"Kenapa ni Medina?" Tiba-tiba suara Mikael berubah menjadi risau. Dia terus bangun dari baringan tatkala mendengar tangisan Medina.
"I... Sedih..." Medina menghemburkan tangisannya sekali lagi. Darween hanya mampu menggosok belakang tubuh Medina kerana dia tahu... Hanya Mikael sahaja mampu memujuk Medina.
"Kenapa kau sedih? Ada orang apa-apakan kau ke?" soal Mikael. Medina menangis lagi... Dia sendiri tak tahu kenapa dia perlu menangis bagai nak rak seperti kanak-kanak yang kehilangan gula-gula.
"I sedih sebab I jumpa... Budak perempuan yang mengandung. Shes just 15, Mikael..." Mikael melepaskan helaan nafas lega. Dia ingat terjadi apa-apa pada Medina, rupanya tiada apa.
"Medina... Janganlah sedih. Nanti siapa nak gembirakan budak-budak tu... kau datang situ untuk gembirakan dia orangkan?"
"Ye..." jawab Medina dengan polos.
"Then... Jangan nangis. Aku tak ada dekat situ nak peluk kau." Medina angguk kepala tanda faham akan kata-kata Mikael.
"Nanti aku balik... Kita pergi tengok dia orang lagi eh..." Medina mengelap air mata yang jatuh menitik ke tanah. "Nangis lagi ke?"
"Tak... I sebenarnya tak nak nangis pun..." terang Medina senada dia memandang Darweena yang berada disitu. Tangan membuat isyarat menyuruh Darweena meninggalkan dia.
Gadis itu menjeling Medina. Dengan pantas Darweena meninggalkan Medina. Mesti dia nak manja-manja dengan laki dia...
"Then... Why nangis?" soal Mikael ditalian.
"I nak attention you je..." Mikael gelengkan kepala. Perlahan-lahan dia bangun dari katil lalu berjalan menghampiri tingkap besar yang berada didalam biliknya.
"Really Medina??"
"I gurau jelah..."
"Actually... I miss you..." Sudah terluah apa dihati, kini Medina merasakan berat didada akhirnya berkurang.
"So do I..." jawab Mikael. Medina sudah tersenyum. Alahai hati... Cepatnya kau cair.
"Then baliklah cepat..."
"Cannotlah..." jawab Mikael.
"Why?"
"Banyak benda kena buat... Aku ingat datang kesini untuk berbincang tapi ada banyak benda kena tengok..." terang Mikael. Medina hanya mendengar. Dia tak patut merungut kerana ini untuk kebaikannya juga.
"Baiklah boss... Ambillah sebanyak masa yang you nak. Tapi once you balik sini... Memang I tak akan lepaskan you dah..." Terdengar tawaan milik Mikael ditalian.
"Baik madam... Akanku turuti segala arahanmu." Medina tersengih suka.
"Bye you... Sorry ganggu you malam-malam ni..."
"Kalau pasal kau... Semua itu bukan gangguan, Medina."
"Okey."
"Take care, Medina."
"You juga. Love you..." Tatkala mendengar perkataan itu dari Medina... Mikael menjadi kelu. Bilakah perasaan cinta itu mahu hadir dalam jiwanya?
Adakah Medina ditakdirkan untuk tidak dicintai oleh dia? Dia tak mahu Medina kecewa... Dia juga tak mahu kehilangan Medina.
Dia rindu Medina namun cinta... Dia sendiri masih tidak tahu apakah maksud cinta...
"Bye, Mikael. Good night..." Dia tersedar dari lamunan. Tangan naik kaut rambut kebelakang.
YOU ARE READING
Mikael's
RomanceSTAND-ALONE sweetness series 1 ☕ Kahwin atas aturan keluarga? Nampaknya macam ye. "You're mine. Mark my words Mikael!" - Clarissa Medina. ⚠️Cringe ⚠️Grammar errors