M E D 4

19.4K 1.2K 35
                                    

Pintu bilik itu dibuka perlahan-lahan. Kaki kecilnya mendekati birai katil sebelum dia melabuhkan punggung diatas katil.

Pandangan matanya dikalihkan pada balkoni bilik itu. Tiba-tiba tubir matanya terasa hangat. Entah kenapa dia terharu dengan sikap Mikael yang mengambil berat tentangnya. Makin lama makin laju air mata mengalir bersama tangisan kecil.

Dia terharu apabila Mikael mengatakan dia bukan beban kepada lelaki itu. Tidak seperti keluarga lagi-lagi papanya, Tuan Kamal ini kerana bagi Tuan Kamal dia adalah penyebab kematian ibunya, Puan Meliana.

Pelbagai cara dia buat untuk meminta maaf dari si ayah namun dia diperlakukan seperti sampah. Sampai satu hari dia tekad untuk tinggalkan rumah agamnya namun dihalang pengawal-pengawal milik ayahnya.

Teruk juga dia dikerjakan ketika itu. Selepas kejadian itu dia menjadi anak yang mengikut segala telunjuk bapanya. Begitu juga dengan perkahwinan dia dan Mikael namun dia bersyukur kerana Mikael-lah lelaki yang dia mencari selama ni.

Lelaki yang menyelamatkan dari lanun di Semporna, Sabah. Itulah kejadian yang membuatkan dia kehilangan ibu selamanya.

"Ibu... Dina rindu ibu sangat-sangat," ujarnya bersama tangisan. Kedua-dua tangannya mencengkam cadar katil itu. Berat hatinya bila mengingati kejadian itu.

"Medina..." Suara Mikael yang memanggilnya membuatkan dia memalingkan wajahnya kearah dinding. Dia tak mahu bertentangan mata dengan Mikael.

Lelaki itu berjalan sehingga dia berhenti dihadapan Medina. Kepala Medina yang tinggi sama dengan dadanya dipegang. Terasa basah didagu milik wanita itu. Perlahan-lahan dia mengerakkan kepala itu sehingga mata mereka bersatu. Mikael menghela nafas berat.

Mata Medina penuh dengan duka yang dia sendiri tak tahu. Adakah dia suami yang tak guna kerana tidak tahu tentang masalah isterinya?

"Kenapa kau menangis ni? Aku ada buat salah ke?" soal Mikael lembut. Medina menggeleng perlahan.

"Habis tu?"

"I rindu ibu..." Mikael mengangguk faham. Kepala Medina ditolak perlahan sehingga ia mendarat didada Mikael.

"I dah tak ada sesiapa Mikael... Kalau ada ibu at least kalau apa-apa jadi dekat rumah tangga kita. I ada tempat untuk I menangis." Mikael bagaikan tersentak apabila mendengar ujaran Medina itu.

"I tak minta tapi kita siapa untuk tentukan masa depan..." Medina menggangkat kepalanya melihat anak mata milik Mikael.

"Medina... Aku ada dengan kau. Aku janji aku tak akan tinggalkan kau. Itu janji aku. Tak kisahlah apa pun terjadi... Aku akan selalu ada dengan kau..." Belum sempat Mikael mahu habiskan ayat air mata Medina mengalir laju. Cemas Mikael dibuatnya.

Tangan Medina menggengam baju Mikael. "Thank you Mikael... Thank you." Medina rasa hidupnya seakan-akan semakin bersinar selepas mendengar ujaran Mikael. Tangan Mikael memegang rahang Medina sebelum ia naik ditubir mata. Ibu jarinya digunakan untuk menyeka air mata Medina yang masih tersisa.

"I nak baring Mikael." Lelaki itu mengangguk. Bantal putih ditepuk sebelum Mikael meletakkan kepala Medina perlahan-lahan diatas bantal itu.

"You nak pergi mana?" soal Medina. Lelaki itu diam.

Mikael panjat katil. Dia mendekati Medina seraya itu dia memeluk tubuh itu dari belakang. Medina kejung apabila deruan nafas hangat Mikael terasa dilehernya.

"Sleep Medina." Itulah ujaran Mikael terakhir sebelum Medina masuk kealam mimpi. Mikael hanya merenung wajah polos itu. Sesungguhnya hatinya terasa tenang apabila melihat wajah isterinya yang sedang nyenyak tidur.

KELOPAK mata dibuka. Sinaran putih menusuk anak matanya. Tangan diangkat lalu mengosok mata. Setelah itu dia memandang tubuh kecil yang memeluknya erat.

Tangan diangkat lalu mendarat dirambut wanita itu sebelum dielus lembut. Senyuman kecil dicarik.

Bahu Medina dipegang sebelum dia menggoncang perlahan.

"Medina... Bangun dah pagi."

Tiada sahutan.

"Medina..."

"Emm..." rengek Medina. Mikael tertawa kecil.

"Medina bangun... Mandi," arah Mikael seraya dia menggoncang lagi bahu wanita itu sehingga Medina membuka mata. Perlahan-lahan dia bangun dari baringan begitu juga Mikael. Kepalanya berdenyut-denyut apabila dia cuba mendirikan badan. Mikael yang perasan dengan keadaan Medina terus menerpa kearah Medina. Mikael memapah Medina ketandas.

"Aku rasa kau demam ni. Badan kau pun panas sangat." Medina tidak membalas. Dia hanya diam mendengar ujaran Mikael.

"Kau mandi dulu nanti aku bawa kau pergi klinik." Lantas itu laju Medina menggeleng.

"I tak naklah Mikael," rengek Medina sambil membuat muka kesian.

"No no... Kita kena pergi juga. Nanti melarat." Medina hanya mengangguk akur. Figura Medina masuk kedalam bilik mandi dipandang. Setelah pintu bilik mandi ditutup dia laju melangkah mendekati meja kecil yang berada disebelah katil.

Telefon pintar dicapai. Nombor seseorang dicari sebelum dia menekan butang yang mengandungi icon telefon.

"Hello Mikael... Kenapa call? Kalau you cari Hazrel dia tengah tidur." soal suara perempuan diatas talian. Sah-sah itu Talia, isteri Hazrel.

"Talia... Medina demam. Apa yang aku kena buat?" soal Mikael. Talia dihujung talian sudah tersenyum lebar. Dia suka dengan perubahan Mikael yanh mengambil berat tentang Medina.

"Medina demam?? You ada buat apa-apa ke dekat dia?"

"Hell no. Kau ingat aku gila ke nak apa-apakan isteri aku?" Talia tertawa kecil. Dia sengaja mahu menguji Mikael. Dia tahu Mikael bukan jenis lelaki yang suka angkat tangan pada perempuan.

"Okey Chil. I bergurau je. You bagi dia makan panadol active fast and then masak bubur untuk dia. If makin teruk you bawa je dia pergi klinik. And jangan bagi dia buat kerja berat-berat." Mikael mengangguk faham sambil mendengar penerangan Talia dengan tekun.

"Thank you Talia. Aku letak dulu." Telefon pintarnya diletakkan diatas meja itu kembali.

"Mikael..." Sayup-sayup kedengaran seperti Medina memanggilnya dari bilik mandi. Dia berjalan mendekati pintu bilik mandi.

"Medina..."

"Mikael tolong I... I tak boleh berdiri kalau berdiri I tak boleh imbangkan badan." Mikael buka pintu bilik mandi itu perlahan-lahan sebelum dia mendekati Medina yang berada didalam bath tub. Pandangan mata dikalihkan kearah lain seraya tangannya memberi tuala yang tergantung didinding pada Medina.

"I really really need your help Mikael. Just look at me." Mikael mengalihkan pandangan mata pada Medina.

Nafas berat dihembuskan. Lega apabila Medina sudah berpakaian. Tangannya dan Medina dipegang erat sebelum Mikael memapah Medina keluar dari bilik air. Katil besar tengah-tengah ruang bilik itu dituju.

Badan Medina diletakkan perlahan-lahan. Mikael memegang kedua-dua bahu wanita itu lalu dia membaringkan Medina. Rambut median yang basah dibiarkan sahaja.

"Mikael I minta maaf sebab dah susahkan you. I janji lepas ni I tak akan susahkan you lagi," ujar Medina tergagap-gagap. Mungkin dia sedang menahan sejuk diluar badan. Comforter ditarik sebelum Mikael membisikkan sesuatu pada telinga Medina.

"Kau kena sihat dulu baru aku maafkan kau."

Mikael'sWhere stories live. Discover now