BUBUR yang berada dalam mangkuk kaca dipandang. Tekaknya tak boleh menerima apa-apa jenis makanan buat masa ini.
"Medina kenapa kau tak makan lagi?" soal Mikael lembut.
"I tak boleh telanlah. Kalau I telan I rasa nak muntah," adu Medina. Mikael jalan mendekati Medina yang berada diatas katil lalu punggungnya dilabuhkan dibirai katil. Mangkuk berisikan bubur itu diambil.
"Tak sedap ke sampai kau tak boleh telan?" Mikael membelek mangkuk itu. Medina dengan pantas merampas mangkuk itu.
"I tak cakap pun tak sedap... I nak sangat makan bubur ni tapi tekak I. I minta maaf tau." Medina menundukkan seraya itu dia bermain dengan jari sendiri. Kepalanya terasa digosok perlahan.
"It's okey honey." Medina menggangkat kepalanya memandang Mikael. Honey??
Adakah Mikael baru memanggilnya honey? Air liur ditelan payah.
"You panggil I apa tadi?" soal Medina perlahan. Dia perlukan kepastian!
"Honey." Senyuman lebar mekar dibibir mungkil Medina. Mukanya sudah merah menyala tapi dia suka!
"Again please. Telinga I pekak tiba-tiba."
"Honey makanlah bubur ni. Penat aku masak." Mikael tahu Medina hanya pura-pura tak dengar. Macamlah dia tak tahu wanita itu sudah tersenyum lebar.
"Okey. I nak makan tapi you suapkan I bolehkan?" Mikael mengangguk laju. Mangkuk bubur yang berada ditangan Medina diambil.
"Buka mulut." Medina membuka mulutnya. Perlahan-lahan sudu yang mengandungi bubur itu dimasukkan kedalam mulut Medina.
"Kalau tak boleh telan jangan paksa." Medina angguk. Tekaknya menolak bubur itu. Laju dia turun dari katil lalu berlari menuju ke bilik air sebelum dia muntahkan bubur tadi. Telinganya mendengar keluhan Mikael sebelum belakang badannya digosok perlahan.
"I okey. I nak rehat." Sekali lagi Mikael mengeluh. Dipimpin Medina kekatil. Setelah wanita itu selamat mendaratkan badannya diatas katil itu Mikael terus menarik comforter bagi menutup badan Medina.
"Feel better?" Medina mengangguk perlahan.
"Aku ada kerja nak buat. Kalau ada apa-apa call aku, jangan kau gagah ke pejabat aku," bebel Mikael. Wanita itu mendengar dengan tekun.
"Okey." Mata terus dipejam. Ubun-ubunnya terasa disentuh. Bunyi derap kaki pergi semakin perlahan. Itu tandanya Mikael sudah pergi.
KEPALA dipegang. Pening melihat kertas kerja yang bersepah diatas meja kerjanya. Jam didinding dikerling. Ia sudah menunjukkan pukul satu tengah hari. Masa untuk masak!
Kakinya mengatur langkah keluar dari bilik pejabat lalu menuju ke kamar utama. Dia tersenyum melihat Medina yang sedang nyenyak tidur.
Kakinya membawanya kedapur. Peti ais bahagian atas dibuka. Apabila menganalisis apa yang ada, dia terus keluarkan tulang daging lalu diletakkan diatas kabinet dapur.
Otaknya terfikir untuk masak sup siam kerana Medina sangat menyukai makanan itu. Tiba-tiba dia teringat alan perbualan mereka berdua ketika kali pertama bertemu.
"Apa makanan kesukaan you?" soal Medina. Mikael meletakkan telefon pintar diatas meja.
"Aku suka makan benda yang sedap."
"Kalau tak sedap... You tak makan ke?" Mikael mengangguk laju.
"I pula suka makan sup siam."
Daun saderi, tomato, lobak merah dan bawang holland diambil lalu diletakkan didalam bekas sebelum dia meletakkan bekas itu didalam singki. Paip singki dibuka.
YOU ARE READING
Mikael's
RomanceSTAND-ALONE sweetness series 1 ☕ Kahwin atas aturan keluarga? Nampaknya macam ye. "You're mine. Mark my words Mikael!" - Clarissa Medina. ⚠️Cringe ⚠️Grammar errors