ㅤ
ㅤ
ㅤ
ㅤ
ㅤ
ㅤ
━━━━┅━━━┅━━━━Namra kelihatan sedang fokus menyiapkan kerja sekolahnya. Tapi lama kelamaan fikirannya terbang entah ke mana, tangannya ibarat bergerak dengan sendiri. "Aku rindu dia..."
"Apa? Jangan ulang-alik pergi sana semata-mata nak jumpa dia? Pfft, SIAPA NAK JUMPA KAU?!"
Tanpa dia sedari buku latihannya sudah pun terconteng, sudah lah bukan pensil tapi menggunakan pen! "Heh dah tiga hari aku tak pergi pantai okey? Kau fikir kau siapa? Eleh"
"Tapi, aku boleh je pergi sana kan? Bukannya aku nak jumpa dia pun?"
"Aku memang suka tengok sunset kan?"
"Tch, jangan nak perasaan sangat aku nak jumpa kau" Dia segera bangun dan memasang niat untuk mencapai jaketnya.
"Ahh! Kerja sekolah aku! Takkan aku nak buat karangan balik!" Rasa ibarat ditampar setelah melihat buku latihannya.
"Anyway, mana aku simpan telefon aku eh?"
━━━━┅━━━┅━━━━
Hari ini Namra tidak menuju ke pantai dengan mengayuh basikal tetapi dia menaiki bas. Dia turun dan tanpa membuang masa lagi dia terus berlari. Harapannya hancur setibanya disana.
Ni-ki tiada.
"Aku memang dah tahu dah pun. Lagipun aku datang sini sebab nak tengok sunset bukan nak jumpa dia pun"
Namra melabuhkan punggung di atas bangku, tempat dimana dia dan Ni-ki makan bungeoppang beberapa hari lalu. "Aku tak sedih"
"Sumpah tak sedih"
"Aku tak.. sedih.."
Kepala ditundukkan apabila air mata mula mengalir. "Tak guna, aku jadi cengeng sejak kenal dia"
"..tapi aku risaukan dia. Dia tak ada hari ini. Macam mana kalau lebih 2 minggu pun dia tak ada?"
"Hah.. dia tak boleh siksa aku macam ni"
"Aku tunggu dia tapi tak tahu langsung apa yg akan terjadi dekat dia lepasni. Nombor pun tak ada"
Nampaknya, pergi ke pantai hari ini adalah satu keputusan yg sangat teruk. Dia berakhir dengan menangis seorang diri disitu sehingga larut malam.
━━━━┅━━━┅━━━━
2 minggu kemudian.
Sudah boleh dikatakan menjadi rutin hariannya untuk menuju ke pantai setiap hari. Barangkali, hari ini merupakan kali terakhir dia menjejakkan kaki ke sini.
Usah bertanya lagi, semua orang tahu Namra menantikan siapa.
Nishimura Riki.
Jikalau jejaka itu tidak memunculkan dirinya hari ini. Maka sudah tiba masanya untuk dia menerima hakikat bahawa Ni-ki sudah benar-benar tiada.
"Aku akan tunggu kau seharian dekat sini, Ni-ki"
Hatinya terus berdoa agar Ni-ki akan memunculkan dirinya hari ini. Namra tidak kisah tentang perkara yg lain, apa yg dia mahukan hanya lah jejaka itu.
Dia terus menunggu sehingga terlelap disitu.
━━━━┅━━━┅━━━━
KAMU SEDANG MEMBACA
❝Sunset❞ + Ni-ki
Romance❝The sunset is beautiful, isn't it?❞ In which two depressed teenagers fall in love at the wrong time. ┌ · · · · ♡ Draft : 17 february 2022 Start : 06 March 2022 End : 31 March 2022