BAB 3

366 12 0
                                    

Kaki terjingkit diatur perlahan-lahan sepanjang ruang koridor dewan. Jam tangan dijeling sekilas untuk melihat spesifik masa. Jarum jam hampir menyentuh angka 10 malam, jadi dia dapat agak di luar sudah larut malam.

Serupa James Bond tingkahnya, tidak henti tertoleh ke belakang. Bukan senang peluang sebegini datang. Apa lagi, dia segera hilangkan diri setelah rakan rapatnya semua sibuk dengan hal masing-masing. Dengan dunia mereka sendiri.

Ok, line clear!

Laluan karpet merah dilalui tenang sambil mata diliarkan ke sekitarnya. Dinding putih berukir corak awan larat dan gubahan bunga-bungaan langsung mengalihkan perhatiannya. Penglihatan yang samar-samar hanya diterangkan dengan simbahan cahaya lampu dinding neon.

Kaki bagaikan tidak mahu berhenti melangkah. Liang halus roma-roma seakan berdiri tegak apabila badan terkena tempias air hujan yang semakin lebat. Seram juga berjalan sorang-sorang.

Huhu.......

Tangisan seorang perempuan jelas ditangkap telinga. Haih, ini yang buat dia lagi tak senang duduk. Firasatnya kuat berkata dia akan didatangi lembaga hitam berpakaian putih, yang selalu dimomokkan dalam filem hantu Malaysia. Terbayang wajah menakutkan itu dalam minda. Mukanya dipenuhi nanah berlubang menjadi tempat permainan si ulat putih bersuka ria.

Kepala digeleng laju. Mahu bayangan mistik itu hilang daripada minda. Tak mungkin waktu riuh macam ni hantu boleh muncul, dia cuba menyedapkan hati. Langkah tetap diteruskan walaupun mulut tidak henti berzikir, melafazkan ayat suci al-Quran.

Satu langkah. Dua langkah. Hatinya kata tidak tapi kakiku masih degil untuk mencari sumber suara itu datang. Apatah lagi dia jenis orang yang tinggi rasa ingin tahu. Semua benda main belasah. Apa yang jadi nanti belakang cerita.

Pap!

Bahunya ditepuk kuat. Badan automatik berpusing ke belakang. Austin rupanya. Boleh pulak lelaki kacukan Jerman-Malaysia ini gelak kecil. Lawaklah tu dapat tengok mukanya yang cuak seperti lepas nampak hantu raya!

"Eh, kau ni agak-agaklah kalau nak takutkan aku! Kau datang sini buat apa?"marah Harraz sambil mengurut dadanya yang turun naik dek terkejut.

Tengkingan Harraz hanya dibalas segaris senyuman kosong. Tiada perasaan, bukan ikhlas daripada hati.

"He's waiting for you right now. Don't be late!"ujar Austin, membiarkan soalannya tadi tidak terjawab.

Lelaki itu. Dia tahu siapa yang Austin maksudkan. Seluruh tubuh kaku tidak memberi respon, reaksi spontan setiap kali nama itu naik. Dia telan air liur.

"What does he want this time?"

"Not sure. Just go and see him. You might know later, bro!"

"Huh! Apa lagi lelaki kuku besi tu nak sekarang?"rungut Harraz sebelum menyinsing kasar pelapik tuksedo sehingga paras siku.

"Don't act like I do not understand. Aku faham Bahasa Melayu, ingat tu!" Kuat tawa Austin meletus.

Mendengar peringatan mesra itu, Harraz menepuk dahi perlahan. Lupa mat saleh di hadapannya berdarah campuran Melayu juga. Bermastautin secara tetap di Malaysia sejak berumur 2 tahun mengikut ibunya, jadi tidak pelik sekiranya Austin menguasai bahasa ibunda dengan begitu baik.

Namun, tidak lama selepas itu Austin berhijrah ke Jerman bersama ayah kandungnya dan terus tinggal di sana. Dengar cerita, dia dijaga oleh ayahnya setelah ditarik balik hak asuhan daripada mahkamah Negara. Atas faktor si ibu tak bekerja dan tiada pendapatan tetap. Itu jelah yang dia tahu, lebih-lebih Harraz malas mahu masuk campur. Masalah keluarga diorang, pandailah urus sendiri.

Kalau Sudah Tertakdir | C (IN EDITING)Where stories live. Discover now