M E D 3

19K 1.2K 69
                                    


Figura Medina dicari... "Medina..." Dia melangkahkan kaki ke dapur tatkala satu rumah diperiksa namun bayangan wanita itu pun tiada.

"Medina where're you..." panggil Mikael. Bimbang... kerana Medina dahlah demam, takut jadi apa-apa pada wanita itu.

"I dekat sini..." Mendengar sahaja suara wanita itu, Mikael bergegas ke ruangan pantry yang dimana stok makanan disimpan. Mikael cekak pinggang... Ini mesti dia sedang mengemas.

"Medina kau buat apa dalam tu?" soal Mikael ingin tahu. Walaupun sebenarnya dia dah tahu.

"I laparlah..." Mikael membuka pintu bilik itu lalu menampakkan Medina sedang mengunyah keropok super ring... Tangan wanita itu penuh dengan serbuk warna oren. Yang dia pasti itu mesti serbuk cheese.

"Kenapa makan dalam tu? Kenapa tak makan dekat luar?" soal Mikael. Kaki perlahan-lahan menapak masuk ke ruang itu.

"Malaslah you..." jawab Medina selamba sambil mulut masih mengunyah keropak tersebut.

"Ish dia ni-kan..." Belum apa-apa mulut Mikael disumbat dengan keropok tersebut. Medina sudah tersenyum. "Ha tahu pun diam..."

"You... I actually, nak makan takoyaki. Boleh tak?" soal Medina dengan nada memujuk. Mikael menggeleng. Sekali lagi Medina mencuba, namun pertahanan Mikael sangat kukuh kerana dia langsung tidak goyah dengan pujuk rayu Medina.

"Ooo takpe... You tunggu. I benci you!" Medina bangun lalu keluar dari bilik itu dengan keadaan merajuk. Mikael mampu menggeleng. Dia bukan tak nak bagi cuma Medina kurang sihat untuk makan benda-benda yang tidak sihat itu.

Dia kutip semua sisa makanan yang Medina jatuhkan diatas lantai lalu dia sapu bilik itu agar haiwan perosak tidak mampu masuk dan rosakkan makanan yang ada.

Bunyi hentakkan dari tangga membuatkan Mikael tertawa dan tiba-tiba dia teringat bahawa Medina ingat berbual dengannya tentang sesuatu.

"Kau nak cakap apa?"

"Later pun boleh, Mikael..."


BUNYI loceng membantutkan kerja Mikael. Kakinya melangkah menuju ke pintu besar rumahnya.

"Penghantaran makanan!" Mikael menggeleng. Ini mesti kerja Medina. Selipar disarung lalu kaki menuju kearah pintu kecil yang berada bersebelahan dengan pagar besar.

"Cik Clarissa Medina?" soal penghantar makanan itu

"Puan..." Mikael membetulkan gelaran bagi Medina. Cemburu ke tu?

"Ouh... Untuk puan Clarissa Medina." Mikael menyambut huluran lelaki muda itu.

"Kena bayar?" Lelaki muda itu menggeleng.

"Thank you," ucap Mikael seraya itu dia masuk kedalam rumahnya. Figura Medina sedang menunggu dimeja makanan dipandang seraya itu dia menggeleng lagi. Degil!

"Ni kau punya ke?"

"Ye. Hazrel belikan untuk I." Mikael terus menapak laju ke Medina.

"Kenapa kau suruh dia beli... Akukan ada." Mikael merengus kasar sebelum meletakkan makanan itu dengan kasar. Medina tertawa kecil.

"Eleh, kalau I suruh you beli mesti you akan membebel dekat I. Semua tak kena," balas medina seraya dia membuka bekas makanan itu. Bau takoyaki menerpa masuk kedalam hidung Medina.

"Takpe nanti aku beli untuk kau. Sebut je." Mikael bersuara. Matanya sesekali mengerling Medina yang berada di ruang makan.

"You nak?" Mikael menggeleng. Medina bangun lalu membawa bekas makanan itu bersama pergi ke sofa yang berada dihadapan tv. Punggung dilabuhkan disebelah Mikael yang khuyuk melihat movie. Lelaki itu menarik Medina supaya tiada jurang antara mereka.

"You tak kerja ke esok?" soal Medina sambil mengunyah makanan.

"Tak."

"Kenapa?" Pelik bin ajaib. Mikael mana pernah ambil cuti...

"Kau demam. Nanti kalau jadi apa-apa susah. So aku ambillah cuti. Jaga kau." Medina tersengih.

"Sweetnya husband I ni." Bekas makanan diletakkan ditepi. Pipi Mikael disentuh lalu dicubit.

"Aku apa?" soal Mikael seraya matanya merenung retina Medina.

"Sweet!" Takoyaki disumbat masuk kedalam mulut Mikael.

"Medina!" Medina gelak terbahak-bahak apabila melihat mulut Mikael penuh dengan takoyaki.

"Comellah you ni Mikael!"

"Medina..." Pandangan tajam Mikael membuatkan Medina merasa takut. Air liur ditelan beberapa kali.

"Okey fine. I'm sorry." Medina bangun lalu bekas makanan itu diambil bersama. Dapur dituju. Mikael cepat-cepat bangun lalu mendekati Medina yang meletakkan takoyaki dalam pinggan. Tangannya melingkari pinggang wanita itu dari belakang. Medina terkejut sehingga takoyaki itu jatuh. Bahunya terasa berat kerana Mikael melabuhkan dagunya disitu.

"I need more..."

"Nak apa?" soal Medina malas.

"Takoyaki tulah... Takkan benda lain pula," balas Mikael. Medina mencucuk takoyaki dengan garfu lalu badannya dipusingkan menghadap Mikael. Lelaki itu membuka mulut besar.

Perlahan-lahan takoyaki itu masuk kedalam mulut Mikael.

"Sedap ke?" Mikael angguk. Tangannya perlahan-lahan melepaskan pinggang wanita itu.

"I nak kemas... You pergilah naik atas dulu." Mikael menggeleng kepala. Garfu ditangan Medina dirampas lalu menolak badan Medina ketepi.

"Kau yang kena naik atas." Medina mengeluh perlahan. Belakang badan Mikael ditatap sebelum dia mengatur langkah keluar dari dapur. Tangga rumahnya didaki sebelum dia sampai dihadapan master bedroom.

Mikael'sWhere stories live. Discover now