BAB 18

63 7 2
                                        

Franky duduk termenung. Hatinya merasa sangat sakit. Dia bukan saja gagal membunuh William, malah dia juga gagal untuk mengambil kuasa dari Ivy.

Sekarang, separuh dari pengikutnya sudah tiada. Jika dia teruskan memyerang, dia akan kalah. Mana mungkin dia dapat kalahkan pengikut Silverpack dan Midnight yang ramai tu? Di tambah dengan puak Healer lagi.

Franky berdecit marah. Pemegang kerusi di hentak berkali-kali. Sakit hatinya tidak terkata. Dia tidak boleh mengaku kalah begitu saja, nanti puaknya akan di sisihkan dan di pulaukan.

"Si bedebah William! Nyawa kau memang sangat di sayang oleh Gomilo!" jerit Franky.

Bergema suaranya di dalam bilik tidur miliknya sendiri. Franky berdiri dan berjalan mundar mandir. Dia tidak boleh menerima kekalahan. Apa pun, jika dia tidak mampu mengambil kuasa Ivy, sekurangnya dia dapat membunuh ketua Silverpack tu.

Franky berhenti mundar mandir. Secara tiba-tiba bibirnya tersenyum sinis. Dia sudah tahu apa yang perlu di lakukan. Apa pun, nyawa tetap di bayar dengan nyawa.

****

Ivy memandang William yang sedang berlatih. Dirinya juga sedang berehat kerana baru berlatih mengawal kuasanya. Ivy tidak sangka bahawa dia dan William sudah pun bersama.

"Sayang, sudahlah tu. Rehat dulu." panggil Ivy pada William.

William menukar tubuhnya kepada manusia. Dia berjalan menghampiri Ivy yang sedang duduk di bawah pohon yang redup.

"Ayang. Saya rasa. Franky sekarang sedang merancang sesuatu." William memandang Ivy.

"Selagi kita bersama. Saya yakin, kita boleh kalahkan Franky." Ivy meraih lembut kekura lengan milik William.

"Kali ni, mungkin pertarungan kita akan lebih dasyat." William memandang raut wajah Ivy.

"Itu sudah pasti. Kita kena rancang strategi kita." Ivy berkata yakin.

"Bila semua ini selesai. Saya akan berkahwin dengan kau ayang." William membuat janji.

"Itu sudah semestinya. Jika kau macam-macam. Habis kau saya kerjakan." Ivy serius dengan katanya.

"Takutnya saya." Usik William.

Ivy mencubit perut William. Wajah William berkerut menahan sakit. Tangan Ivy di capai lalu di bawa ke bibirnya.

"Terima kasih kerana berkorban dan menyembuhkan saya." Ucap William ikhlas.

"Saya lakukan semua tu sebab saya sayangkan kau sayang. Hati ni, sudah sepenuhnya milik kau." Ivy menyentuh dadanya.

William terharu lalu merangkul lembut tubuh Ivy. Ketika mereka menikmati rasa kasih sayang. Tiba-tiba, William mendengar sesuatu sedang menuju ke arah mereka.

William memberi isyarat kepada Ivy. Ivy yang sudah faham meleraikan pelukkan.

"Siapa?" Soal Ivy memandang William.

"Bau seperti Siren." Jawab William sambil berjaga-jaga.

Ivy mendongak melihat langit, sah! Yang menghampiri mereka adalah puak Siren, ini kerana langit sudah berubah kelam dan bau benda terbakar semakin kuat.

"Bersedia ayang." William memberi amaran.

"Kita boleh sayang. Kita selesaikan hari ni." Ivy berkata dengan nada dingin.

Mereka berdua bangkit dari duduk, Ivy dan William berdiri rapat dan saling membelakang. Mata keduanya masing-masing tajam melihat sekeliling.

Bunyi daun pokok bergesel sesama sendiri mulai kelihatan, angin kuat mulai datang. Dan sekelip mata, di depan mereka ada beratus puak Siren yang muncul.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 28, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

THE WOLF (My mate)Where stories live. Discover now