SLOW BURN WARNING ⚠️
"Aku rasa aku kena ingatkan balik siapa diri kau. Mana tahu kau dah lupa ingatan? Kau dan kembar kau tu cuma anak angkat je sedangkan aku anak kandung sebenar. Raisya Qistina binti Nizam bukan Raisya Qistina binti Tengku Mokhtar...
Telapak tangan ditiup dan digosok berkali-kali sebelum ditekap ke muka. Cuaca di ibu kota Scotland, Edinburgh sangat sejuk berbanding hari biasa memandangkan musim salji sedang melanda negara itu. Suhu yang rendah terutamanya pada awal pagi itu begitu terasa hingga ke tulang sumsum. Disebabkan itu, baju sejuk disarung ke tubuh bagi memberi haba sepanjang hari.
Jalan raya di kota itu masih lengang. Bukan kerana hari tersebut merupakan hujung minggu atau hari cuti peristiwa, tetapi realitinya penduduknya lebih gemar untuk berjalan kaki atau menunggang basikal ke tempat kerja.
Bahkan warga emas turut kelihatan berjalan kaki di lorong-lorong dengan setia ditemani tongkat di tangan. Walaupun langkah dilihat agak perlahan namun turut digagahkan sekuat tenaga supaya tidak ketinggalan dalam mengamalkan gaya hidup sihat.
Bagi mereka, cara ini lebih sihat dan satu langkah awal untuk menangani penyakit berbahaya. Tenaga yang diperoleh daripada makanan dapat digunakan setiap kali kaki digerakkan atau dikayuh. Tidak dihairankanlah jika penduduk benua Eropah semuanya sihat dan berbadan normal.
Beberapa minit kemudian, langkah terhenti di hadapan sebuah bangunan. Aku mendongak kepala dan memandang tidak percaya dengan ketinggian bangunan itu. Otak cuba membayangkan betapa luasnya perpustakaan yang terletak di dalamnya.
Terpampang besar nama 'The University of Edinburgh, MainLibrary' pada pintu masuk. Langkah diorak masuk melalui pintu automatik sebelum menuju ke arah perpustakaan.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
JARI jemari runcingnya ligat menari pada kulit buku yang tersusun kemas di atas rak. Matanya tertancap pada judul pada muka hadapan sebuah buku. Judul 'Start With Why : How Great Leader Inspire Everyone to Take Action' yang tercetak dalam huruf besar dibaca dengan teliti.
Malangnya, aku baru tersedar buku yang menarik perhatianku itu terletak di rak paling atas. Tangan dipanjangkan sedaya upaya untuk mencapai tetapi tidak sampai.
Keluhan panjang dilepaskan. Walau aku berketinggian 170 cm namun masih tidak dapat menandingi ketinggian rak buku yang jauh lebih besar daripada tubuhku yang kecil.
Aku bukan jenis yang cepat mengalah begitu sahaja. Kaki cuba dijengket sedikit. Nasib baik aku memakai ankle boot harini, kalau tidak mesti aku sudah jatuh terpelecok.
Tiba-tiba, terasa ada tangan kasar lain yang mengambil buku yang menjadi sasaranku lalu ditarik keluar dari rak itu. Aku tersentak. Spontan kepalaku tertoleh menghadap si gerangan yang membelakangi tubuhku. Sekali lagi mataku mencerlung besar.
Jarakku dengan orang itu dikira amat dekat dan hanya beberapa inci sahaja di antara wajah mereka. Nafas berbahang milik lelaki tinggi lampai itu terasa menghembus setiap bahagian mukanya.
"Do you want this book?" Charles menghalakan buku yang baru dia curi daripadaku.
Aku kenal lelaki berdarah asli Scotland itu. Charles ialah salah seorang penuntut The Univerity of Edinburgh Business School, sama sepertiku. Kami juga mengambil kursus yang sama, iaitu MA Business and Management.
Nasib bagaikan tidak menyebelahiku, kehadirannya agak menjengkelkan lebih tepat memburukkan pandangan mata yang selama ini sesuci bayi baru lahir. Ditimpa lagi pada manusia sepertiku yang tidak suka orang menempel setiap masa. Rimas tahu tak?
Jangan salahkan aku sekiranya Charles seringkali menjadi mangsa tempelakku. Di mana ada aku, di situ ada dia. Tak habis setakat itu, riuh satu kampus dengan gosip murahan bahawa kami berdua sedang menyulam cinta sehinggakan timbul gelaran 'The Lovebird Couple' untuk percintaan tak pernah aku bayang pun.
Nak lebih-lebih, tengok kakilah!
Aku mengangguk lambat, cuba sedapkan hati. Janganlah mat saleh ni buat hal pulak! Ketika aku berura-ura mengambil buku yang dihulurkan, Charles lekas mengangkat buku itu lebih tinggi. Senyumanku terus memudar.
"I deadly fall in love with you, pretty. Why don't you just reciprocate my love?" Charles berbisik perlahan di cuping telinga milikku.
Geli geliman aku dibuatnya apabila lelaki itu tiba-tiba meluahkan bait cinta. Bukan tak pernah dia berbuat begitu. Tapi makin hari makin aku naik menyampah dengan sikap miangnya. Macam kucing tengah mengawan!
"Sorry ya! Unfortunately, I'm not interested at all,"tolakku sambil mencebik sinis. Aku menggeleng laju lalu sepantas kilat merampas buku di tangan Charles tanpa lelaki itu sedari. Sempat kasut lelaki itu menjadi sasaran pijakan kakiku. Tanpa buang masa aku melajukan langkah ke arah meja yang aku duduki awal tadi.
Charles berdecit perlahan dan mengikut langkah Raisya ke meja. Geram kerana gadis itu selalu jual mahal dengannya dan sangat sukar didekati. Gadis itu seperti jinak-jinak merpati, nampak sahaja mesra dan ramah tetapi sebenarnya sangat sukar dipikat.
"Playing hard to get? That's what I like,"bisik Charles dalam hati.
Kerusi berhadapan Raisya ditarik. Senang hendak merenung segenap wajah mulus gadis itu. Raisya yang sedang ralit membaca buku ditenung dalam.
"Excuse me, Charles. Can't you see what am I doing right now? Can you leave me alone?"marahku sebelum menutup semula buku yang dibaca. Gigi diketap geram apabila aku mula berasa tidak selesa menjadi santapan mata Charles berlabuh. Seolah pakai baju tapi dibogelkan dengan pandangan mata nakalnya. Seram!
"Sure, dear. But, until you agree to have a relationship with me."
"I'm sorry again, Charles. My religious doesn't allow me to do that. Having a relationship or being a couple before getting married is uncouraged. Please understand my situation well," terangku panjang lebar mengenai hukum yang termaktub dalam agama Islam, agama peganganku sejak keluar dari rahim ibuku.
Apa yang lelaki itu fikirkan? Ingat aku perempuan murahan yang senang-senang akan memusnahkan maruah dengan menjual diri.
"Oh my god! What a ridiculous religion! Don't you think that becoming a Muslim is difficult and tiring?"tanya Charles berpura-pura terkejut.
Aku mengangkat wajah menatap Charles dengan muka yang serius. Menyirap darahku apabila Charles mula mempermainkan agama yang dianuti sejak dilahirkan. Kalau lelaki itu hendak menyakitkan hatiku, masih boleh terima lagi. Sekali isu agama mula disentuh, aku tak akan berdiam diri.
"Why are you really care with my business? Look at you, I kinda feel pity sometimes. Don't you want to know why? Cause... that's what people who don't have religion look like." Santai aku membidasnya.
"Come on, Raisya! Your life is so boring. Just being like other girls, having fun and enjoying themselves with guys as long as they are young." Charles menjawab selamba biarpun aku tahu dia sudah malu besar selepas dibidas bertalu-talu dengan ayatku.