M E D 13

5.1K 710 49
                                    

"You nak makan apa, dear?" Medina mengangkat kepala lalu memandang mamma yang berada dihadapannya.

"I rasa nak makan spaghetti cabonara," balas Medina. Selepas menghantar Mikael berlepas mereka mengambil keputusan untuk makan tengah hari di luar kerana mamma ada kerja yang perlu dia selesaikan jadi selepas makan mereka akan berpisah. 

Mamma ke tempat kerja dan Medina mungkin balik ke rumah kerana merasakan badannya sangat penat.

"Plain water." Pelayan restaurant mencatat apa sahaja keluar dari mulut mamma.

"Med... You okey ke kalau I tinggal you? Or you nak ikut I?" soal mamma. Wajah pucat Medina sangat kelihatan. Mungkin dia kepenatan kerana sejak pagi tadi dia menguruskan semua barang-barang Mikael. Apabila dilarang, dia membantah kerana mahu Mikael tidak tinggal sesuatu yang penting.

"Sokeylah, Mamma. Sikit je ni," balas Medina bersama senyuman. Mamma menggelengkan kepalanya.

"Kita cancel makan then go back home...."

"Please dont, Med tengah starving. Mamma tahukan Med tak sarapan apa-apa tadi," pujuk Medina sambil membuat muka kesian. Tangan mengosok perut tanda lapar.

Mamma melepaskan nafas berat, Haish menantu aku ni!

"Okey, fine! Tapi lepas makan you terus balik. I tak nak you sakit." Medina menjatuhkan kepala beberapa kali untuk meyakinkan mamma.

Selesai makan, Medina meminta diri untuk pulang. Dia sudah kehabisan tenaga. Tak pernah lagi dia rasa sepenat ini. Tiba-tiba tekak terasa mahu mengeluarkan kembali apa yang dia makan tadi.

Tapak tangan dibawa ke mulut untuk menahan makanan tadi dari keluar. Tapak tangan yang tadi berada di mulut, dialihkan ke dada.

Dada digosok perlahan. Entah kenapa tiba-tiba dia terasa berat. Malas melayan semua itu, dia terus masuk kedalam kereta.

Nasib baik mamma telefon pemandu Mikael kalau tidak, mahu dia balik naik grab.

Mata dipejam dan tangan masih membuat perkara yang sama iaitu mengosok dada. Rasa mual makin membuak-buak. Dengan pantas dia mencari plastik atau apa-apa yang boleh dia muntah kedalamnya.

"Uncle... You ada... Plastik tak?" soal Medina berselang-seli dengan cuba menahan rasa mual.

"Ada..." Pemandu kereta itu menyerahkan plastik kepada Medina sejurus itu, segala isi yang ingin keluar dari perutnya dimuntahkan kedalam plastik itu.

Werk!

Werk!

Werk!

Pemandu itu hairan... Matanya kejap-kejap memerhati Medina dari cermin atas.

"Puan okey?" soal pemandu itu. Medina hanya mengangguk. Dia masih lagi dengan perbuatannya tadi.

Selepas segalanya terasa selesa... Dia mengikat plastik itu lalu disangkutkan di penyangkut. Tisu diambil lalu dia lap hujung bibir agar kesan muntahnya hilang.

Dia sudah tidak berdaya lagi. Tenaganya sudah habis. Akhirnya dia pejamkan mata agar semuanya kembali normal.




Mata dibuka perlahan-lahan, siling diatasnya menunjukkan dia berada di bilik tidurnya. Jam yang berada di atas meja solek dilihat.... Ouh dah pukul 9:46 pm.

Medina terkejut... Jadi dia dah tidur selama 6 jam?? Tak pernah dibuat dia lagi. Namun walaupun sudah tidur selama itu, badannya masih terasa letih. Dia mahu menyambung tidurnya namun dia sedar dia belum bersihkan diri.

Langkah kaki dibuka dengan longlai. Dia membawa diri menuju ke bilik mandi. Dia perlukan mandian agar dia berasa segar dan bersemangat untuk menjalani episod kehidupannya sebagai Clarrisa Medina.

Mikael'sWhere stories live. Discover now