BAB 19

183 10 0
                                    

Tidak! Aku langsung tersedar dari mimpi indahku. Helaan penuh kekecewaan dilepaskan. Siling putih bilik yang pertama ditatap mataku hari ini. Pancaran cahaya matahari yang menerobos melalui lubang tingkap menganggu lagi lena.

Mata dikelip berkali-kali sebelum aku menggeliat, cuba meregangkan anggota dan sendi yang lenguh. Barangkali kerana baring di posisi sama pada jangka masa yang lama. Baru sahaja aku mahu mengalihkan kepala, terasa ada tangan berotot yang melingkari leherku. Pantas aku tepis ke tepi dan tolak badan manusia yang begitu rapat denganku.

Bukk...

"Adoi! Siapalah yang bertuah benor tolak aku pagi-pagi buta ni?"gumam manusia yang baru menjadi mangsa tendangan kaki panjangku. Dan suara garau yang mengeluh panjang itu amat terbiasa pada pendengaranku. Ya Allah, Tengku Aydan!

Aku lupa yang aku sudah bersuami. Dahi diketuk kuat kerana bersalah dengan kebodohan sendiri. Terus aku terjunkan badan ke bawah katil untuk melihat keadaannya.

"Awak okey tak, Aydan? Ada cedera kat mana-mana?"soalku gelabah semacam. Soalan bodohku sekali lagi mendapat jelingan tajam suamiku.

"Takdelah, tak sakit pun! Rasa bahagia sangat sebab kena tendangan mesra daripada isteri sendiri." Dia menyindirku tapi tangannya terfokus pada buku lali kaki kirinya yang sakit.

Aku mencebik geram. Pertanyaan seriusku dibalas dengan jawapan tak semberononya. Nampak sangat soalanku tadi hanya masuk telinga kiri dan terus keluar dari telinga kanannya. Siapa tak sakit hati?

Cuping telinga Tengku Aydan yang sempurna terbentuk kejadiannya aku tarik sekuat hati. Biar padan muka! Sengaja cari pasal denganku yang memang bencikan jawapan tak tepat lagi palsu. Sedangkan aku bersusah payah menyusun ayat tadi untuk bertanya akan kecederaannya.

"Eh, betina sorang ni! Dahlah tadi kau dah buat dosa dengan aku. Ni dah tambah lagi satu dosa. Kau memang bercita-cita nak jadi isteri derhaka ke apa?"marah Tengku Aydan sambil bercekak pinggang.

Aku telan air liur. Isteri derhaka? Teruk sangatkah perangaiku sehingga dua patah perkataan itu meluncur di mulut lancangnya? Pantas aku geleng kepala. Tidak, Tengku Aydan yang memulakan permainan ciptaan ini dan dia sepatutnya bersedia jika perlakuanku sama sekali tidak senang pada mata kasarnya.

"Aah, memang saya teringin sangat!" Aku juling mata ke atas. Meluat dengan suamiku yang acah-acah alim dan meletakkan semua kesalahan pada bahuku seorang. Seolah aku ialah punca perkahwinan tak diingini ini berlaku dalam kamus hidupnya.

Padahal Tengku Aydan yang beria memaksaku untuk menerima lamarannya 3 bulan yang lepas. Kalau bukan disebabkan amanat arwah papa yang mahu melihat kami berdua disatukan, sampai hari Kiamat aku tidak akan menerima cincin belah rotan yang disarungnya semalam. Nak lebih dramatik lagi, mahu sahaja aku melarikan diri tanpa memikirkan perasaan mama terutamanya. Biar Sara yang menjadi penggantiku sepertimana yang sering aku tonton di kaca televisyen.

"Dah awak yang peluk saya tadi. Mana saya tak tolak awak tadi?"jelasku tanpa berdalih lagi.

Tengku Aydan mengerutkan kening yang hampir tidak nampak alisnya.

"Apa kau cakap? Cuba kau ulang balik! Aku apa? Aku peluk kau? Nonsense!" Dia menggeleng kepala laju, segera menidakkan kenyataan yang keluar dari mulut Raisya. Seumpama manusia yang tidak boleh menerima kenyataan bahawa dia telah melepasi batas yang dia tetapkan sendiri malam tadi. "Tak, tak mungkin." Kini gelengannya makin laju menggila.

Tindak tanduknya yang tidak ubah seperti orang luar kawalan mendatangkan satu perasaan pada hatiku. Sakit hati! Berderai seribu hatiku saat memandang reaksinya yang semampu mungkin menganggap kata-kataku hanyalah khayalan semata. Tipu daya murahan sahaja.

Kalau Sudah Tertakdir | C (IN EDITING)Where stories live. Discover now