MATA dipejam buat seketika. Kata-kata Mikael yang didengari dibuat tidak endah. Dia merajuk!
"Medina yang ini cantik kau tak nak try ke?" soal Mikael setelah beberapa kali mencari baju sesuai untuk isterinya untuk dipakai ke majlis mentuanya.
"Medina..."
"You nak apa?"
"Aku nak kau tengok baju ni." Medina mendengus perlahan. Mata dibuka selepas itu dia menggeleng, tak cantik sebab terlalu banyak biji-biji manik. Dia tak suka.
"Medina ini dah masuk 7 helai baju tau kau gelengkan," ujar mikael seraya itu meminta pekerja yang memegang dress itu untuk beredar dan memberi mereka ruang untuk berdua.
"Tell me what's wrong?" Mikael bangun lalu melabuhkan punggung disebelah Medina.
"You tak ingat ke?" Alis Mikael terangkat. Ingat apa?
"Tengok you tak ingat!! Sampai hati you, you dah janji dengan I!" rengek Medina perlahan sambil membuat muka sedih.
"Aku betul-betul tak ingat Medina. Tolong ingatkan aku," pujuk Mikael sambil tangannya meraih tangan Medina.
"You dah janji sebelum keluar kereta you akan kiss I! You tak buat pun tadi. I nak nangis!!" Mulut Mikael ternganga... Jadi inilah sebab Medina merajuk kerana dalam kereta tadi bukan main lagi Medina nak habiskan duit dia...
"Lepastu kau nak aku buat apa?" soal Mikael sambil memandang Medina tajam. Wanita ini memang sengaja mahu membulinya... Dia tahu sangat!
"I nak you ki..." Belum sempat Medina menghabiskan ayatnya, Mikael meragut lembut bibirnya.
"Dah puas ke?" Mikael perlahan-lahan melepaskan tautan bibir itu. Melihat Medina mencari nafas membuatkan dia tersenyum sinis.
"Kenapa diam? Nak lagi ke?" Medina menggeleng perlahan. Tak sangka Mikael akan bertindak seperti ini. Wajahnya dialih ke tempat lain. Malu! Dah tahu malu kenapa minta?
"Medina..."
"Ye," sahut wanita itu tanpa memalingkan wajahnya kearah Mikael.
"Kiss dah dapatkan? Cuba baju ni untuk bayaran kiss tadi." Medina akur, dress yang berwarna hitam diambil lalu dibawa ke dalam bilik persalinan. Mikael tersenyum kemenangan.
Beberapa minit menunggu, akhirnya Medina keluar dengan dress yang dibawa tadi. Melihat Medina dalam busana hitam itu membuatkan dia teringat akan majlis perkahwinan mereka berdua dahulu.
"Gorgeous..." Perkataan pertama yang keluar dari mulut Mikael selepas melihat Medina. Wanita itu sudah tersipu-sipu malu.
"Nak yang ni atau nak tukar lain?" soal Mikael.
"I nak yang ini..." Mikael jatuhkan kepalanya.
"Puan mari ikut saya..."
"You pergi dulu nanti I menyusul," balas Medina seraya itu dia berjalan mendekati Mikael. Pembantu butik itu berjalan meninggalkan pasangan itu buat kali kedua.
"You nak tahu kenapa I pilih baju ni?" Mikael angguk kepala. Medina mendekatkan wajahnya dengan wajah Mikael.
"Sebab bibir you..." Jari runcingnya naik menyentuh bibir monggel Mikael.
"Kenapa dengan bibir aku?"
"Dia puji I..." Medina bangun lalu meninggalkan Mikael yang sedang mencerna kata-kata dia.
"Tak faham!" bentak Mikael. Dia sendiri tak tahu kenapa akalnya lambat berfungsi.
Tangan Mikael ditarik menuju ke kedai yang menjual Ais krim yogurt. Berhenti sahaja dihadapan kedai itu, Medina melepaskan tautan tangan itu.
YOU ARE READING
Mikael's
RomanceSTAND-ALONE sweetness series 1 ☕ Kahwin atas aturan keluarga? Nampaknya macam ye. "You're mine. Mark my words Mikael!" - Clarissa Medina. ⚠️Cringe ⚠️Grammar errors