BADAN didaratkan ke dinding sebagai tempat sandaran. Bertentang dengan Sara yang berdiri pada jarak 1 meter darinya. Longkang kecil menjadi pemisah antara mereka. Perasaan gugup dalam diri bermaharajalela, tidak tahu cara untuk memulakan bicara.
Si gadis pula memilih untuk tidak mengangkat muka. Selesa tertunduk ke bawah. Lebih rela rumput-rumput hijau yang dipijak menjadi santapan mata.
"Sara..."
"Harraz..."
Nama diseru serentak. Tundukan kepala semakin rendah tatkala rasa malu datang menyinggahi. Langit awalnya cerah kebiruan bertukar mendung menggambarkan situasi canggung antara mereka.
"Awak cakap dulu." Sara bersuara.
Saat Sara menaikkan kepala ke atas, mereka bertentang empat mata. Baru sedar diri diperhatikan dari tadi. Alternatifnya cepat dia liarkan mata ke tempat lain.
Helaan nafas berat dilepaskan. Begitu jelas menerobos masuk ke gegendang telinganya. Bunyi seperti berat benar perkara yang ingin disampaikan lelaki itu. Harraz terdiam sejenak, cuba mengumpul sumber kekuatan sebelum berkata-kata.
"Awak dah terima hadiah yang saya beri?"
Gatal matanya ingin mengintai reaksi Sara. Namun apakan daya gadis itu berkelakuan seolah menolak untuk memandangnya. Ya, mata Sara yang dia cari. Sepasang mata bundar itu yang ingin dia tilik dalam-dalam.
"Hadiah apa eh?" Sara buat-buat tanya.
"Er..kalau awak ada bukak, kat dalam tu ada...gelang. Ada butterfly kat atas." Tergagap Harraz menyenarai ciri fizikal gelang berkenaan. Dia pun sebenarnya ingat-ingat lupa.
Sara telan liur. Kotak ingatan terus melayang pada sebuah kotak berisi gelang yang dibuka tempoh hari. Betul kata Harraz, seingatnya ada bentuk rama-rama berwarna silver tergantung pada tali halusnya.
"Gelang? Bila masa awak beri saya hadiah?"bohong Sara. Dia mula mereka cerita. Sara jeling sekilas pada pergelangan tangannya yang kosong. Memang kosong pun. Dia gigit bibir. Baru sedar ketidakberadaan gelang tersebut yang menjadi tanda tanya Harraz.
"Lah...ye ke? Saya rasa saya dah suruh satu pelayan perempuan ni untuk beri hadiah tu kat awak. Haihh... saya tak patut percaya dia. Entah-entah dia simpan hadiah tu."Harraz membuat spekulasi sendiri.
Ayat terakhirnya kedengaran begitu kesal. Mungkin kesal kerana tidak mampu menyerahkan hadiah itu dengan tangan sendiri. Ya Allah, Sara apa yang kau dah buat ni? Kau dah aniaya orang tau!
"Mungkin dia tersalah bagi kat orang lain. Takpelah, bukan rezeki saya," kata Sara lembut, cuba menyedapkan hati Harraz.
"Ruginya...."
Intonasi suara Harraz yang semakin rendah amat meruntun jiwanya. Hati yang sedia nipis bak jantung pisang ini dilapah satu persatu. Kenapa dia rasa sakit sangat?
"It's fine, jangan fikir lagi. Nanti saya suruh papa ganti balik ye."
"But still...."
"Yes?" Sara angkat kening.
"Nothing." Hati Harraz bagai meronta-ronta untuk meluah rasa. Anak tekak terasa gatal untuk menguatkan kotak suara lelakinya. Realitinya butir bicara yang telah disusun dalam minda seakan terbantut, berlawanan dengan hajat hati.
Mulut cakap lain, hati hendak lain. Ya, salah satu kelemahan manusia biasa termasuk dirinya.
"If that so, saya masuk dulu. Nanti diorang cari pula,"sambung Harraz lagi. Raut wajah lelaki sawo matang itu terlihat tenang seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku sebelumnya.
YOU ARE READING
Kalau Sudah Tertakdir | C (IN EDITING)
Teen FictionSLOW BURN WARNING ⚠️ "Aku rasa aku kena ingatkan balik siapa diri kau. Mana tahu kau dah lupa ingatan? Kau dan kembar kau tu cuma anak angkat je sedangkan aku anak kandung sebenar. Raisya Qistina binti Nizam bukan Raisya Qistina binti Tengku Mokhtar...