03

196 37 8
                                    






━━━━┅━━━┅━━━━

"Saya dah ba-" Langkah dan kata-kata Ni-ki terhenti tatkala berada dihadapan pintu utama. Dia menunduk sebelum menapak masuk tanpa berkata apa-apa lagi.

Baru saja selangkah, kakinya sudah terpijak beberapa serpihan kaca yg bertaburan di atas lantai rumah. Dia menggenggam penumbuk melambangkan rasa sakit hati.

Beginilah keadaan rumahnya setiap hari, berselerak dengan botol-botol kaca arak yg diminum oleh kedua-dua ibu bapanya. Keadaan didalam tidak pernah kemas sama sekali. Makanan? Ni-ki mesti cari sendiri.

Kerja ibu dan ayahnya hanya lah duduk di rumah dan kemabukan sepanjang masa. Itu lah penyebab Ni-ki jarang berada didalam rumah kecuali pada waktu malam.

Kemudian, dia melangkah masuk ke dalam rumah itu begitu sahaja. Langsung tidak menghiraukan kakinya yg sudah terluka akibat kaca-kaca tersebut.

Dia merebahkan tubuhnya ke atas katil lalu menarik selimut sehingga paras perut, malam itu dia tidur dengan telapak kaki yg berdarah.

━━━━┅━━━┅━━━━

"Kenapa tak datang dengan ibu ataupun bapa kamu?"

Ni-ki mengabaikan soalan doktor dihadapannya itu. Apa yg dia mahu sekarang ni hanya lah menuju ke pantai dan melihat matahari terbenam. Dia ingin menenangkan dirinya.

"Nishimura Riki? Kamu kena bawa ibu ataupun ayah kamu, tak pun penjaga. Kita mesti bincang semua ni dengan diorang"

"Saya tak ada ibu bapa. Nenek saya pula tak larat nak datang sini" Akhirnya dia menjawab.

Terdiam doktor perempuan itu. Rasa serba salah.

"Maaf. Jadi, tumor didalam otak kamu dah semakin merebak dan dah mencapai tahap 4. Jangka hayat yg kamu ada pun semakin tipis,"

Ni-ki menarik senyum kecil.

━━━━┅━━━┅━━━━

Sudah 20 minit Ni-ki berdiri dihadapan rumah mewah itu, ragu-ragu ingin masuk ke dalam. Pandangan matanya jatuh melihat kakinya yg sedang bergerak menyepak beberapa batu-batu kecil ditanah.

"Riki? Kamu ke tu?"

Dia langsung menoleh saat mendengar dirinya disapa oleh seorang wanita tua. Bibirnya perlahan-lahan mengukir senyuman. "Ya, halmeoni.."

Nenek kesayangannya itu segera memeluknya dengan erat. Kepala Ni-ki yg bersarung dengan hoodie itu disapu lembut. "Cucu kesayangan halmeoni ni pergi mana? Dah seminggu tak balik-balik"

Ni-ki hanya mendiamkan dirinya.
Namun tak lama selepas itu kedengaran bunyi dia menarik hingus. Rupa-rupanya dia menangis dari tadi.

"Eh? Kenapa ni?"

Dia tidak menjawab dan terus menangis sepuas-puasnya.


























━━━━┅━━━┅━━━━

❝Sunset❞ + Ni-kiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang