BAB 23

192 8 0
                                    

"Adik yang manis mahu berhenti kat mana?" Pekat loghat Tamil suara pemandu itu bertanya.

"Drop saya kat depan tu."

Melalui biasan cermin pandang belakang, pak cik berbangsa India itu mengangguk faham setelah ditala arah perhentian. Uber yang berwarna kuning terang bergerak lambat sebelum berhenti betul-betul di bahu jalan. Pintu dibuka.

"Lain kali jangan pakai comel-comel. Uncle yang tua ni pun suka tengok, lagi lelaki kat luar tu,"pesan pak cik lagi sambil menurunkan jendela kereta.

"Thanks uncle for your advice."

"Sama-sama adik manis!"

Sara terhibur. Rambut panjang yang beralun akibat tiupan angin yang agak kuat terus diselitkan ke belakang telinga. Skaf sutera berwarna hitam yang menjerut leher diikat lebih ketat.

Wajah seorang jejaka kacak menghiasi banner panjang yang dipasang menegak pada bangunan hotel. Sebaris nama tercetak besar di penghujung kain rentang yang hampir mencecah lantai. Mengundang senyuman bangga di bibirnya.

Harraz Mikael bin Tan Sri Raihan.

Rakan baik Sara sejak di bangku sekolah ketika ini semakin berjaya mencipta nama sendiri di mata masyarakat. Reputasinya yang amat memberansangkan membolehkan dia melebarkan sayap perniagaan dengan lebih luas lagi.

Der Prinz. Nama rasmi hotel yang dibangunkan oleh seorang CEO yang dikatakan agak muda umurnya dan masih mentah dalam dunia penuh kelicikan muslihat. Persepsi kuno orang zaman sekarang.

Tak boleh melihat orang lain lebih sedikit daripada kita. Dengki tengok orang lain berjaya sedangkan kita masih terkapai-kapai mencari kerja. Sepatutnya dijadikan sumber aspirasi untuk terus mengejar impian yang mahu dicapai. Bukan sibuk menabur fitnah sana sini, tak habis-habis menaruh rasa benci untuk menjatuhkan seseorang.

Oleh sebab hari ini merupakan pelancaran cawangan baharu hotel Der Prinz, Harraz menjemput Sara untuk datang jika ada masa terluang. Sara apalagi terus bersetuju tanpa banyak soal. Disebabkan jadual kerja yang longgar akhir-akhir ini kerana bosnya sudah selamat berbulan madu ke pulau Langkawi.

Karpet merah yang terbentang lurus menuju ke gerbang utama dilalui. Pelitup muka yang menyesakkan nafas dibuka. Disimpan di dalam poket beg tangan.

"Invitation card miss?"

Pergerakan Sara dihalang tangan berotot seorang lelaki penyambut tetamu. Skrin telefon pintar yang memaparkan kod QR ditunjuk sebagai bukti kehadirannya diundang. SOP normal di mana-mana majlis keramaian golongan berada.

"Done?"

"Yes, sure. You can enter now."

Mendatar suara lelaki itu memberi kebenaran. Tali penghalang yang disangkut pada besi pagar kecil ditarik untuk memberi laluan yang lebih besar. Pamphlet atur cara yang tertulis dalam bahasa Inggeris sepenuhnya dihulurkan kepada Sara.

"Thanks." Sara tunduk hormat.

Lobi hotel dimasuki. Sebuah chandelier tergantung megah pada siling hotel yang berkonsep mewah namun tidak ketinggalan menyuntik elemen seni Bauhaus dari Jerman. Menggunakan reka bentuk Jerman yang mengaplikasikan ciri keharmonian dan keselesaan dalam setiap elemen.

Sara terpegun sebentar. Dia tak lepas meliarkan mata ke sekitar dekorasi hotel yang begitu mengagumkan. Dia dapat mengagak yang Harraz merupakan peminat seni hiasan dalaman dari negara automotif nombor satu dunia itu.

"Welcome to Der Prinz! Enjoy yourself with the cuisines."

Seorang staf perempuan menyambut kedatangan Sara dengan tangan terbuka. Muka diikhlaskan untuk tetap mempamerkan senyuman sehabis mungkin. Pintu gerbang dewan besar ditolak ke dalam.

Kalau Sudah Tertakdir | C (IN EDITING)Where stories live. Discover now