ㅤ
ㅤ
ㅤ
ㅤㅤ
ㅤ
5:30pmCahaya matahari terbenam mendarat kemas pada permukaan wajah Ni-ki. Beberapa kelopak bunga daripada baby's breath yg ada pada genggamannya berterbangan di udara ketika bertiupnya angin pantai itu. Bunyi ombak laut, matahari terbenam, bunyi kecipan burung di pantai, suasana ini mengingatkannya kepada cinta hati pertamanya yg sudah tiada dan telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.
Orang itu ialah Seo Namra.
Gadis remaja yg kesunyian dan pergi dalam keadaan tidak tahu menahu tentang kebenaran bahawa Nishimura Riki masih ada setia menantikan kehadirannya yg tidak mungkin akan kembali lagi."Aku terlambat. Maafkan aku, Namra sayang"
Selama ini Ni-ki terus berjuang hidup demi Seo Namra. Semangat dan kebahagiaannya terletak pada gadis itu seorang. Malangnya, dia benar-benar sudah terlambat.
Seandainya Ni-ki tidak menghidap kanser otak, akan kah dua remaja ini dapat bersama? Jika dia tidak menuju ke luar negara pasti Namra masih bernafas hingga ke saat ini. Mungkin mereka berdua berpeluang untuk merasakan kebahagiaan dan keindahan kehidupan ini sekali lagi.
"Andai kata kau masih ada. Aku akan katakan dan tunjukkan semua kasih sayang aku pada kau"
"Semuanya tiada makna lagi tanpa kau, Namra"
Bibirnya membentuk senyuman kecil. Air mata terakhirnya jatuh ke air laut yg dalam itu. Biar lah kesedihannya ditelan dan tertanam di dasar laut.
Kakinya terus melangkah sehingga air melebihi paras dadanya. Mata dipejamkan dengan rapat.
Biar aku menyusul kau.
Kita hanya lah dua remaja yg malang jatuh cinta pada waktu yg salah.
━━━━┅━━━┅━━━━
KAMU SEDANG MEMBACA
❝Sunset❞ + Ni-ki
Romance❝The sunset is beautiful, isn't it?❞ In which two depressed teenagers fall in love at the wrong time. ┌ · · · · ♡ Draft : 17 february 2022 Start : 06 March 2022 End : 31 March 2022