ketawa. Damn! Kenapa juga saya ni terlalu cuai.
Saya terus bangkit dan tengok Sir David yang berdiri depan saya. Pahit saya rasa itu air liur rumulun di tatalanan.
"Setiap kali kelas saya, mau buat perangai saja. Kau keluar dari kelas saya. Saya tidak mahu buang masa ajar orang macam kau ni." bilang Sir David.
Saya tunduk, mulut muncung sedepa sudah. Gagal lah saya tidak lama kalau selalu kena suruh keluar saja. Mahu menangis pun ada. Ini semua anjing punya pasal. Dasar anjing!
"Ivy. Do you hear me?" bilang Sir David.
Perlahan saya angguk. Buku nota semua saya susun dan peluk rapat pigi dada. Sir David sudah berdiri di depan. Bila masa dia ada di sebelah, saya pun tidak tahu. Saya pun satu juga, menghayal betul.
Masa saya mahu keluar dari kelas, ada orang sengaja kasi letak kaki di depan saya, tidak sempat saya elak, tersadung dan macam nangka busuk jatuh. Adoi, sakit pinggang saya.
Semua orang ketawa lagi. Habis bertempiaran buku saya di atas lantai.Si Hana bangun lepas tu tolong saya pungut buku-buku dan nota saya.
"Oh my.. Ivy, kau jatuh?"
"Hati-hati bah Ivy.."
"Mata ada, guna ya lain kali."
Saya diam saja dengar Betty and the geng dia bercakap. Bukan sekali dua kena buat macam ni, tapi sejak saya masuk di kolej ni.Memang saya kena buli saja. Mahu lawan? Saya takut pula hahha.
Saya tidak pedulikan dorang, saya cakap terima kasih sama Hana lepas tu terus keluar dari kelas. Oleh kerana saya kena halau dari kelas, saya fikir mahu pergi di kantin. Tapi, belum beberapa langkah saya jalan tiba-tiba Sir David panggil.
"Kau mahu pigi mana? Keluar kelas saya means kau berdiri di sini." bilang Sir David.
Aik nah! Berdiri di depan pintu kelas? Seriuslah Sir David ni, teragak-agak saya bah. Malu tei kalau saya berdiri sana.
"Susah betul kau ni Ivy. Sakit kepala urus kau. Kau pergi sana, di padang. Lari sampai habis kelas saya." bilang Sir David.
Adui, matai oku. Satu jam lagi ni kelas dia. Mahu tidak mahu, terpaksalah saya ikut juga arahan. Berlari anak saya pigi padang dan lepas letak semua barang, saya terus saja lari. Matai kalau begini saja kena.
Dari jauh, ada empat pasang mata Sarigala yang bersinar tengah memandang. Sarigala itu saling berpandangan. Melihat kiri kanan dan perlahan-lahan Sarigala itu bertukar menjadi manusia.

YOU ARE READING
THE WOLF (My mate)
FantasyIvy, Seorang wanita yang menjalani kehidupan normal sama seperti manusia yang lain. Hidupnya yang sederhana dan sering di buli membuatkan Ivy jadi tidak kisah dengan hidup. Di besarkan di rumah anak yatim. Ibu bapa langsung tidak di kenali. Ivy se...