ㅤ
ㅤㅤ
━━━━┅━━━┅━━━━Ni-ki menapak masuk ke dalam rumah, seperti biasa pasti lantai itu dipenuhi dengan kaca-kaca yg bertaburan seperti ianya bukan lah sesuatu yg berbahaya. Niatnya untuk berjalan diatas kaca-kaca itu terhenti ketika teringatkan kata-katanya sendiri dipantai kelmarin.
"Kita kena sama-sama bertahan, okey? Janji dengan aku"
Ni-ki masih ingat bagaimana jari kelingking mereka berdua bertaut.
Senyuman kecil terbit dihujung bibirnya. "Baik lah, aku dah janji dengan dia. Jadi aku tak boleh buat sesuka hati aku"
Ni-ki menyarungkan kaki ke dalam kasutnya semula lalu dia membuka langkah ke dalam biliknya. Setibanya dia di dalam, dia lantas mengemas katilnya yg bersepah.
Seingatnya dia sudah mengemas biliknya sebelum keluar tadi. Tapi dia tak hairan sebab perkara ini sering terjadi.
"Tak cukup dengan rumah, diorang pergi sepahkan bilik aku pula. Lepastu kerja nak tidur je" Ni-ki membebel tak puas hati.
Namun beberapa minit kemudian gerak gerinya terhenti tatkala teringat sesuatu. Dia memegang kepalanya yg sakit. "Ah.."
Air matanya mengalir perlahan-lahan, tiba-tiba sahaja anginnya berubah.
"..mungkin tak ada sesiapa sepahkan bilik aku tapi aku yg terlupa. Mungkin aku memang belum kemas hari ini"
"Aku hampir terlupa yg aku ada masalah ingatan. Aku mudah terlupa disebabkan tumor ni" Bisiknya perlahan.
Dia meraup muka frustasi. Tak cukup dengan itu dia turut menampar wajahnya beberapa kali. Terlampau tertekan sehingga berteriak dengan kuat.
━━━━┅━━━┅━━━━
Namra tersenyum kecil apabila mendapat plastik gula-gula lolipop yg dia cuba untuk tanamkan dipantai kelmarin. Dia terlupa untuk membuangnya. "Haih tiba-tiba teringatkan Ni-ki"
Tindakannya cuba untuk membuang plastik itu terhenti. Lama dia berfikir, akhirnya dia memutuskan untuk tidak membuang plastik itu dan disimpan ke dalam lacinya baik-baik.
Beberapa lolipop yg dia baru beli dikedai tadi dia masukkan ke dalam poket seluarnya. Jam dinding dikerling sekilas. 4:30pm, sekejap lagi matahari akan terbenam.
Tanpa berfikir panjang, dia segera menggalas begnya. Sempat dia memberitahu rakannya sebelum keluar. "Weh aku pulang dulu tau. Kalau cikgu tanya, cakap aku demam. Bye!"
Namra berlari tanpa rasa takut jikalau dia tertangkap ataupun akan didenda esok. Security yg cuba menghalangnya pun diabaikan begitu sahaja.
━━━━┅━━━┅━━━━
KAMU SEDANG MEMBACA
❝Sunset❞ + Ni-ki
Romance❝The sunset is beautiful, isn't it?❞ In which two depressed teenagers fall in love at the wrong time. ┌ · · · · ♡ Draft : 17 february 2022 Start : 06 March 2022 End : 31 March 2022