Medina meregangkan otot-ototnya setelah beberapa jam berperang untuk menyiapkan kerjanya. Komputer ribanya ditutup sejurus itu dia menghela nafas lega.
Telefon pintarnya yang berada diatas meja kaca diambil lalu dia mendail nombor Mikael.
Tet... Tet...
"Hello..." Serta-merta bibir Medina menguntumkan senyuman manis.
"Kerja I dah siap..." bagitahu Medina.
Setelah kejadian Mikael lupa mengambilnya, Mikael melarang dia membawa kereta seperi selalu.
Kadang-kadang Mikael akan menyuruh orang bawahannya menjemput Medina dari tempat kerjanya selepas itu Medina dihantar pergi ke pejabat Mikael. Itulah rutin Medina yang setiap hari. Pergi dan balik wajib dengan Mikael. Dia tak kisah sebab dia suka!
"Tunggu dekat bawah. Aku dah suruh Arron gerak ambil kau." Medina tersengih.
"Alright, bagitahu Arron I tunggu dekat tempat biasa..."
"Okey." Panggilan telefon ditamatkan. Setelah mengemas meja, dia segera menutup beberapa suis. Setelah itu dia melangkah keluar dari pejabatnya.
"Wina, aku balik dulu. Kau jangan balik lewat-lewat pula," pesan Medina apabila dia mendekati meja Darwina, kawan pejabatnya. Gadis itu hanya tersenyum sumbang.
"Sukalah tu, cik suami jemput!"
"Mestilah suka!" balas Medina riang. Walaupun bukan Mikael yang menjemputnya harini... Dia tetap gembira.
"Bye! Take care!" ujar Medina sambil tangan melambai Darwina.
"Kau juga!" Medina tertawa kecil sambil itu kaki mengatur langkah menuju ke lif yang disediakan.
Butang yang berlabelkan aras tingkat dipandang seraya itu pandangan mata ditunduk untuk mencari aras lobi.
Butang yang berlabelkan aras lobi ditekan seraya itu dia menjarakkan diri dari ruang itu.
Ting! Pintu lif itu terbuka, kakinya cepat-cepat melangkah keluar. Tempat yang dikatakan tadi dituju.
Melihat sahaja kereta milik Mikael sudah masuk keruang lobi, Medina terus mendekati kereta itu.
Pekerja yang bernama Arron itu turun lalu membuka pintu belakang kereta untuk Medina. Dengan senang hati Medina masuk kedalam kereta.
"Thank you Arron."
"Most welcome." Arron terus masuk kedalam kereta lalu memandu kereta itu ke pejabat majikannya. Medina yang berada dibelakang sudah menguap. Kepala disandarkan di tingkap kereta lalu mata ditutup, nanti tahulah dia nak bangun.
"Medina... Wake up." Perlahan-lahan Medina membuka matanya. Suara yang mengejutnya dari tidur dicari.
"Bukan ke aku tidur dalam kereta tadi?" soal Medina sendiri. Terkejut dia bangun-bangun sudah berada didalam bilik tidurnya.
"Ha bangun pun..." Mikael yang baru keluar walk-in closet dipandang.
"Bila kita balik? Siapa angkat I? Sekarang pukul berapa?" Bertubi-tubi Medina menyoal Mikael. Lelaki itu tertawa kecil.
"Bangun mandi..." Dia berjalan mendekati Medina yang masih berpakaian kerja.
"Sekarang pukul berapa Mikael?" soal Medina lagi. Mikael mengendahkan sahaja soalan Medina.
"Bangun mandi Medina..." Wanita itu hanya mampu memandang Mikael.
"Tolong I." Mikael menarik tangan Medina. Apabila Medina sudah berdiri. Tuala berwarna pink yang disangkut dibahu diserahkan pada Medina.
YOU ARE READING
Mikael's
RomanceSTAND-ALONE sweetness series 1 ☕ Kahwin atas aturan keluarga? Nampaknya macam ye. "You're mine. Mark my words Mikael!" - Clarissa Medina. ⚠️Cringe ⚠️Grammar errors