BAB 25

214 8 0
                                    

Sehelai abaya satin berwarna merah ditekapkan bersebelahan dengan tanganku. Aku menggeleng. Macam pekat menyala sangat warnanya. Aku mencapai blouse putih tak bercorak yang tersangkut pada almari lalu diamati perbezaan warna dengan kulit. Agaknya mata aku memang bermasalah hari ini.

Sebab selama ini sesi pemilihan baju tak pernah sesukar ini. Paling lama pun dalam 10 minit. Apa yang aku rasa berfesyen dan ikut trend terkini, aku terus sarung pada badan.

"Kau buat apa lagi tu, schatz? Dah beruban aku berdiri kat luar."

Suamiku. Dia bersandar malas secara mengiring pada dinding sambil merenungku tepat. Aku mengurut dada yang turun naik.

"Awak ni! Kenapa suka buat saya sakit jantung?" Refleks tanganku melontar sebuah bantal ke arahnya. Namun dia lagi lincah mengelak. Satu lagi bantal peluk yang sebesar patung beruang dituju ke sasaran. Tak terkena. Seolah dia dapat membaca pergerakan aku yang seterusnya.

Bibir Tengku Aydan naik sedikit. Sinis.

"Kau ni boleh tahan ganas. Nasib aku dah selalu kena train," sindir Tengku Aydan seraya menyusun balik semua bantal yang menjadi mangsa amukanku.

"Train?" Laju perkataan itu meniti di bibir. Entah kenapa hati dijentik rasa aneh. Rasa macam perkataan itu tak menggambarkan dirinya yang sebenar. Sebab kehebatan naluri seorang isteri tak pernah salah meramal masa hadapan. Cuma dihitung cepat atau lambat sahaja, semua perkara akan berlaku sekelip mata.

Dia cepat meningkah.

"Tak ada apa-apalah. Yang kau ni dari tadi berdiri depan katil ni kenapa?" soal Tengku Aydan tukar topik. Berbalik kepada tujuan asal dia menyerbu masuk ke bilik tadi.

"Pilih baju. Saya tak tahu baju mana yang sesuai,"kataku sambil mengeluh panjang. Punggung dijatuhkan duduk di kerusi sisi. Bukan main banyak pakaian yang diselongkar dari beg bagasi, namun tiada satu pun yang elok pada mataku.

"Lek eleh, pasal baju rupanya. Kau pakai jelah apa-apa yang kau selesa sebab bukan nak pergi mana pun. Makan terus balik."

Lelaki tetap lelaki! Istilah mudah dan ringkas seumpama kembar yang memantul imej lelaki tak kira zaman. Pakai kain pelikat pun boleh selamba keluar rumah. Bak kata lelaki, benda boleh simple buat apa nak susah kan?

"Mana boleh! Saya bukan nak berlagak tapi kalau tiba-tiba terserempak dengan fans, tak pasal imej saya buruk sebab pakai selekeh."

Aku bertukar emosional. Bukan sebab cerewet, tapi aku perlu cepat mengadaptasi diri dengan realiti pancaroba dunia hiburan. Selangkah kakiku menapak ke jalan ini, memang tidak boleh toleh belakang semula.

Sekali aku masuk, segala tangisan dan raungan sekalipun air mata darah tak bernilai. Sebab hatiku sendiri yang membuat pilihan. Jiwa dan raga mesti dikentalkan untuk menangkis perit liku yang mendatang sebagai seorang selebriti.

"Yelah, aku faham. Influencer terkenal satu Malaysian kan? Aku ni siapa je kenal?" Suaranya seperti jauh hati.

Senyuman mengejek automatik terukir. Aku dah masak sangat dengan perangai azali dia, mana pernah tahu merajuk dengan apa yang diperkata orang. Cold hearted! Kalau dia terasa hati pun, rajukannya pasti tak berkekalan lama.

"Alolo... awak merajuk ke? Ke awak nak saya nyanyi? Ala..ala ala ala sayang... ting ting tang ting tang ting sayang..."Provok aku sengaja menggelegakkan hatinya yang sedia mendidih. Tak percaya? Tengok tu dah muncul dua tompok merah besar di dua pipinya.

"Sengau siot suara kau! Diamlah!" Tengku Aydan tutup telinga rapat sambil menggoyang kepala ke kiri dan ke kanan. Kesian member tengah stres dapat isteri yang suka menyakat seribu kali ganda mengalahkan dia yang manja.

Kalau Sudah Tertakdir | C (IN EDITING)Where stories live. Discover now