17

138 30 4
                                    







━━━━┅━━━┅━━━━

Suara burung berkicauan dan angin dingin dipagi hari itu menyedarkan Namra dari tidurnya. Matanya terbuka dengan luas ketika tersedar, dia bukan berada di rumah tetapi tertidur ditepi pantai. Mujur tiada lelaki mengganggunya.

Tapi semua tu tak penting,

"Macam mana dengan Ni-ki? D-dia tak datang semalam ke?"

"Mungkin dia ada datang tapi aku tengah tidur.."

"Tapi mustahil dia biarkan aku"

Dia berhenti seketika.

Semalam Namra terlelap ketika seluruh pantai sudah menjadi kosong. Bulan pun sudah naik. Maknanya,,

Ni-ki tidak datang dan dari kata lainnya, jangka hayatnya sudah tamat.

Kedua-dua lutut Namra jatuh menyentuh pasir, tangannya menggenggam penumbuk sebelum menangis sepuas-puasnya. Satu-satunya orang yg mengambil berat tentang dirinya sudah tiada.

Namra harap semua ini hanya lah sebuah mimpi ngeri. Jika itu benar, dia ingin bangun secepat-cepatnya.

━━━━┅━━━┅━━━━





















7 bulan kemudian.

Seo Namra, 18 tahun, senior.
Sudah tiba masanya untuk dia belajar bersungguh-sungguh agar dapat memasuki universiti yg besar. Dia sudah berjanji pada dirinya sendiri untuk menjadi murid yg baik.

Matanya mengerling jam dinding sekilas. 4pm. Entah mengapa, setelah berbulan-bulan tidak menjejakkan kaki ke pantai, hatinya tiba-tiba tergerak untuk pergi ke sana.

Mungkin disebabkan hari ini merupakan hari lahirnya. Dia ingin menyambutnya bersama Ni-ki walaupun dia tahu lelaki itu tiada disana.

Tak mahu berfikir lagi, dia langsung menggalas begnya dan berlari ke luar sekolah.

"Hoi! Kau nak pergi mana ha?!"

Namra menoleh memandang seorang sekuriti yg sedang mengejarnya. Lantas, dia mengayuh basikalnya sepantas yg dia mampu.

━━━━┅━━━┅━━━━

Setibanya disana dia segera berbaring diatas pasir seakan-akan berehat di atas katil. Dia tertawa lega. "Fuh, nasib baik sekuriti tak dapat aku"

Kali ini dia menukar posisinya, dari berbaring kepada duduk bersila. Gula-gula lolipop berperisa mangga disumbatkan ke dalam mulutnya. "Tiba-tiba teringat Ni-ki"

Namra menyeluk poketnya lalu meletakkan lolipop berperisa stroberi disebelahnya. "Sebenarnya aku dah lama tak datang sini tapi disebabkan hari ni birthday aku, aku nak sambut dengan kau"

"Tapi kau tahu ke tarikh lahir aku? Tapi bila fikir-fikir balik aku pun tak tahu bila tarikh lahir kau.."

Namra terdiam. Hatinya tiba-tiba terasa sakit dan kesukaran untuk bernafas. Dia memegang dadanya. Kesakitan ini lah yg dia rasakan 7 bulan lalu disaat dia menerima kenyataan tentang pemergian Ni-ki.

Berderai air matanya tatkala terfikir semula, Ni-ki benar-benar sudah pergi. Walau selepas seribu tahun lamanya, dia tetap tidak dapat melihat wajah jejaka yg dia sayangi itu.

Rasa-rasanya, kalau Ni-ki tidak menghidap penyakit kanser bagaimana kondisinya sekarang? Pasti dia ada disini melihat matahari terbenam bersama Namra dan bertengkar mulut seperti biasa.

Tapi Namra mesti menerima kenyataan yg semua itu tidak akan terjadi lagi.

"Nangis lagi?"




























━━━━┅━━━┅━━━━

❝Sunset❞ + Ni-kiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang