BAB 6

307 14 1
                                    

Pen dakwat hitam yang aku pegang dihempas perlahan pada meja. Buku latihan AddMath yang baru separuh muka surat aku tulis jawapan ditolak ke depan. Nak rehatkan otak daripada menatap angka-angka yang berjela panjangnya. AddMath kalau sehari tidak buatkan aku rasa nak muntah memang tak sah.

Tak dinafikan aku agak terdorong ke arah sains dan matematik sejak kecil. Setiap tingkah laku dan buah fikiranku dipastikan semuanya berlandaskan logik akal agar tidak terlalu mengikut perasaan. Orang tua dulu kata ikut hati badan binasa. Jarang aku mempercayai kata-kata orang dulu sebab sesetengah hanya pantang larang semata-mata tapi tidak termasuk pepatah yang ini. Kali ni aku sokong seratus-peratus.

Kerusi yang aku duduki ditolak ke belakang dan aku bingkas bangun. Rongga mulut terasa kering-kontang dan tekak yang berasa haus meminta untuk dibasah. Sejak dua jam aku terperap dalam bilik mengulang kaji, aku belum lagi mengisi perut dengan apa-apa makanan. Jadi alang-alang itu aku hayunkan langkah ke tingkat bawah dan tegak ke arah dapur.

Mesin air Coway yang sederhana tinggi di sebelah sinki aku hampiri. Cawan kaca yang dicapai dari rak aku tonggak di para mesin. Biarkan air panas mengalir memenuhi cawan. Aku bawakan cawan ke rak yang terletak bekas berisi serbuk minuman pelbagai jenis. Serbuk Milo aku capai dan letak dua sudu besar ke dalam cawan sebelum dikacau hingga larut.

Diminum tanpa gula dan susu pekat. Pelik kan aku? Orang lain kalau boleh nak masuk bersudu-sudu gula dan banyak susu pekat. Tapi aku entahlah, Milo kosong sudah cukup kena dengan tekakku. Aku pun bukan jenis picky eater jadi semua benda aku boleh telan. Tolak batu dengan kayu je.

Termasuk yang aku pegang ini, kira sudah empat biskut Hup Seng aku telan. Biarpun hanya biskut kering yang tawar tanpa rasa, jikalau dicicah dengan minuman panas memang ngam betul. Sedar-sedar je boleh satu balang dilantak seorang.

Tin biskut diletak semula ke tempat asal apabila perut memberi isyarat untuk berhenti. Air yang berbaki separuh aku teguk lalu dibawa ke singki untuk dibasuh. Macam selalu apabila perut sudah penuh, mulalah mataku terasa berat. Mengantuk punya pasal. Terpaksa juga aku gagahkan kaki memanjat tangga ke bilik tidur.

Bilik Sara yang bertentangan dengan bilikku aku pandang. Cahaya yang keluar dari celah pintu menunjukkan lampu masih terpasang. Maknanya penghuni di dalamnya juga belum merehatkan badan dan bersengkang mata kerana peperiksaan besar yang mendatang.

Aku menjeling pada skrin telefon pintar. Jam 12 malam tepat. Agak lewat dibandingkan hari biasa kerana selalunya kami sudah tutup lampu sekiranya jarum menyentuh angka 11 malam. Acah-acah jaga kesihatan sebab tak nak cepat nampak tua. 15 minit sebelum diisi dengan sesi mencuci muka dan memakai skincare.

Kadang-kadang rasa kasihan pun ada. Sejak belakangan ini, boleh dikira hampir setiap hari kami berdua tidur lewat gara-gara bimbang persediaan yang dibuat tidak cukup. Hasilnya lahir dua lingkaran hitam serupa mata panda elok terletak di bawah pelipis mata. Aku apalagi tepek facial mask sebelum tidur dan pakai eyes mask untuk memudarkan semula bekas hitam.

Aku melangkah ke bilik Sara untuk melihat keadaannya. Baru sahaja aku berura-ura mengetuk pintu, aku terdengar suara orang yang sedang berbual dari dalam. Suara lelaki dan perempuan. Spontan, langkahku mati.

"Nanti saya call awak balik. Saya pun tengah study ni."

Sayup-sayup telinga aku menangkap butir perbualan mereka seperti kehilangan fungsi. Sayangnya satu patah huruf pun aku tak faham. Haih, telinga aku malam-malam ni bukan boleh guna pun.

Oleh sebab malas hendak menjaga tepi kain orang, aku menghayunkan langkah ke bilikku semula. Bimbang kehadiranku di sebalik pintu disedari oleh Sara.

Pintu bilik ditutup rapat lalu aku menghentak katil. Badan terus disandarkan pada bahu katil dan mata terus terpejam rapat.

Kalau Sudah Tertakdir | C (IN EDITING)Where stories live. Discover now