SEMINGGU KEMUDIAN.
Pintu kaca diselak perlahan. Kepala dipanjangkan ke dalam. Mengusya gerangan pemilik pejabat kecil itu yang sedang sibuk menyiapkan kerja. Sebelum merempuh masuk, kena periksa dulu mood puting beliung gadis comel itu. Risau dia yang terbabas keluar dari tingkap akibat amarah tak tentu pasal Sara.
Jayden berdehem. Lantas gadis itu memanggung kepala. Bunyi detakan papan kekunci yang ditaip jari terhenti. Pen biru yang digunakan untuk membulatkan kesalahan pada borang audit kewangan syarikat dihempas pada meja.
Pap!
Kerusi berodanya laju diundur ke belakang. Bunyi yang agak kuat meletus akibat berlanggar dengan dinding. Dia memandang tajam lelaki yang berdiri di depannya sekarang. Orang kanan bos kuku besi dah mai dah!
"Apa?"
"Calm down, prinzessin. I'm stopped by to give you this."
"Bagi apa?"
"Just a strawberry shortcake and a cold milk." Jayden mengosongkan separuh kawasan meja yang bersepah dengan timbunan penyata cukai. Dialihkan pada meja tepi. Sebungkus polisterina berbentuk bento dan sekotak susu ditempatkan di sebelah termos merah jambu. Selamba dia jatuhkan punggung di kerusi berhadapan Sara.
"Tapi saya tak lapar lagilah, Jayden, kata Sara memberi alasan.
"Muka awak cengkung. Tak bermaya saya tengok. Pagi tadi awak tak pergi sarapan dengan yang lain kan?"
Sara mengeluh lemah. Obvious sangat ke keadaan tubuhnya yang semakin kurus melidi akhir-akhir ini? Garis rahang yang menonjol tajam disentuh.
"But look at me. Saya sihat lagi. Bukan pengsan pun sampai awak nak take care sangat pasal kesihatan saya." Sara garu kepala.
Belum sempat Sara membuka mulut, pintu biliknya dikuak kasar dari luar. Setiausaha kecil molek bosnya itu kelihatan tercungap-cungap mencari nafas sebanyak mungkin. Apabila nadi sudah berdenyut normal, baru Fira boleh bertutur semula dengan selesa.
"Sara, dah hantar report kat bos tak? Dia dah bising kat Fira dari tadi. Eh Jayden kat sini? Hah, saya baru ingat yang bos suruh Jayden jumpa dia sekarang."
Jayden menghentak-hentak kaki ke lantai. Terkumat-kamit mulut lelaki itu merungut panjang. Setiap kali dia dah beria nak tahu sesuatu, ada sahaja benda yang menghalang.
"Aishh... mesti Dato' kerek tu lagi!"
"Cepat tau Sara! Tengku Aydan bagi masa paling lambat 2 jam. Kalau lebih, Sara tahu kan apa jadi? Jayden ikut saya ke atas sebab nak bincang pasal projek semalam. Lepas ni bawak bos pergi jumpa client pulak," pesan Fira sebelum dia terlupa jika tidak disampaikan awal-awal. Dia kalau dah makan kenyang nanti, apa-apa yang bos cakap semua dah terbang entah ke mana. Tak nak kejadian tempoh hari berulang lagi.
Cepat Fira menggeleng sendiri. Dah insaf nirrajim dah ni!
"Okay, prinzessin! See you next time!"
"Ok, cepat pergi nanti bos singa awak tu marah kang. Saya pun ada kerja ni."
"Alright...."
Figura dua rakan sekerjanya itu hilang dari pandangan. Terus kepala yang sarat dengan masalah disandarkan pada kepala kerusi. Yang tidak akan menunjukkan tanda penghujung jika dia lama-lama menghadap benda yang sama. Kerja mana yang tak pernah habis.
Satu pergi, sepuluh kerja mari!
Kring... kring...
Mata Sara terbuka kembali. Diangkat kepala lalu ditalakan fokus ke arah telefon pintarnya yang menyala. Punat hijau digesek dan lambat-lambat dia merespon.
YOU ARE READING
Kalau Sudah Tertakdir | C (IN EDITING)
Novela JuvenilSLOW BURN WARNING ⚠️ "Aku rasa aku kena ingatkan balik siapa diri kau. Mana tahu kau dah lupa ingatan? Kau dan kembar kau tu cuma anak angkat je sedangkan aku anak kandung sebenar. Raisya Qistina binti Nizam bukan Raisya Qistina binti Tengku Mokhtar...