Semua pengikut Midnight dan Silverpack kini berada di halaman rumah agam milik Alpha Silverpack.
"Semua dah bersedia bro." bilang Rom.
William memerhatikan semua pengikut yang sangat ramai itu. Dirinya tahu bahawa ada di kalangan pengikut merasa takut. Jadi dia turun dan berjumpa dengan semua pengikut.
"Semua! Saya tahu, ada di antara kamu yang merasa takut. Jika ada yang ingin menarik dari dari perang ni. Silakan pergi." bilang William.
Beberapa minit, selepas bersuara. Tiada satu pun yang bergerak dari kedudukkan. William sedikit merasa lega.
"Kali ni, mungkin perang akan lagi teruk. Tapi, kita sudah pernah mengalaminya dan saya yakin. Kali ni, kita akan tetap dapat memenangi perang ni. Kita akan kalahkan Siren!" bilang William.
"Auhhh." lolong Rom.
"Auhhhh, auhhh, auhhh." pengikut juga ikut melolong.
Di belakang, para sarigala pula. Berdirinya pengikut Healer. Tidak kurang ramai juga yang hadir membantu.
"Sir." bilang William bila melihat David.
"Kali ni, perang pasti teruk." bilang David.
"Saya bimbangkan Ivy." bilang William.
"Jangan risau, Ivy tidak selemah yang kita fikir. Jika dia lemah. Bia tidak akan mati di tangannya." bilang David.
William angguk. Darwin yang baru tiba menghampiri mereka. David melihat Darwin.
"Ada berita?" bilang David.
"Dari tinjauan mata saya. Mereka sudah pun bergerak. Kita kena bersedia." bilang Darwin. David angguk.
"William. Cari Ivy, minta dia bersama-sama dengan kita. Jangan menonjol. Ingat! Franky mahukan dia. Kematian Bia hanya alasan untuk perang ni." bilang David.
"Baik." bilang William.
William dan Rom, bergerak mencari Ivy. mereka menemui dia sedang menuruni tangga bersama-sama Hana, Syasa dan Luke.
"Ivy, kau ikut saya. Yang lain masuk pada kedudukkan masing-masing." bilang William.
"Baik, Hana ikut saya." bilang Rom.
"Syasa kau ikut saya." bilang Luke.
Luke bergerak menuju arah kanan, dan Rom pula menuju arah kiri. Sementara William dan Ivy menuju ke arah tengah di mana para Healer dan David berada.
Rom berdiri di posisi dengan Hana di sampingnya. Hana sudah mula merasa kehadiran Siren.
"Rom, mereka sudah terlalu dekat." bilang Hana. Rom angguk.
Dengan pantas Rom bertukar menjadi Sarigala. Hana yang tergamam tanpa sedar membelai bulu lebat hitam milik Rom.
"Hana!" bilang Rom marah.
"Err, sorry." bilang Hana.
Luke memandang Syasa yang sedang membuat segi empat dengan jarinya. Selepas itu Syasa memandang Luke.
"Dalam beberapa minit. Mereka akan sampai." bilang Syasa.
"Biarkan mereka datang." bilang Luke.
Dia bertukar menjadi sarigala. Syasa yang melihat wajah baru Luke tersenyum.
"Ugh! merah jambu!" bilang Luke.
Dia mampu menjadi sarigala semula, cuma Luke istimewa di mana bulunya berwarna merah jambu. Semua pengikut turut terkejut melihat warna bulu Luke.
"FOKUS! MEREKA SUDAH HAMPIR!!" bilang Luke marah.
Para pengikut pun terus bertukar menjadi sarigala dan bersedia untuk menyerang dan mempertahankan diri.

YOU ARE READING
THE WOLF (My mate)
FantasyIvy, Seorang wanita yang menjalani kehidupan normal sama seperti manusia yang lain. Hidupnya yang sederhana dan sering di buli membuatkan Ivy jadi tidak kisah dengan hidup. Di besarkan di rumah anak yatim. Ibu bapa langsung tidak di kenali. Ivy se...