BAB 22

208 8 0
                                    

"NAK jalan-jalan mana?"

Suara lunak seperti kanak-kanak perempuan yang baru menginjak akil baligh kedengaran dari corong telefon. Bukan, bunyi sahaja serupa. Hakikatnya orang yang aku hubungi malam ini ialah wanita dewasa yang sebaya denganku namun suaranya sengaja dilembutkan kerana teruja mendengar khabar berita yang aku bawa.

Aku menyengetkan telinga lebih rapat dengan bahu. Tak selesa untuk berbual dalam keadaan tanganku penuh dengan pakaian tidur milikku. Baju jalan dan baju tidur kepunyaan suamiku sudah dilipat terlebih awal sebelum aku mula menguruskan keperluanku sepanjang percutian.

"Langkawi. Tiga hari dua malam jugaklah kat sana. Mama beli tiket First Class untuk kitaorang, tak tanya akak pun,"beritahuku seperinci-perinci maklumat dengan nada geram yang amat sangat.

Bukan aku tak suka dengan pilihan mama malahan hatiku sebenarnya terpaksa mengakui betapa kelas kabin pertama itu memang memiliki tarafnya yang tersendiri. Harganya yang lebih tinggi berbanding bussiness class kerana setara dengan kemudahan esklusif yang ditawarkan kepada penumpang dan biasanya terdiri daripada golongan atasan atau hartawan.

Kebolehlenturan kerusi yang fleksibel menyebabkan penumpang dapat mengubah posisi kerusi menjadi katil atau tempat solat bagi Muslim. Boleh dipusing menghadap keluar ke arah tingkap atau ke dalam semula untuk menjamu selera. Turut disediakan tablet yang mengawal segala-galanya daripada memalapkan lampu sehingga menukar warna lampu.

"Weh, seronoknya! Last time kita pergi sana 6 tahun lepas masa cuti penggal,"kata Sara tak habis lagi dengan hasrat menggunungnya mahu ikut serta.

Melayang fikiranku sebentar terhadap kenangan percutian buat kali terakhir bersama papa sebelum dia menghembuskan nafas meninggalkan kami selama-lamanya. Seingatku, ketika itu kami bertiga masih berumur 17 tahun jika ditolak enam daripada umurku sekarang.

"Tak boleh ikut ke?" Sara masih tidak berputus asa untuk memujukku.

"Urm... macam mana nak cakap eh? Akak bukan tak nak Sara ikut tapi abang ipar Sara tu bukan suka sangat. Sara faham kan?" Suaraku diperlahankan kepada vokal yang paling dalam kerana bimbang didengari oleh suamiku. Di lubuk hatiku, aku berharap sangat Sara boleh bertolak-ansur dan menelan kenyataan dengan statusku sebagai isteri orang.

Keadaan tak akan lagi sama seperti dulu. Jika sebelumnya kami boleh melepak berjam-jam dan pulang ke rumah lewat malam, sekarang akses itu semakin terbatas. Aku perlu memaklumkan kepada Tengku Aydan tentang keberadaanku setiap kali keluar ke mana-mana.

"Yelah..."

Pak!

Pintu bilik tidur terbuka. Batuk kecil seperti dibuat-buat untuk menyedarkanku akan kehadirannya di situ.

"Sara, akak letak telefon dulu ye. Abang Aydan dah masuk,"kataku meminta undur diri.

"Okay, kita berbual lagi nanti!"

Suara adikku di hujung sana hilang. Aku meletakkan telefon pintarku di atas katil sebelum sambung melipat bahagianku yang belum disiapkan.

"What did you call me just now?"soal Tengku Aydan sedikit syak. Suamiku mengambil langkah beberapa tapak menghampiriku.

Aku telan liur, tak enak rasa. Mahu sahaja aku menampar mulut nakalku kerana melepaskan satu panggilan itu sesenangnya meniti di bibir. Nakalkah aku jika aku merasakan imanku sedikit goyah apabila melihat dia yang melonggarkan tali leher merah bercorak kosong begitu seksi dari ekor mata.

"How's your dirty mind react after deeply staring on me, mein engel?"

Soalan mautnya dibiarkan tidak berjawab kerana telinga lebih tertarik untuk merungkai maksud di sebalik dua patah perkataan di akhir. Terus pandangan separa gentar aku talakan tepat ke arah anak matanya.

Kalau Sudah Tertakdir | C (IN EDITING)Where stories live. Discover now