12

134 33 4
                                    




━━━━┅━━━┅━━━━

Namra menapak masuk ke dalam rumah seperti tiada apa-apa yg berlaku, sedangkan seharian dia tidak balik ke rumah. Si ayah yg kerisauan itu berjalan laju menghampirinya.

"Namra, kamu pergi mana seharian tak balik ha? Tidur dekat mana?"

"Tidur dekat gereja" Dia membalas selamba.

Tuan Seo meraup muka, jujur beliau serba salah dan menyesal atas perbuatannya semalam. Tangan anak perempuannya itu dicapai lembut, "Namra, ayah minta maaf ya?"

Namra sekadar menganggukkan kepalanya sebagai balasan. Kemudian dia menuju ke dapur. "Lapar lah, ada makanan tak aunty?"

Puan Seo ataupun lebih tepatnya lagi ibu tirinya itu tercegat tanpa melakukan apa-apa. Terkejut bila Namra bercakap dengannya,

"Tak ada ke? okey"

"Eh ada, ni dia. Ada banyak lauk-pauk boleh dimakan"

"Okey" Malas bertengkar, dia langsung menyantap makanan yg ada diatas meja itu.

Agak mengejutkan melihat dia bersikap begini. Namra bukannya suka akan keadaan keluarganya sekarang ini tapi dia lebih memilih untuk mengikut rentak mereka sahaja. Jika dia berterusan memberontak seumur hidup, dia sendiri yg akan keletihan.

Dia lakukan semua ini untuk dirinya sendiri.

Lagipun, Ni-ki sudah hadir didalam hidupnya. Kehadiran jejaka itu sudah cukup membahagiakannya.

━━━━┅━━━┅━━━━

Namra turun dari basikalnya, dia berjalan menuju ke pantai sambil tersenyum tanpa henti. Teruja dapat bertemu dengan Ni-ki sebentar lagi.

Namun, tak lama kemudian senyumannya luntur begitu sahaja. Ni-ki tidak datang hari ini.

Matahari sudah pun turun, tapi Ni-ki belum tiba. Kebiasaannya lelaki itu pasti datang terlebih dahulu daripada Namra. Nampaknya, gadis itu terpaksa melihat matahari terbenam seorang diri hari ini.

Dia mengeluh. Kenapa lah dia rasa sedih duduk ditepi pantai seorang diri.

"Tak sangka, tengok sunset tanpa kau rasanya sangat kosong dan menyedihkan"

"Tak dapat jumpa kau sehari, aku dah rindu"

"Haih, tak ada guna datang sini" Namra bangun dan membuat keputusan untuk pulang ke rumah. Rasa menyedihkan menikmati matahari terbenam itu tanpa Ni-ki disisi.













Keesokan harinya, dia menuju ke pantai pada waktu yg sama seperti kelmarin. Malangnya, Ni-ki tiada.

Dan keesokan harinya lagi, dia melakukan hal yg sama dan hasilnya pun tetap sama. Ni-ki tiada disana.

Beberapa hari berterusan dengan Namra melihat matahari terbenam seorang diri. Hari-harinya menjadi tiada makna tanpa adanya jejaka itu.

Ni-ki tiba-tiba menghilang meninggalkannya tanpa khabar.














"Aku rindu kau, Ni-ki"
















































━━━━┅━━━┅━━━━

❝Sunset❞ + Ni-kiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang