MED 10

9.8K 1.1K 54
                                    

"Mikael... You nak bawa apa lagi? I nak tolong pack-kan." Mikael yang sedang berada didalam bilik mandi terus membuka pintu apabila mendengar suara Medina.

"Dah tak ada kot. Aku nak pergi dalam 4 hari je bukan 4 tahun," jawab Mikael bersama berus gigi masih berada didalam mulutnya. Medina tertawa sebelum dia merenung wajah Mikael.

Sungguh mempersonakan!

"Apa pandang-pandang?"

"Saja. Salah ke nak pandang laki sendiri?" soal Medina sambil menyilang tangan didada.

"Tak salah cuma salah masa nak pandang pun." Medina mengangkat kening tanda hairan.

"Salah masa?"

"Aku tengah seksi ni... Malulah," ujar Mikael perlahan. Medina menahan bibir dari menguntumkan senyuman.

"Medina... Janganlah renung macam tu. Takut tau!" Medina mengecilkan mata sambil memandang lelaki itu atas bawah.

"Pergilah sambung mandi you tu..." halau Medina sebelum dia menghemburkan tawa apabila melihat wajah Mikael.

Hilang sahaja Mikael, dia bangun lalu menuju keruang dapur yang berada dibawah. Roti dan nutella diambil apabila dia tiba dimeja makan.

Sambil menikmati roti dia mengosok perut yang beralaskan baju itu sebelum berkata, "Perut... Kenapa kau selalu lapar? Padahal aku baru je makan tadi."

Selesai mengunyah, dia bangun lalu pergi ke bilik laundry untuk melihat baju yang sudah siap. Baju yang sudah kering diletakkan dalam bakul.

Dia mengusung bakul itu keruang tamu. Televisyen dihidupkan, butang Neflix ditekan. Sambil melayan kdrama sambil dia lipat baju.

Bunyi lif dari tangga membuatkan dia menggelengkan kepala. Rumah 2 tingkat je, itupun turun guna lift.

Melihat Mikael hanya berbaju biasa ia membuatkan Medina kecewa. Dia fikir laki dia mahu menbawa dia pergi bersiar-siar kerana esok Mikael akan pergi ke itali.

"Buat apa tu?" soal Mikael bersahaja. Punggung dilabuhkan diatas sofa.

"Tengah makan," jawab Medina tanpa memandang Mikael. Tangannya masih berjalan.

"Kenapa ni?" soal Mikael sambil merenung Medina dari tepi.

"Nothing..." Pelik. Baju yang berada ditangan Medina dirampas sebelum dia melipat baju tersebut.

"Mikael!!"

"Kenapa marah? Salah ke aku nak tolong wife aku?" soal Mikael sambil menyilangkan tangan.

"Tak salah cuma cara you salah!" Mikael mengangguk.

"Antara tugas seorang suami adalah melipat baju. Jadi kau berehatlah... Nanti penat macam mana?" soal Mikael sambil tangannya masih berjalan.

"Baguslah kalau you tahu tugas you!" Mikael tersengih suka.

"I naik atas dulu..."

"Nak buat apa?" cantas Mikael terkejut. Dia baru duduk je.

"I nak tidur." Mikael mengecilkan matanya.

"Medina..." panggil Mikael apabila wanita itu meninggalnya di ruang tamu keseorangan.

"Medina!" Nada kuat digunakan. Namun Medina mengendahkannya. Susuk tubuh Medina yang masuk kedalam lift dipandang dengan pandangan tidak puas hati.

Lantas baju yang berada ditangan dilempar kedalam bakul kembali. Lalu kaki melangkah menuju kebilik mereka. Apabila sampai dihadapan bilik itu, Mikael menolak dedaun pintu dengan berhati-hati.

Mikael'sWhere stories live. Discover now