BAB 12

60 7 0
                                        

Franky menutup daun pintu bilik milik Bia. Ketua Puak Siren itu mencari Bia, tapi tidak di temukan di mana-mana. Dia mengatur langkah menuju ke halaman rumah besar miliknya.

"Pergi mana kau Bia?" Bebel Franky sendiri.

Ketika Franky ingin kembali masuk ke dalam rumah. Langkahnya terhenti bila melihat kelibat Bia yang baru saja memasuki halaman rumah.

Bia yang melihat Franky di depan matanya berhenti melangkah dan menatap Franky lama.

"Sayang.." Franky mendekati Bia.

Bia berdiri tegak dan biarkan saja batang tubuh miliknya di rangkul oleh Franky. Itu kerana otaknya sarat dengan pelbagai soalan.

Franky yang cepat menghidu ada perkara yang berlaku. Meleraikan pelukkan. Wajah Bia di renung lama. Aneh! Dia melihat cara pandangan Bia pada dirinya sudah tidak seperti dulu. Kenapa?

"Saya mahu rehat. Kepala sakit." Bilang Bia.

Tangan Franky yang masih di bahu Bia, di tepis lembut oleh wanita itu. Terbayang di mata Bia akan apa yang di lihatnya di bilik tidur Franky pagi tadi.

"Franky. Kenapa lelaki susah sangat nak setia?" soal Bia.

Franky terdiam. Melihat lelaki itu senyap. Bia tersenyum sinis. Perlahan kaki di angkat melangkah meninggalkan Franky yang masih keliru dengan soalan Bia.

Bia menutup pintu bilik. Untuk seketika, wanita itu bersandar di daun pintu. Perlahan air mata mengalir ke pipi.

Cerita lelaki yang bernama Darwin itu membuat Bia rasa ingin bertemu dengan William. Kekasih dan bakal suaminya? Mereka tidak jadi berkahwin kerana dirinya mati ketika berjuang melawan Siren.

Akibat rasa marah, William membunuh ahli Siren yang sudah menyerah dan William di hukum. Dirinya pula Franky ambil sebagai ganti. Dan sekarang William sedang di lamun cinta dengan pasangan baru bernama Ivy?

Habis tu dirinya ini bagaimana? Perlukah dirinya bersama dengan Franky ketua puak Siren yang jahat itu? Kenapa Gomilo melakukan ini pada dirinya? Jika dirinya sudah mati, biarkan saja mati. Kenapa perlu di hidupkan semula dan menjadi pasangan Franky?

Tapi, kenapa dirinya langsung tiada memori istimewa bersama William? Dirinya cuma rasa yang mereka saling kenal saja.

Bia mengeluh berat. Matanya di katup perlahan. Tubuh di bawa baring atas katil. Matanya memandang siling rumah agam milik Franky.

'Mungkin Gomilo mahu saya turut serta binasakan puak Siren ni.' Bisik hati Bia.

#####

Franky merasa ada yang tidak kena dengan Bia. Dia melihat wanita itu berubah dan tidak seperti sebelum ni. Franky memejamkan mata mahu melihat ke mana perginya wanita itu hari ni. Tapi apa yang di lihat Bia hanya berjalan-jalan dengan riak wajah kosong. Ke kedai lalu keluar dan pulang ke rumah agamnya.

"Pelik!" bebel Franky sendiri.

"Aku mesti siasat. Mustahil untuk Bia berubah seperti itu. Mesti ada sesuatu yang telah menghasutnya." kata Franky sendiri.

Franky mengatur langkah menuju ke bilik Bia. Belum sempat lelaki itu mengetuk pintu, pintu di buka dari arah dalam dan muncullah Bia dengan wajah yang pelik melihat kedatangan Franky awal pagi di depan pintu biliknya.

"Sayang.. good morning." bilang Franky.

"Morning." ujar Bia datar.

Pintu bilik di tutup dan Bia mengatur langkah untuk turun ke bawah. Franky yang masih berada di depannya langsung tidak di pedulikan.

THE WOLF (My mate)Where stories live. Discover now