Parti liar yang bertempat di sebuah banglo dua tingkat telah dipenuhi dengan susunan kereta mewah yang elok terparkir di halaman rumah. Setiap tahun sekali, menjadi event wajib kepada kumpulan remaja mereka. Digerakkan oleh golongan anak bangsawan Malaysia yang rata-ratanya bersusur galur kerabat diraja. Paling tidak pun, berlatar belakangkan keluarga kaya.
Bagaimana dia boleh terjebak dalam kumpulan ini? Seingatnya bermula ketika pertemuan kali pertama dengan seorang remaja lelaki yang lebih kurang sebaya dengannya. Siapa? Tak mengapa, sebentar sahaja lagi mereka akan berjumpa setelah bertahun tidak bertanya khabar. Bertepuk tampar seperti dahulu.
Suasana amat riuh-rendah. Gamat dengan suara teriakan yang datang dari merata arah. Kolam renang sebesar 18 kaki yang tidak jauh dari tingkap kereta yang dipandu terlihat begitu riuh dengan kerumunan orang. Bunyi air terpercik keluar dari kolam berterusan kerana teruja menujukkan aksi terjunan masing-masing.
Flex time!
"Aydan, we've arrived!" Harraz membuka tali pinggang yang melilit pinggangnya.
Tengku Aydan dan Harraz keluar dari perut kereta mewah, disambut oleh pelayan di situ. Mereka berjalan beriringan masuk ke dalam halaman banglo dua tingkat itu dengan penuh karisma kelelakian. Kedua-dua rakan baik itu sedar banyak mata yang memerhati sebaik sahaja mereka melangkah masuk.
"Look, who is here!"laung satu suara yang tidak asing dari telinga mereka.
Bibir Tengku Aydan serta-merta menguntum senyuman lebar. Dia amat kenal dengan suara itu. Siapa lagi kalau bukan Daniel, sahabat akrabnya sejak sekolah rendah. Syukur kepada hadrat Ilahi persahabatan mereka masih kukuh sehingga hari ini.
Ditakdirkan untuk berpisah seketika setelah mereka memilih universiti yang berlainan kerana telah diatur hala tuju oleh keluarga. Daniel dihantar ke Australia manakala Tengku Aydan ke London.
Tengku Aydan dan Daniel terus berpelukan erat seperti abang dan adik yang lama terpisah. Daniel menepuk bahu sahabat yang dirinduinya itu. Raut wajah tampan Tengku Aydan sempat dipandang sekilas. Ya, semakin berupa dan ada sedikit kematangan di wajahnya.
"Long time no see, bro! I missed you so much!" Mereka melagakan penumbuk tangan.
"Miss you too. Apa yang kau perhati? Aku masih orang yang sama. Takde yang berubah,"terang Tengku Aydan tanpa dipinta. Dia ketawa apabila Daniel berpura-pura seperti berfikir sesuatu.
"Really? Hmm, I don't think so." Daniel jongket kening sebelah.
Tengku Aydan hanya menggeleng kepala sebelum mengerling ke arah Harraz yang setia berdiri di sebelah. Dia hampir lupa kewujudan lelaki yang turut bersama mereka pada malam itu. Macam manalah dia boleh terfikir nak ajak Harraz? Alih-alih, dia yang lupa ingatan kat mamat ni! Memang cari nahas betul!
"By the way, kau kenal kawan aku ni kan? Dia Harraz Mikael."
Daniel menoleh pada seorang lelaki berbadan tegap yang diperkenalkan oleh Tengku Aydan. Baru perasan. Pupil mata dibesarkan beberapa darjah, cuba mengecam gerangan lelaki berjaket kulit itu.
Harraz Mikael? Harraz... Mikael? Macam pernah dengar nama tu?
"Harraz, this is Daniel. Daniel Dato' Firas."
Daniel seperti teringat sesuatu. Aha!
"Oh, aku ingat dia! Gila tak kenal Harraz Mikael Tan Sri Raihan? Siapa tak kenal bakal pewaris syarikat perhotelan terbesar negara dengan 52 buah cawangan di seluruh dunia. Satu dunia kenal,"kata Daniel seraya mengangguk-angguk apabila berjaya mengecam muka Harraz.
Dia menghulurkan tangan untuk berjabat dengan rakan kepada sahabat karibnya itu. Huluran tangan disambut dengan senyuman kecil.
"Nice to meet you, Daniel."
YOU ARE READING
Kalau Sudah Tertakdir | C (IN EDITING)
Teen FictionSLOW BURN WARNING ⚠️ "Aku rasa aku kena ingatkan balik siapa diri kau. Mana tahu kau dah lupa ingatan? Kau dan kembar kau tu cuma anak angkat je sedangkan aku anak kandung sebenar. Raisya Qistina binti Nizam bukan Raisya Qistina binti Tengku Mokhtar...