M E D 9

14.3K 1.3K 58
                                    

"Kau okey?" Medina mengangguk tanda dia okey. Tangan mengenggam erat tangan Mikael.

"Kenapa you ajak I kesini?" soal Medina hairan. Bangun sahaja dari tidur, Mikael terus mengajak dia ke sini.

Mungkin Mikael mahu menenangkan fikiran kerana dalam dua ketiga hari ini dia sibuk menguruskan kerja. Meskipun Mikael sibuk, dia tidak pernah mengabaikan Medina.

"Saja... Lagipun aku dah lama tak jenguk villa ni." Medina hanya mendiamkan diri sambil menikmati angin dari laut yang nyaman.

"Kenapa family you tak nak tinggal sini? Kan best kalau dia orang tinggal sini. Hari-hari kita boleh jalan-jalan dekat sini. Pastu kita boleh release tension sama-sama."

"Buat picnic dekat sini pun best juga..." tambah Medina. Mikael hanya mendengar omongan Medina dengan penuh tekun walaupun kaki mereka berjalan.

"Ada sebab kenapa dia orang tak tinggal sini..."

"Ouh kalau macam tu kita jelah duduk sini," ujar Medina.

"Rumah yang kita duduk pun kau boleh sesat apatah lagi villa yang besar ni," cantas Mikael laju sambil memandang sinis.

"Ala waktu tu kita baru je lepas kahwin... but at least I tak masuk bilik salah macam you!" Medina tertawa kecil apabila mengingati peristiwa itu.

"Kau ingat?" soal Mikael terkejut.

"Of course sebab anything about you memang wajib I buat memori takut nanti hilang..." balas Medina selamba.

"Medina, aku nak tanya something boleh?" Medina mengangkat kepala menghala sebelah.

Detakkan jantung memainkan peranan. Nada yang digunakan Mikael membuatkan Medina tidak keruan.

"Nak tanya apa?"

"What if aku kena pergi outstation... Kau okey ke tinggal sorang?"

"Kenapa you tanya? You kena pergi outstation ke?" Medina membuat mimik muka sedih. Tolonglah kata Mikael akan bawa dia bersama. Mikael menjatuhkan kepala beberapa kali.

"Alaaa..." Medina menunduk kebawah.

"Bila you nak pergi?"

"Lusa..."

"Why this so sudden?" soal Medina sambil menjeling Mikael.

"Aku terpaksa sebab tak ada siapa nak ganti aku... Lagipun Rayyan yang minta tolong," terang Mikael. Medina hanya mendiamkan diri.

"Ikutkan aku nak bawa kau..."

"You nak bawa I?" Laju Medina memotong percakapan Mikael.

"Tapi tak boleh sebab itu syarat yang dibuat oleh pihak sana," terang Mikael namun Medina memandang lelaki itu pelik.

"Syarat? Peliknya... Entah-entah dia orang nak culik you lepastu dia orang potong you pastu dia orang makan you..." sangkal Medina. Mikael sudah tertawa.

"Dia gelak pula... Habislah I nanti. Tak pasal-pasal I jadi janda... Janda berhias." Medina tertawa suka.

"Nak sangat ke jadi janda?" soal Mikael dingin. Tiada lagi mimik muka ceria. Bulu rona kian menegak dan beberapa kali juga Medina menelan air liur sambil tersenyum kelat.

"Kenapa diam?"

"I diam sebab I taknak jadi janda."

Suasana hening buat seketika...

"Kau okey tak kalau duduk sorang-sorang? Ke kau nak balik rumah papa kau?" Mendengar sahaja perkataan 'Papa' Medina laju menggelengkan kepalanya.

Dia tak mahu kembali ke neraka itu. Selepas sesaat dia bergelar isteri kepada Mikael, dia membuat janji dengan diri sendiri untuk tidak kembali ke rumah itu.

Mikael'sWhere stories live. Discover now