BAB 10

84 13 1
                                        

David keluar dari rumah anak yatim dengan riak wajah yang kecewa. Gambar bayi yang sudah lusuh di pandang sedih. Sudah 21 tahun dia mencari anaknya itu. Tapi, sudah banyak rumah anak yatim di tanya. Tapi, tiada tanda bahawa anaknya itu ada singgah atau membesar di rumah yatim itu.

Sudah habis rasanya rumah anak yatim yang ada di kawasan ini di masuki olehnya. Tapi semuanya hampa. Satu keluhan berat di lepaskan. Gambar di tangan, di pandang semula.

Setelah beberapa minit melihat gambar milik anaknya. David memejamkan mata lalu tersenyum.

'Saya mesti akan dapat cari kau.' bisik hati David.

David mengatur langkah, ingin meneruskan pencarian. Tapi, rancangannya tergendala bila menyedari  diri di perhatikan.

Pantas David mengubah hala menuju ke laluan yang penuh dengan kedai-kedai jualan. Sepanjang perjalanan, dirinya masih di ekori. David dapat merasakan bahawa yang mengekorinya dari bangsa Siren. Bau tanah liat yang kuat hingga menganggu hidungnya bernafas.

David tiba di satu lorong lalu masuk bersembunyi. Ketika orang yang mengekorinya sudah mendekati. David terus memukul dari sipi wajah. Maka, berlaku pergelutan.

David berusaha untuk mencapai penutup wajah yang di gunakan oleh bangsa Siren itu. Kepala pengikut Siren itu berjaya David tolak ke tanah.

"Franky hantar kau!" bilang David marah.

Belum pun soalannya di jawab. Tiba-tiba, David telah di serang dari arah belakang. Kepalanya di pukul dengan benda tumpul. David jatuh menyembah bumi. Dalam keadaan separuh sedar, David dapat melihat dengan jelas beberapa pengikut Siren berdiri di depannya.

"Bunuh!" bilang salah seorang.

"Iya, tunggu apa lagi!" bilang yang seorang.

David yang cedera parah hanya mampu berserah. Dirinya sudah tiada kudrat untuk melawan. Darah pula semakin banyak keluar dari luka dari belakang kepala. David menutup mata.

Namun, secara tiba-tiba. Ada seseorang yang datang. Bunyi pergaduhan mulai kedengaran. David yang sudah lemah terus saja tidak sedarkan diri.

Sementara itu, di markas The Power Healer. Darwin yang sedang sibuk membaca buku-buku berkaitan dengan Healer mula rasa kurang enak. Seperti ada perkara buruk yang sudah berlaku.

Darwin memejamkan mata dan cuba untuk bertenang. Tapi, ketenangan tidak di capai, malah bayangan abangnya di pukul oleh bangsa Siren bermain di ruang mata. Serta merta Darwin mencelikkan mata.

"Apa? Kenapa saya nampak bayangan? Abang saya dalam masalahkah?" bisik Darwin sendiri.

Darwin bangkit dari duduk. Dia berjalan menuju ke pintu keluar. Niatnya mahu mencari salah seorang pengikut yang di percayai untuk melihat jika abangnya itu baik-baik saja atau pun sebaliknya.

"Ray!" panggil Darwin pada Healer yang sedang berlatih.

Ray berpaling lalu pantas menghampiri Darwin.

"Tuan panggil saya?" bilang Ray.

"Iya. Saya perlukan pertolongan kau." bilang Darwin.

"Apa tuan?" bilang Ray.

"Saya mahu kau pergi tengok Tuan David. Hidup lagi atau tidak itu Healer." bilang Darwin.

"Tuan?" bilang Ray terkejut.

"Kenapa?" bilang Darwin pelik nampak wajah terkejut Ray.

"Bahasa yang tuan guna, sangat biadap." bilang Ray.

"Tch!" bilang Darwin sambil gosok kepala.

"Saya mahu kamu pergi tengok Tuan David, saya risau dia ada apa-apa. Sebab saya ada firasat yang tidak bagus." bilang Darwin selembut mungkin.

THE WOLF (My mate)Where stories live. Discover now