Mata dibuka perlahan-lahan tatkala sinaran matahari mencucuk kolopak mata. Tangan meraba kawasan sebelah kiri... Tiada sesiapa.
Cepat-cepat Medina membuka mata. Dia mengerluh, Mamma bangun awal dari dia. Dengan pantas dia bangun dari tilam lalu meninggalkan bilik tidur itu dengan keadaan berselerak.
"Stupid Medina! Macam mana kau boleh terlajak tidur ni!" ujar Medina kepada diri sendiri. Sesekali dia menggelengkan kepala. Apalah yang dia nak jawab dengan mamma?
Masuk sahaja dalam biliknya, dia mencapai tuala dan menanggalkan baju tidur dengan segera. Bilik air di tuju.
Usai selesai mandikan diri, dia dengan cepat menuju ke almari untuk mencapai apa-apa baju yang elok untuk dipakai. Nasiblah dia sempat meletakkan baju dalam almari kalau tidak, mesti bersepah baju di lantai.
Selesai sahaja dia memakai baju, dia cepat-cepat meninggalkan bilik itu dan menuju ke dapur yang dia pasti itu adalah tempat yang dimana mamma berada. Turun sahaja tangga, telinga dia sudah menangkap suara mamma yang sedang bersembang dengan pembantu rumah.
"Morning... Mamma. Sorry lambat," ujar Medina perlahan. Dia diselubungi dengan perasaan takut. Macam-macam yang sedang bermain difikirannya... Dia takut mamma akan bencikan dia.
"No. You're not-lah dear," balas mamma dengan wajah gembira. Jelas tiada reaksi yang Medina fikirkan...
Apa yang tengah bermain difikiran Medina ialah mamma akan memerlinya kerana bangun lewat.
"I'm sorry ma..." ujar Medina, kedua-dua belah tangannya mengengam antara satu sama lain. Ia semakin kuat apabila merasakan mamma akan membencinya. Padahal itu semua andaiannya.
"Dear... You ingat I ni macam mak leha ke?" soal mamma dengan pandangan tajam. Medina dengan laju menggelengkan kepala.
"Then... kenapa you nak takut sangat? I tahu you penat so I dont ever care kalau you nak bangun lewat pun..." Mamma mendekati Medina seraya tangannya naik mengusap perlahan ubun-ubun Medina.
"Don't worry, okey?" Medina menjatuhkan kepala tanda faham. Akhirnya dia melepaskan nafas lega. Semua rasa didada akhirnya terlepas juga. Entah kenapa dia merasakan selesa bersama mamma berbanding dengan orang lain.
"Breakfast dulu then baru go work okey?" ujar Mamma sambil meletakkan pinggan berisikan nasi goreng diatas meja makan. Medina angguk.
"I nak naik atas, nak siap..." Mamma meminta diri. Medina sekali lagi menganggukkan kepalanya. Pinggan pemberian mamma ditarik lalu dia menikmati hidangan itu sehingga habis. Jarang betul dia nak habiskan sarapan kerana dia selalunya tiada selera untuk menelan makanan di pagi hari.
Selesai mengemas, Medina melangkah ke bilik untuk mengambil barang-barangnya.
Semua barang yang dia perlukan, semuanya ada. Dia menarik senyuman sebelum dia menuju ke bilik mamma.
"Ma... Med pergi kerja dulu tau," ujar Medina perlahan. Tangan mamma dicium sebelum pipi wanita tua itu pula jadi tumpuan Medina.
"Nanti you balik pukul berapa?" soal mamma ingin kepastian.
"Not sure... Sebab company I ada buat majlis dekat rumah perlindungan kanak-kanak. Later I inform balik okey?" ujar Medina bersama senyuman. Mamma hanya mengangguk.
"Take care mamma!"
"You too dear!"
Medina melangkah ke arah kereta vellfire yang sedang menunggunya. Ini semua sebab Mikael suruh, kalau tidak memang dia pergi kerja sendiri.
"Puan..."
"Medina only." Pemandu itu mengangguk. Dia masuk kereta dan terus memandu ke lokasi yang Medina beri semalam.
YOU ARE READING
Mikael's
RomanceSTAND-ALONE sweetness series 1 ☕ Kahwin atas aturan keluarga? Nampaknya macam ye. "You're mine. Mark my words Mikael!" - Clarissa Medina. ⚠️Cringe ⚠️Grammar errors