BAB 7

96 12 4
                                    

Ivy berdiri sambil berpeluk tubuh di beranda bilik milik William. Angin sejuk yang menyapa tubuhnya di biarkan saja. Baru sebentar tadi mereka makan malam bersama dan dirinya terganggu dengan sifat mengambil berat yang di tunjukkan oleh Via pada William. Kerana itu, dia membawa diri di beranda ini.

Ivy sedikit menepis terkejut bila ada tangan yang meletakkan jaket di bahunya. Melihat batang tubuh William yang kini berada di sebelahnya, rasa terkejut mulai hilang.

"Saya boleh rasa, kau cemburu." bilang William tiba-tiba.

"Ha?" bilang Ivy terkejut.

Terdengar tawa kecil terbit dari bibir William. Ivy memutarkan bola mata ke atas. Jaket di betulkan dan Ivy mulai berdehem.

"Kita berdua telah terikat dengan takdir Ivy." bilang William lembut.

"Apa kau ni? Muka saja hensem. Tapi otak miring." bilang Ivy.

William terdiam. Takdir? Mana mungkin! Kalau di bandingkan diri dia dengan William. William lebih layak dapat yang baik, cantik dan sudah tentu yang boleh mengubati dirinya yang sakit tu. Satu keluhan terbit dari bibir Ivy.

"Ivy, saya pasangan yang setia. Tidak akan cari lain bila pasangan saya ada di depan mata. Saya boleh 'tanda' kau kalau kau mahu." bilang William.

"Apa bah kau ni.. jangan bah cakap yang bukan-bukan." bilang Ivy.

"Mungkin kau lupa, saya ni Alpha. Saya boleh cium bau emosi manusia ataupun bukan manusia." bilang William.

"Baiklah Tuan Alpha. Kalau betul kau boleh cium bau emosi saya. So, tell me. Apalah kunun emosi saya sekarang?" bilang Ivy sengaja mencabar.

William tersenyum sinis. 'Omega' nya ni memang mencari pasal. William menapak selangkah ke depan. Ivy menjauh. Sekelip mata, William kini sudah memaut pinggang ramping milik Ivy.

"What can i say hmm? Kau cemburu Ivy. Kau cemburu dengan Healer Via. kau cemburu bila dia mengambil berat pada saya." bilang William.

Ivy terpukau melihat anak mata milik William mengembang dan berubah menjadi biru. Akibat tergoda, Ivy tidak sengaja mengeluarkan bau aroma lavender yang sangat wangi hingga William menderam.

Perlahan-lahan. Tubuh mereka semakin dekat dan rapat. Hidung mereka bersentuhan. Saat William ingin bertindak lebih jauh. Tiba-tiba, mereka di kejutkan dengan bunyi barang yang jatuh di atas lantai. Serta merta mereka berpaling dan melihat Healer Via yang terkaku di depan mereka.

Ivy menepis sedikit kasar tangan William yang ada di pinggangnya. William memandang Via.

"Ma- Maaf." bilang Via.

"Ada apa?" bilang William.

"Saya cuma mahu hantar minuman." bilang Via.

"Ivy, kasi tinggal kami dulu." bilang William.

Ivy tidak cakap banyak. Cepat saja dia ayun kaki keluar dari itu beranda. William tengok Via. Wanita itu berperangai tidak seperti sebelum ni. William dapat rasakan bahawa kedatangan Via bukan hanya untuk menghantar minuman.

"Ada apa Via?" bilang William tanya balik.

Via bermain dengan jari jemari. Wajah di tundukkan memandang lantai marmar yang indah itu. Dia ingin menipu, tapi itu semua hanya sia-sia kerana William akan tahu.

"Tuan, betulkah perempuan tadi itu adalah mate Tuan?" bilang Via.

"Iya. Dia yang di takdirkan untuk saya." bilang William jujur.

"Tapi, saya tengok dia macam tidak berguna. Macam mana seorang ketua yang mengetuai ribuan Serigala di takdirkan untuk perempuan tiada kuasa?" bilang Via, ada nada cemburu dia suaranya.

THE WOLF (My mate)Where stories live. Discover now