ㅤ
ㅤ
ㅤ
ㅤ
ㅤㅤ
━━━━┅━━━┅━━━━"Sekarang, kita boleh tengok sunset macam biasa kan?"
Terkelu lidah Namra mendengar balasan daripada jejaka disisinya itu. Dia tak dengar ataupun buat-buat tak dengar? Namra mengaku sukakannya dengan suara yg cukup kuat dan jelas malah diulang sebanyak dua kali.
Dan Ni-ki mengabaikannya begitu sahaja?
Sunset? Penting sangat ke sunset tu? Matahari pun baru nak turun.
"Kau nak tahu sesuatu tak?" Tutur Ni-ki perlahan,
Dia tetap menyambung perbualannya walaupun tidak menerima respon daripada Namra. "Aku pernah cakap aku sakit mental dan fizikal kan? Okey, aku nak bagitahu pasal sakit fizikal tu"
Namra meneguk air liurnya, dirinya mulai berasa tidak sedap hati.
"Aku ada kanser otak. Tahap empat. Dah tak lama dah pun"
Namra memejamkan mata membiarkan air matanya mengalir. "Tengok tu, aku tak tahu apa-apa pasal kau. Kenapa kau rahsiakan daripada aku?"
"Mungkin sebab aku tak sepenting tu bagi kau?"
"Nishimura Riki, jangan buat aku maki kau" Dia memberi amaran dengan serius.
"Wah, pertama kali kau panggil nama penuh aku. Rasa suka pula. Berdebar-debar aku" Tak tahu erti serius, Ni-ki menyentuh dadanya sambil tersengih comel.
"That's why kau kena hidup lama kalau nak dengar aku panggil nama kau lagi"
Ni-ki menyentuh dagunya dengan jari telunjuk beberapa kali, berpura-pura berfikir. "Betul juga tu"
Namra menyeka air matanya, sudah puas menangis dan bersedih. Yg penting Ni-ki sudah kembali. Dia menghulurkan gula-gula lolipop kepada lelaki itu. "Nah, aku bawa lolipop setiap kali datang sini tau. Untuk kau"
"Oh cita-cita kau memang nak burukkan gigi aku ke?"
"Memang"
"Pfft"
Mereka berdua ketawa sakan seolah-olah tidak pernah bertengkar sama sekali."Eh, perisa mangga ke?"
"Ha'ah, kau tak tengok plastik dia ke?"
"Dah tengok tapi macam oren pun ada"
"Mungkin kau kena cepat-cepat buat pembedahan buang tumor tu sebelum aku pun kau tengok sebagai diri kau sendiri nanti" Namra bergurau, mengelakkan dirinya berasa sangat sedih dengan kebenaran bahawa Ni-ki menghidap penyakit kanser.
"Suka eh kau? Sini kau, aku balas cubitan haritu"
Belum sempat Ni-ki menggerakkan tangannya, Namra sudah pun melarikan dirinya terlebih dahulu. Tunggu apa lagi, dia lekas bangun dan mengejar gadis itu. "Yah! Jangan lari!"
"Buuu lambat lari! Kejar lah aku!"
"Kau sabar eh" Ni-ki menanggalkan kasutnya sebelum sambung mengejar Namra.
Mungkin disebabkan kakinya lebih panjang, dia berjaya menangkap gadis itu. Tentu saja, dia tidak mencederakannya.
Mereka berdua duduk semula dengan pernafasan yg termengah-mengah. Tak lama selepas itu Ni-ki memecahkan keheningan diantara mereka.
"Namra, tengok tu" dia menundingkan jari ke arah matahari yg sedang terbenam itu.
"The sunset is beautiful, isn't it?"
Lafaznya serta tersenyum manis.the sunset is beautiful, isn't it?
= i love you, but i’m letting you go━━━━┅━━━┅━━━━
KAMU SEDANG MEMBACA
❝Sunset❞ + Ni-ki
Romance❝The sunset is beautiful, isn't it?❞ In which two depressed teenagers fall in love at the wrong time. ┌ · · · · ♡ Draft : 17 february 2022 Start : 06 March 2022 End : 31 March 2022