Franky menghembuskan asap rokok ke udara. Kepalanya sarat dengan wajah wanita yang bersama dengan William. Pak! Meja yang ada di tepi di pukul oleh Franky.
"Siapa tu perempuan? Kenapa dia ada dengan William?" bisik Franky sendiri.
Sedang berfikir. Tiba-tiba, bahunya di sentuh lembut. Pantas Franky berpaling dan tersenyum melihat Bia yang hanya berpakaian tidur nipis.
"Bia ku.." bilang Franky.
Tangan Bia di genggam dan di kucup lembut. Bia yang senang pun mengukirkan senyuman.
"Saya nampak kau macam gelisah. Ada masalah?" bilang Bia belai rambut Franky.
"Tiada sayang.. Selagi kau ada bersama saya, tidak akan ada masalah yang datang." bilang Franky bermulut manis.
Bia tersenyum. Franky memandang langit gelap. Hati ketua puak Siren itu terlalu kuat untuk mencari tahu akan asal usul wanita yang bersama William. Siapa dia? Kenapa darahnya berbau manis? Bau darahnya sangat memberi tenaga yang besar dan terasa segar bila terhidu. Apa akan terjadi jika darah wanita itu dapat di minumnya?
Franky menelan air liur. Mata di tutup, di sabarkan hati agar melupakan seketika wanita itu. Jika terus di fikir, bimbang nanti Bia akan dapat tahu. Franky tidak mahu ada pergaduhan dengan bekas teman wanita William itu, dia masih memerlukan Bia untuk melaksanakan rancangannya.
Di dalam diam, Bia dapat merasakan jika Franky sedang memikirkan tentang seseorang. Siapa? Dia juga ingin tahu, hatinya bukanlah cemburu. Tetapi rasa ingin tahu terlalu banyak.
Bia, rasa seakan pernah membenci Franky dalam hidupnya. Seakan ketua Siren itu adalah musuh utamanya. Tetapi, pelik bukan? Merasa benci tapi kini berada dalam pelukkan ketua itu?
Anak mata Bia mengembang bila teringat akan wajah lelaki yang bernama William. Ketika Franky dan pengikutnya menyerang tiga orang manusia di hutan tempo hari, hatinya berdetak laju ketika melihat Sarigala putih yang datang membantu kaum manusia itu.
Seperti dirinya pernah berhubungan dengan Sarigala putih yang di sebut William. Bia mengeluh dalam diam, di sabarkan juga hati agar tidak terlebih batas. Dirinya tahu bahawa, ketua Siren ini amat berbahaya. Jika perintahnya tidak di peduli, nyawa akan jadi taruhan.
"Fikir apa?" bilang Franky bila lihat Bia termenung jauh.
"Masa depan." bilang Bia spontan.
"Masa depan?" bilang Franky tanya.
"Iya, bila kita mahu kahwin?" bilang Bia tiba-tiba.
"Hahahaha, kita sudah kahwin sayang." bilang Franky.
Bia kerut dahi. Bila masa pula kahwin? Bia kenal Franky pun dalam sebuah bilik. Dia buka mata saja, Franky depan mata dan panggil dia sayang. Kenalkan diri dan beritahu mereka adalah pasangan.
"Sayang.. kita sudah kahwin. Masa depan kita akan cerah. Percayalah." bilang Franky.
"Baiklah." bilang Bia macam orang bodoh.
Franky mengucup dahi Bia, wanita itu di ajak naik atas katil untuk beradu. Bia pula hanya menurut. Ketika ingin menutup mata, Franky sempat lagi membayangkan wajah Ivy yang di lihatnya ketika dalam hutan.
'Perempuan, siapa kau? Apa hubungan kau dengan William? Ha! Apa rancangan Gomilo? Tidak boleh jadi, saya kena siasat perkara ini.' bisik Franky dalam hati.
Tubuh Bia di belai, Franky memikirkan perkara itu hingga awal pagi, berpura tidur padahal tidak, ketua Siren itu benar-benar terganggu dengan kehadiran wanita yang bernama Ivy. Dalam otaknya hanya bertanya, siapa? Siapa? Dan siapa orangnya.
YOU ARE READING
THE WOLF (My mate)
FantasíaIvy, Seorang wanita yang menjalani kehidupan normal sama seperti manusia yang lain. Hidupnya yang sederhana dan sering di buli membuatkan Ivy jadi tidak kisah dengan hidup. Di besarkan di rumah anak yatim. Ibu bapa langsung tidak di kenali. Ivy se...