11

137 30 0
                                    






━━━━┅━━━┅━━━━

Sebenarnya, tak lama dahulu Ni-ki sudah hampir berputus asa untuk meneruskan hidupnya. Apa lagi setelah mengetahui fakta yg dia mempunyai tumor otak, semakin hilang semangatnya untuk bertahan hidup. Melihat matahari terbenam ditepi pantai pun perlahan-lahan tiada makna baginya.

Tapi Seo Namra mengubah segala-galanya, untuk beberapa alasan dia berasa sangat tenang saat melihat wajah Seo Namra. Apa lagi duduk bersebelahan dengannya, berbual bersama, bergelak ketawa bersama.

Lama-kelamaan tujuannya menuju ke pantai lagi bukan lah untuk menenangkan diri tetapi untuk menemui Seo Namra.

Ni-ki tahu, dia sudah pun tertarik pada Namra sejak pertama kali dia melihatnya. Tapi dia tak pasti soal perasaannya terhadap gadis itu, sama ada dia menyukainya sebagai seorang perempuan ataupun hanya disebabkan dia seseorang yg menarik.

Katakan lah dia tiada perasaan istimewa terhadap Namra tentu dia tidak pernah keliru akan perasaannya, kan?

Ya, dia sudah pun jatuh cinta tapi dia enggan mengakuinya kerana jangka hayatnya yg singkat itu.

Ni-ki menghayunkan kakinya seakan-akan duduk diatas buaian. Bahagian kepala bungeoppang yg tinggal tersisa itu dimasukkan ke dalam mulut sekaligus. Dia mengelap telapak tangan dibajunya yg sudah basah.

"Aku sebenarnya tengah malu sekarang ni" Namra bersuara, memulakan perbualan.

"Eh? Ingatkan kau tak ada rasa malu"

Percuma sahaja dia merasa cubitan dipinggang, sebelum sempat menjerit Namra sudah pun menekup mulutnya. "Ummh!!"

"Ambil kau, suka sangat buat orang sakit hati" Bilang Namra sebelum melepaskan tangannya.

"Yah! Sakit lah!"

"Haih, aku nak berborak serius dengan kau pun susah"

Ni-ki berhenti menjadi dramatik setelah mendengarnya berkata sedemikian. "Okey maaf, sambung lah kenapa kau malu tadi"

Namra menjelingnya sebelum menjawab acuh tak acuh. Maklum lah, masih marah. "Sebab kau lah"

"Aik? Kenapa aku pula?"

"Dah kau pergi peluk peluk aku tadi! Puji aku, pegang tangan aku. M-mana tak m-malunya" Sedar dirinya terlampau jujur akhirnya dia tergagap-gagap.

Ni-ki yg tidak menunjukkan sebarang reaksi itu tambah membuatkan dia semakin malu. Pantas dia membuang pandangan ke kanan, menyembunyikan pipinya yg sudah memerah itu.

"Kalau ya pun, tak payah lah sampai melenting.." Balas Ni-ki perlahan, tidak dapat menyembunyikan senyumannya.

"Hm apa pun, terima kasih untuk hari ni. Kau berjaya buatkan aku rasa lebih baik. Bila jumpa kau, aku rasa semua masalah aku hilang"

"Sama, walaupun kita selalu bergaduh" Sambung Ni-ki pula.

Akhirnya Namra membalas pandangannya, lalu mereka berdua tertawa tanpa sebab. Mungkin kerana terlalu gembira memiliki satu sama lain.

Nampaknya, kebahagiaan itu tidak lah sukar untuk dicapai.


































━━━━┅━━━┅━━━━

❝Sunset❞ + Ni-kiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang