Wajahnya diraup berkali-kali. Peluh mula merenik di dahi menandakan hari semakin panas. Dikerling sekilas sukarelawan-sukarelawan yang sedang sibuk dengan tugas mereka Ada yang mengangkat kotak yang berisi barang keperluan dan ada juga sedang membersihkan halaman rumah.
Matanya terhenti pada seorang gadis riuh memasak bersama sekumpulan orang-orang tua. Cepat benar Sara menyesuaikan diri. Dia kelihatan langsung tidak kekok melayan dan berbual mesra. Sempat Harraz menangkap butir-butir perbualan antara gadis itu dengan mak cik di situ.
"Sara memang pandai masak ke? Ligat je tangan tu mak cik tengok," tegur seorang wanita tua atau lebih mesra dipanggil 'nek Timah'.
"Kalau nak kata pandai tu, takdelah pandai sangat. Hobi suka-suka."
"Beruntung siapa yang dapat Sara sebagai isteri. Nasib mak cik tak ada anak lelaki, kalau tak mak cik pasangkan sebagai calon isteri mithali," puji nek Timah melambung. Dia sudah berangan-angan ingin bermenantukan Sara
"Apa yang untungnya mak cik? Saya ni setakat tahap 'ikan bilis' je." Sara tersenyum nipis. Terhibur dengan pujian spontan nek Timah.
Terus Sara mengalihkan perhatian pada lauk ayam masak merah yang sedang mendidih di dalam kuali kawah di hadapannya. Dibubuh sesudu kecil lagi secukup rasa ke dalam masakan. Resepi ini dipelajari sendiri daripada Tengku Aminah.
"Biar mak cik rasa kuahnya dulu." Nek Timah mencapai satu sudu kecil lalu meceduk sedikit kuah ayam masak merah dan sempat juga dihidu baunya.
"Bau boleh tahan sedap." Nek Timah terangguk-angguk sendiri. Tatkala sudu itu disuap ke dalam mulutnya, dia tersenyum lebar. Rasa pekat, masin dan manis semuanya cukup.
"Macam mana, nek? Sedap tak?"soal Sara tidak sabar.
"Sedap. Dah lama mak cik tak rasa masakan kampung." Ibu jari nek Timah ternaik ke atas. Tekak terasa loya dengan makanan yang disediakan oleh pihak pengurus rumah itu. Kalau tak bubur, makanan yang dimakan perlulah mempunyai khasiat yang penting kepada warga emas seperti mereka. Amalan suku suku separuh turut diaplikasikan dalam penyediaan makanan harian dan mereka juga terpaksa patuh pada garis panduan diet agar kekal sihat di usia lanjut.
Sara menghembus nafas lega. Nampaknya air tangannya kali ini menjadi. Ditambah lagi bantuan daripada orang-orang tua di situ, kerjanya yang sukar menjadi mudah.
"Intai sape tu? Nilah anak muda sekarang, hati kata mahu tapi malu."
Tersentak Harraz apabila ditegur sebegitu. Habis terpelanting span yang dipegang sehingga selamat mendarat pada baju t-shirt putihnya. Dia mengurut dada. Kus semangat.
Tapi masalahnya bukan itu. Baju yang basah pantas dikipas sekuat hati walau dia tahu sia-sia je usahanya. Haih..kalau tahu jadi camni, dari rumah dia tak pakai baju warna putih. Sudahlah jarang memang jelas kelihatan enam ketulan roti elok terbentuk di sebalik pakaian.
"E-er, pak cik buat apa kat sini? Bukan sepatutnya sekarang sesi menerima sumbangan ke?"tanya Harraz tergagap-gagap. Riak terkejut sehabis baik disembunyikan.
"Suka hati pak cik lah nak pergi mana. Yang kamu ni dok ngendap anak dara orang pahal?" Pak cik itu jongket kening, hendak memprovok Harraz.
Harraz telan liur kesat. Siapa suruh menghendap Sara, kan dah kantoi!
"Mana ada. Pak cik salah faham je kot." Harraz buat-buat menggosok span pada tembok rumah yang diselaputi tahi cicak. Modal cover line.
"Yerlah tu. Kalau malu, biar pak cik yang sampaikan. Kamu suka budak perempuan yang tengah masak tu eh?"tebak pak cik itu.
Kepala Harraz terus tunduk ke bawah merenung jubin lantai yang becorak abstrak. Lama. Seketika, dia angguk perlahan.
"Saya suka dia. Tapi saya tak pasti dia suka saya ke tak,"jawab Harraz jujur. Walaupun pahit untuk diluah dalam kata-kata namun itulah kenyataan yang terpaksa diterimanya.
YOU ARE READING
Kalau Sudah Tertakdir | C (IN EDITING)
Teen FictionSLOW BURN WARNING ⚠️ "Aku rasa aku kena ingatkan balik siapa diri kau. Mana tahu kau dah lupa ingatan? Kau dan kembar kau tu cuma anak angkat je sedangkan aku anak kandung sebenar. Raisya Qistina binti Nizam bukan Raisya Qistina binti Tengku Mokhtar...