PROLOG

1.4K 25 0
                                    

Tak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tak. Tak. Tak.

Makin aku jalan, makin hati aku kuat memaksa untuk aku terus melangkah. Rasa ada yang menarik untuk aku singkap. Jadi aku ikut sahaja apa yang dikata hati.

Tirai plastik yang dipenuhi titisan air sejuk aku selak. Merendahkan sedikit kepala lalu berjalan seperti biasa. Suhu dingin menyengat ke dalam tulang belulang. Mengapa semua tempat dalam bangunan ini sejuk-sejuk?

Sebuah papan yang juga sejuk bila disentuh permukaannya aku pandang.

Morgue.

Serta-merta aku rasa seram sejuk. Lagi sejuk daripada tadi. Mungkin kerana aku memasuki kawasan yang dihuni entiti lain. Sejuknya lain macam. Semakin kuat gigilan badanku.

Seperti yang aku pernah lihat, bilik mayat biasanya menyeramkan. Cuma yang beza bilik ini dihuni insan-insan yang mulia hatinya. Yang sememangnya tak gentar akan tibanya kematian. Yang hatinya seratus peratus berjuang kerana agamanya.

Mereka para pejuang di jalan Allah.

Mereka mempertaruhkan segala hidup mereka pada prinsip yang sama.

Aku? Hanya hamba yang hidup bersenang-lenang tanpa pernah terdetik untuk mencurahkan bakti demi agama. Masih jauh tersasar dari landasan sebenar mengapa aku diciptakan ke dunia.

Austin Jayden Aaron Louise.

Atau nama Islamnya, Firdaus al-Qarar. Seindah nama syurga. Sebaik jasanya ketika hidup.

Tak sanggup aku membuka rak simpanan mayat. Bau mereka langsung tak hanyir. Bau wangi. Namun tak dapat aku tafsirkan betapa wangi bau-bau bakal penghuni syurga.

"Schatz, apa sayang buat kat sini?"

Aku menyinggung senyum. Dia tahu aku suka buat hal sendiri. Lagi-lagi di tempat ini.

"Saje. Nak lawat ahli-ahli syurga,"jawabku.

"Kenapa tak ajak abang? Risau tau tadi. Ingat manalah sayang hilang." Tengku Aydan merangkul pinggangku.

Aku tak menjawab soalan Tengku Aydan.

"Dah, jom ikut abang. Mereka dah tunggu."

Kepala mengangguk. Namun sempat aku pandang ke belakang.

Satu hari nanti hidup aku juga akan berakhir seperti mereka. Hanya sahaja cara kami mati akan berbeza.

Adakah baik keadaanya tika aku didatangi malaikat maut?

Adakah mudah sakaratul mautku?

Wallahu Alam.





إِنَّ ٱلَّذِينَ لَا يَرۡجُونَ لِقَآءَنَا وَرَضُواْ بِٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَٱطۡمَأَنُّواْ بِهَا وَٱلَّذِينَ هُمۡ عَنۡ ءَايَٰتِنَا غَٰفِلُونَ ٧ أُوْلَٰٓئِكَ مَأۡوَىٰهُمُ ٱلنَّارُ بِمَا كَانُواْ

"Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan (tidak percaya akan) pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu dan orang-orang yang melalaikan ayat-ayat Kami. Mereka itu tempatnya ialah neraka, disebabkan apa yang selalu mereka kerjakan." [QS. Yunus : 30]

Kalau Sudah Tertakdir | C (IN EDITING)Where stories live. Discover now