BAB 4

109 21 3
                                    

Awal pagi lagi, Ivy sudah berdiri depan pintu masuk Kolej. Tidak sabar dia mahu jumpa Rom sama Luke. Apa yang William kasi tau dalam mimpi itu betul-betul buat dia tidak tentu arah.

"Uii!" bilang Hana pigi tepuk bahu Ivy.

"Iya morning." bilang saja Ivy. Mata dia masih fokus sana pintu masuk.

Hana pun ikut-ikut tengok. Bikin hairan juga sebab pertama kali dalam sejarah Ivy bangun awal dan berdiri depan pintu  masuk Kolej.

"Kau tunggu siapa?" bilang Hana kasi kerut dahi. Masih juga dia tengok di pintu masuk.

"Rom sama Luke." bilang Ivy.

Hana diam. Bila dia dengar nama Rom, naik seram pula dia. Apa tidak, masa dia jumpa itu lelaki. Dia boleh rasa yang itu lelaki bernafsu tengok dia. Gila! Kalau betul Ivy tunggu itu lelaki, baguslah dia duluan masuk kelas.

"Ivy! Hana!"

Dua tu perempuan pigi tengok siapa yang panggil dorang. Hana tolak pinggang bila nampak Syasa yang pakai crop top sama palazo jeans. Adeh matai! Punya seksi!

"Kau ni, satu minggu cuti. Masuk Kolej saja terus berseksi!" bilang Hana marah kunun.

"Chop!! Chop! Jangan you berani bebel I okay!" bilang Syasa sambil kasi kiri kanan itu kepala dia.

Pak! teriak Syasa bila dahi dia kena lastik oleh Hana. Ivy pula masih dia fokus sana pintu masuk.

"Tidak kali dorang masuk Kolej hari ni." bilang Ivy putus asa.

Hana yang dengar hembus nafas lega. Baguslah kalau lelaki-lelaki itu tidak datang. Hilang jugalah rasa seram dia.

"Wait. Kamu tunggu siapa kunun ni? What I terlapas?" bilang Syasa.

"Nothing. Mari masuk kelas. You too Ivy." bilang Hana.

Dengan terpaksa Ivy ikut Hana sama Syasa jalan masuk kelas. Bising mulut Syasa bercerita di mana dia selama bercuti. Hana saja yang dengar. Ivy pula diam saja. Syasa pigi siku tangan Hana. Dorang saling berpandangan.

"Kenapa si Ivy tu?" bilang Syasa.

"Dia dapat kawan baru. Lelaki hensem." bilang Hana.

"Haaa? Seriuslah? Ivy?" Bilang Syasa.

Ivy senyum saja. Syasa sambung bercerita sama Hana. Dorang masuk kelas, Ivy diam saja. Kata-kata william betul-betul menganggu dia. Balik-balik dia mengeluh.

"Wow.. First time Ivy awal datang dalam kelas saya." bilang Sir David yang masuk dalam kelas.

Ivy terus angkat muka. Bila nampak Sir David, Ivy apa lagi terus berdiri. Semua student mula ketawa. Hana dan Syasa terus tarik tangan Ivy suruh duduk. Sir David geleng kepala.

Tidak tahu kenapa, bila dia mahu marah Ivy, selalu saja tidak sampai hati. Mungkin sebab Ivy tu anak yatim piatu.

"Okay semua. Sir mahu bagi satu task yang perlu kamu serahkan sebelum hujung bulan ni. Ingat, task ni akan di nilai ya." bilang Sir David.

"Alaaaa." bilang semua student.

"Ya, ya. Task tetap akan di bagi walaupun kamu minta kesian." bilang Sir David.

Sir David ambil marker lepas tu tulis sesuatu di papan tulis.

"Kaji binatang?" bilang Syasa.

"Mangkali." bilang Hana.

Sir David letak marker dan berdiri di tepi papan tulis. Semua pelajar kerut dahi.

"Mengkaji binatang?" bilang Syasa.

THE WOLF (My mate)Where stories live. Discover now