M E D 19

1.8K 201 12
                                    

Medina termenung. Sudah 3 hari berlalu namun tiada sebarang khabar dari Mikael. Lelaki itu betul-betul perlukan mana untuk berfikir. Dia buntu... Apa dia nak buat kalau Mikael tak nak dengan bayi yang dikandung ini? Tapi kenapa dia taknak?

Dia memejam mata untuk memikirkan penyelesaian. Dia mengerluh perlahan. Dia kena kuat untuk diri sendiri dan bayi yang dikandungnya.

Nampaknya dia perlu ke klinik tanpa berteman. Suaminya tiada disisinya. Dia bangun dari katil lalu menuju tingkat bawah.

Jujur dia katakan dia lapar. Padahal baru je makan tadi. Sampai sahaja di dapur, peti ais dituju. Pintu di buka. Matanya tertumpu pada botol kopi yang sudah siap dibancuh. Tangan mencapai namun ada suara menghalang.

"Hurm... I kata apa? Pregnant woman cannot drink coffee. You lupa ke?" soal Rmaya yang sudah mengcekakkan pinggangnya. Medina terus menutup pintu peti ais tersebut sambil menggelang.

"Mana ada Med nak amik coffee..." auta Medina sambil bersungguh. Rmaya gelengkan kepala.

"I see what you did, Med." Medina menghela nafas perlahan. Alamak kantoi! Medina tertawa. "Takleh tahanlah mamma... Coffee tu macam memanggil I," cerita Medina sambil menayangkan muka memujuk.

"Tak boleh, Medina."

"Fine," balas Medina. Dia angkat bendera putih.

"You nak buka buku pink bila?" soal Rmaya ingin tahu kerana perkara inj bukan perkara main-main. Medina menunduk... Dia sendiri taktahu.

"Tak tahu lagi..." Rmaya angguk kepala. Jangan-jangan dia nak tunggu Mikael. Bisik Rmaya dalam hati.

"You nak tunggu Mikael ke." Medina gelengkan kepala dengan pantas. " Med nak pergi dengan mamma... Can tak?" soal Medina sambil tangan memeluk lengan Rmaya yang semakin menua.

"Boleh, dear. Untuk you semua boleh." Medina tersenyum. Dia bersyukur sangat kerana Rmaya sudi  memberi ruang untuk dia menumpang kasih sayang. Sayang dia akan Rmaya tidak akan pernah pudar walaupun apa-apa terjadi pada hubungan dia dan Mikael.

"Med rasa nak belanja mamma makanlah malam ni... Mamma sudi tak?" soal Medina sambil menayangkan senyum paling manis.

"Let's go..." Medina bingkas mendaki tangga lalu meninggalkan Rmaya seorang diri.

"Mamma cepat..." suara Medina dari atas kedengaran. "Okey you!" Rmaya mengerluh perlahan. Dia tahu ini taktik Medina untuk tunjukkan dia kuat tapi sebenarnya dia hancur didalam.

Dia sendiri saksikan 3 hari yang sangat kelam bagi Medina. Dia sendiri saksikan jatuhnya air mata wanita itu untuk anaknya. Soal Mikael... Dia sendiri tidak tahu apa jadi dengan anak lelakinya itu.

Dia ada juga cuba hubungi Rayyan namun tidak diangkat. Pusing kepala dia fikirkan dua ekor itu. Abang dan adik sama sahaja.

USAI makan mereka berdua menyimpang ke Pavillion untuk berbelanja. Medina merasakan Rmaya sudah mengalami syndrome grandma-to-be kerana dia masuk ke kedai kelengkapan bayi untuk beberapa kali. Medina sudah melarang kerana kandungannya baru 2 bulan. Namun Rmaya tidak endahkan.

Walaupun sudah berumur namun dia masih tertarik akan barangan bayi. Melihat Rmaya menelek pakaian bayi membuatkan hatinya di jentik rasa hiba.

Kalaulah you ada dekat sini, Mikael. Ucap Medina dalam hati. Perutnya dipegang lalu dielus dengan perlahan.

"Med... Ni comel tak? I sukalah..." Medina tersengih melihat telatah Rmaya. Nasiblah baju yang dipilih warnanya natural. "Comellah mamma..." Rmaya angguk sebelum dia letakkan baju itu didalam
bakul lalu menyampung pencarian baju.

Tiba-tiba rasa sakit dibawah perut menyerang. Medina mendesis kesakitan. "Mamma... Normal ke untuk sakit bawah perut?" soal Medina sambil memegang perutnya. Rmaya dengan pantas mendapatkan Medina lalu meminta pekerja kedai itu mencari satu kerusi untuk Medina.

"Selalunya normal untuk trimester 1... Tapi apa kata kita jumpa doktor? Boleh kita tanya dengan lagi terperinci." Rmaya memberi pendapat. Medina geleng. "Next time jelah mamma... lagipun dah pukul 9. So why not kita enjoy je dulu harini," ujar Medina sambil melabuhkan punggung diatas kerusi yang disediakan oleh pekerja tersebut.

"Sure?" Medina angguk laju. Rmaya pun menyambung kembali kerjanya.

In love betul dia dengan baju-baju tersebut. Nasib anak orang bukan anak sendiri.

SELESAI membeli-belah... Mereka pulang kerumah dengan kepenatan. Medina sempat mengucapkan selamat malam Rmaya sebelum dia mendaki tangga untuk kebilik.

Usai membersihkan diri... Dia dapat merasakan kesakitan dibawah perut belah kanan. Rasanya teramat sakit sehinggakan dia baring lurus.

"Little bean, okey tak dalam tu?" soal Medina sambil tangannya mengelus lembut puncak perut.

"Kenapa sakit sangat eh, little bean." Jari Medina mencucukkan jari. Tujuan? Dia sendiri taktahu.

Sekali lagi sakit itu menyerang. Nampaknya dia harus tabah untuk hadapinya. Dia sangat salute akan mommies yang berada diluar sana kerana sanggup mengadai nyawa untuk lahirkan seornang manusia.

Telefon dicapai... Nombor Mikael didail. Dia tahu kalau dia call sekarang mungkin tidak diangkat tetapi tidak salah dia mencuba.

Panggilan dari Malaysia mengejutkan Mikael dari lamunan. Dia masih tidak menerima kenyataan tentang perkara tersebut.

"Mikael... Are you okey?" soal Medina didalam talian. Mikael diam membatu. Dia rindu cuma dia takut dengan kenyataan tersebut.

"Mikael... I dah ada nama untuk dia..." Medina cuba alih topik. Namun respon dari Mikael tetap sama. Iaitu diam membatu.

"Mikael..." Tiada respon.

"I miss you but don't you miss me?"

Masih lagi menbatu. Medina mengerluh perlahan. Dia redha dengan ujian Tuhan yang ini namun dia juga berhak rasa sedih.

"Its okeylah, Mikael. See you soon."
Talian itu diputuskan oleh Medina. Telefon diletak disisi sebelum dia baring dia atas katil yang empuk itu.

Dia selak rambut kebelakang. Dia tak sangka bahawa Medina masih mahu menghubunginya walaupun sudah disakiti.

"Aku takut apa jadi dekat mamma... Jadi dekat dia." Rayyan yang berada dihadapannya mengangguk. Faham akan trauma yang Mikael sedangg hadapi.

"Mikael why not kau terus tereng dengan Medina." Rayyan memberi cadangan. Mikael mengelengkan kepalnya.

"Then kau nak apa?"" Dia angkat bahu. Dia sendiri taktahu...

"Selfish nak mampus," ujar Rayyan sebelum dia keluar dari bilik itu meninggalkan Mikael keseorangan.

Mikael mengalirkan air mata. Dia tak mampu untuk menerima kenyataan itu. Dia tak sampai hati nak buat Medina begitu namun ada cara lain ke yang dia boleh lakukan dari ini?

Mikael kembali merenung. Dia betul-betul perlukan masa untuk berfikir. Tapi sampai bila?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 06 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mikael'sWhere stories live. Discover now