BAB 3

114 23 4
                                    

Rom meletakkan William di bilik perubatan yang ada di rumah agam. Rom jadi panik bila melihat kedua orang tua mereka juga ada di dalam bilik itu. Kecederaan William dan orangtua mereka sangat parah.

Beberapa Healer sedang bertungkus lumus untuk menyembuhkan Sarigala yang cedera termasuk William, Alpha dan Omega bagi kumpulan Silverpack.

"Rom, biar dorang buat kerja. Kau yang tidak cedera perlu keluar untuk tengok ahli yang cedera." bilang Luke.

Rom angguk. Dia tinggalkan orangtua dan abang dia pada Healer untuk di sembuhkan. Rom dan Luke keluar dari bilik dan masuk ke kawasan ruang tamu yang di penuhi Sarigala yang cedera.

"Macam mana Alpha Roma dan Omega Romania?" bilang Alpha Duke dari kumpulan Midnight dia adalah bapa kepada Luke.

"Teruk pa, William pun sama." bilang Luke.

Dorang dua anak beranak tengok Rom yang tiada semangat sedang duduk di lantai. Luke pigi dekat Rom, bahu Rom dia pegang. Tiada apa mahu cakap sebab sedia maklum juga keadaan ibu bapa dan abang Rom sangat tenat.

"Sir! Sir!"

Rom bangkit bila ada Healer yang datang memanggil nama dia. Laju saja tangan Rom di tarik masuk dalam bilik di mana ahli keluarga dia sedang tenat.

"Bapa. Mak." bilang Rom pigi dekat orang tua dia.

Tubuh badan milik Roma dan Romania telah pun kaku di atas katil. Beberapa Healer kelihatan menangis kerana tidak dapat selamatkan Alpha dan Omega Silverpack itu.

Duke terduduk, terkejut dengan pemergian sahabatnya. Derina yang berlari masuk di tahan dan di peluk oleh suaminya Duke. Airmata membasahi pipi. Teman baiknya Romania sudah pergi.

Rom hilang kata-kata. William yang seperti mayat hidup. Tidak sedar tapi tetap muntah darah. Sekejap saja tubuh William sudah kelihatan susut.

Tiba-tiba saja cahaya terang muncul di bilik perubatan itu. Tiada lain dan bukan dia adalah Gomilo. Rom yang merasa seperti di khianati oleh Gomilo itu berdiri.

"Sehingga beginikah hukuman yang kau bagi Gomilo?" bilang Rom.

"Sabar Rom." bilang Luke.

"Ibu bapa saya mati. Abang saya mayat hidup. Ni seperti kau menghukum saya saya Gomilo." bilang Rom.

"Rom anak Roma." bilang Gomilo.

"Apa? Kau mahu apa lagi? Hukuman apa lagi?" bilang Rom teriak.

Gomilo yang sudah tahu reaksi Rom itu tidak cakap banyak, dia jalan pigi dekat William yang hanya tunggu mati.

Pelan-pelan Gomilo letakkan tangan di dada Willam. Serta merta cahaya putih terang menerangi seluruh tubuh William. Selepas itu, William terus bangkit dengan nafas yang laju. Macam orang baru dapat nyawa.

"Bro!" bilang Rom terus pigi peluk William.

William kasi biar Rom peluk dia. Mata dia tengok kedua ibu bapa mereka yang sudah tidak bernyawa. Gomilo yang berdiri di sebelah jasad orang tua dorang di pandang.

"Hukum saya Gomilo. Tapi jangan ambil ibu bapa kami." bilang William.

"William anak Roma. Seperti Bia, mereka juga sudah di takdirkan mati. Dan hukuman tetap hukuman. Kau akan rasa sakitnya di robek perut tetapi perut kau tidak ada apa-apa. Itu hukuman kerana kau merobek perut puak Siren yang sudah menyerah. Yang boleh sembuhkan kau hanyalah Healer seperti Bia." bilang Gomilo.

"Tiada Healer macam dia. Cuma ada hanya yang terbatas." bilang William.

"Ada. Ada beberapa yang tinggal, dan kau perlu cari Healer tu kalau kau mahu sembuh. Kalau tidak, kau akan sakit dan perlahan-lahan mati." bilang Gomilo.

THE WOLF (My mate)Where stories live. Discover now