M E D 6

19.5K 1.3K 100
                                    

Pesanan yang dia dapat pada pukul 11 tadi dilihat kembali

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pesanan yang dia dapat pada pukul 11 tadi dilihat kembali. Sekarang jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Dia masih tidak dapat melelapkan mata akibat terlalu banyak kerja yang perlu dia siapkan.

Tok! Tok! Tok!

Medina membuka pintu bilik kerja milik Mikael seraya itu menayangkan senyuman manis. Kepala diangkat sedikit untuk melihat punca suara.

"You tak nak tidur ke Mikael?" Lelaki itu hanya menggelengkan kepala. Matanya tak berkelip memandang Medina.

"I know you busy tapi... Dah masuk hari ke enam you tidur lewat tau. Kalau you sakit nanti siapa nak masak untuk I..."

"Medina... Aku." Mikael faham selepas mendengar ujaran Medina.

"It's okey I faham. Just go on. I kan tak penting," cantas Medina. Dia rindu dengan Mikael. Hampir seminggu Mikael balik lewat, tidur lewat, makan lewat. Siapa je tidak risau?

"Sorry ganggu you..." Kakinya melangkah keluar dari bilik kerja milik Mikael itu dengan perasaan kecewa. Seminggu dia tidak dapat perhatian Mikael. Dia sedih!

Mikael mengeluh perlahan. Salah dia juga kerana tidak pandai bahagikan masa. Dia bangun lalu melangkah keluar dari bilik itu. Bilik tidurnya dituju. Tiada siapa. Mikael menggeleng perlahan, Medina mesti tidur dalam bilik dia.

Ya, betul tekaannya. Medina berada didalam bilik dia. Kaki berjalan mendekati Medina yang sedang baring membelakanginya. Punggungnya dilabuhkan dibirai katil. Rambut Medina dielus lembut.

"I'm sorry. Aku tahu aku dah tak ada masa dengan kau tapi aku busy bersebab bukan saja-saja. Aku buat untuk hidup kita." Medina terus memusingkan badannya menghadap Mikael.

"I pun nak minta maaf sebab I ganggu you buat kerja. I minta maaf sebab tak faham you. I ego. I minta maaf tau... I tak nak jadi isteri yang nusyuz," ujar Medina perlahan. Tangannya meraih tangan kasar Mikael.

"No need to be sorry, Medina. Bukan salah kau... Aku yang tak pandai bahagikan masa. My bad." Medina tersenyum kecil.

"You nak tahu tak..."

"Tahu apa?"

"I rasa cinta I pada you makin bertambah..." Ujaran Medina membuatkan wajah Mikael merah semerahnya.

"I think we should sleep now..." Mikael melabuhkan punggung diatas katil namun cepat-cepat dihalang Medina.

"Tapi... Katil ni tak muatlah, Mikael," kata Medina perlahan. Macam mana tak muat kalau guna katil single?

"Kalau macam tu tidur dengan aku." Mikael bangun lalu tangannya menggangkat tubuh Medina.

"Mikael!" Lelaki itu tertawa kecil apabila mendengar jeritan Medina. Kaki Mikael melangkah keluar dari bilik Medina. Tombol pintu bilik utama dipulas.

Tubuh Medina perlahan-lahan diletakkan diatas katil. Sejurus itu dia juga membaringkan badan diatas katil. Dia menarik wanita itu tidur dalam pelukannya. Lengannya menjadi alas kepala Medina.

Mikael'sWhere stories live. Discover now