BAB 10

275 11 0
                                    

Dua minggu berlalu. Pada malam itu, rumah agam tiga tingkat itu meriah dengan kehadiran sanak-saudara dan tetamu yang datang berkumpul. Tengku Aminah dan Tengku Mokhtar mengadakan majlis doa selamat secara kecil-kecilan. Sempena meraikan tiga beradik itu yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara pada minggu berikutnya.

Tengku Aydan buang pandang ke arah kerumunan tetamu yang hadir. Tidak mahu berlama-lama, Tengku Aydan bawa langkah ke dapur. Gelas kaca dicapai sebelum dia menuang jus buah yang diambil dari peti ais ke dalamnya. Kerusi ditarik. Jus buah perlahan-lahan diteguk sedikit demi sedikit.

Oh, lega!

"Aydan?"

Terus Tengku Aydan menoleh ke arah gadis yang baru sahaja melangkah masuk ke dapur. Haih....tak boleh ke beri dia ruang untuk bersendirian. Macam takde kerja lain ke?

"What're you doing here?"soalku hairan apabila melihat Tengku Aydan duduk bersantai di dapur.

Tengku Aydan hanya memekakkan telinga. Dia bangun dan menyimpan semula kotak jus buah di dalam peti ais. Gelas yang telah digunakan dibawa ke sinki dan dibasuh sehingga bersih.

"Awak dengar tak saya tengah cakap ni? Awak ingat saya tunggul."Aku sudah bercekak pinggang. Geram kerana Tengku Aydan berterusan tidak mengendahkan pertanyaanku.

"Aku dengar,"balas Tengku Aydan acuh tak acuh.

"Ramai orang cari awak. Mama pun risau pasal awak tapi boleh pula awak buat hal,"jelasku berang.

"Pahal diorang sibuk cari aku. Bukan ke ni majlis kau dengan Sara. Aku tak naklah nanti orang kata aku ni tukang sibuk."

"Who'said that?"

"Akulah yang cakap,"ujarnya dengan nada mendatar.

Tengku Aydan menuju ke gantung buaian yang terikat pada siling beranda. Tubuh disandar padanya. Buaian dihayunkan ke depan dan ke belakang.

"Mana ada. Papa kata majlis ni untuk awak jugak. Bukan ke awak dapat sambung belajar jugak?"

Street....

Terhenti hayunan buaian gantung itu. Tengku Aydan bangun dan mula berjalan sepanjang balkoni. Senyuman sinis dia hadiahkan kepadaku.

"Bullshit. Haha....so funny!" Meletus ketawa Tengku Aydan.

"Kenapa ketawa? I'm not making a joke." Terangkat kening sebelah kananku.

"Kau ingat aku tak tahu? Don't act like stupid."

"What do you mean, Tengku Aydan?" Berkerut dahiku apabila Tengku Aydan berkata begitu. Aku tak faham dengan perangai lelaki itu yang sering cakap sepatah-sepatah. Suka berkias. Mana aku tak pening kepala.

"Bukan aku bodoh. Sebenarnya aku tak dapat pun tawaran, tapi semuanya sebab papa." Dia mengeluh sebelum membuka cerita di sebalik seribu satu tanda tanyaku.


" Dia mengeluh sebelum membuka cerita di sebalik seribu satu tanda tanyaku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Kalau Sudah Tertakdir | C (IN EDITING)Where stories live. Discover now