09

123 31 0
                                    




━━━━┅━━━┅━━━━

Namra bergegas menuju ke pantai, langkah kakinya melaju sebaik sahaja turun dari perut bas. Dia berlari sekuat hatinya mendekati pantai yg kosong itu, hujan lebat ditempuh begitu sahaja.

Sedang dia berlari, sedang dia berteriak melepaskan rasa sakit yg disimpan selama ini. "Ahh!!"

"Sial! Sial! Sial!"

"Aku benci semua ni!"

Tidak kisah menjerit sekuat apa pun kerana suaranya pasti akan terlindung disebalik suara hujan yg kuat itu. Namra melutut sambil menangis teresak-esak.

Sesungguhnya dia tidak dapat menanggung semua rasa sakit ini, hatinya yg kecil itu terlalu lemah untuk semua ini. Apa lagi melihat bagaimana ayahnya lebih mengutamakan isterinya itu berbanding dirinya.

Dia rasa ibarat tidak mempunyai sesiapa lagi didunia ini. Hidupnya hanya mempunyai dirinya sendiri.

Dia penat berlakon baik-baik sahaja. Dia penat menahan emosi selama ini.

"Aku penat.. Ibu.. Namra tak kuat,"

Kini kepalanya turut mencium pasir, dia menangis tanpa henti sehingga lah datang seseorang menepuk lembut belakangnya. Sentuhan itu berjaya menenangkan dirinya sedikit.

Kali ini tubuhnya ditarik ke dalam dekapan yg hangat itu, dia perlahan-lahan membalas pelukan itu dan mengeratkannya lagi. Air matanya terus mengalir.

Bau yg lembut ni..
Aku tahu bau ni milik siapa.

Nishimura Riki.
Dia sentiasa ada waktu aku perlukan seseorang.
Macam sekarang.

Aku gembira.
Aku suka.
Aku selesa.

Dia peluk aku tanpa mengatakan apa pun dan itu buatkan aku sangat tenang.

Jari jemari Ni-ki mengusap lembut belakang Namra, tidak lupa juga untuk membelai kepala gadis itu. Dia tak mahu bersuara ataupun bertanya.

Menyuruhya untuk berhenti menangis? Jangan. Menangis itu bukan lah perbuatan yg berdosa ataupun salah.

Lagipun dia faham, Namra pasti akan membahas tentang ini kemudian jika dia ingin meluahkannya. Ni-ki tak mahu memaksa gadis itu.

Dua orang remaja itu berpelukan didalam hujan buat beberapa minit.

Titisan titisan air jatuh ke atas permukaan bumi. Pasir-pasir pun bisa terangkat diudara apabila hujan turun dan itu menunjukkan bahawa kepala akan terasa agak 'sakit' apabila dijatuhi hujan.

Ni-ki membuka jaketnya lalu diletakkan diatas kepala mereka berdua bagi mengelakkan Namra kesakitan walaupun sedikit. Cukuplah mental gadis itu terseksa, jangan lah dia kesakitkan secara fizikal lagi.

Pelukan yg hangat itu menyelamatkan Namra daripada menggigil kesejukan walaupun untuk sementara sahaja.

Tidak pernah terlintas difikiran Namra yg dia akan mengalami semua ini didalam hidupnya,

Berpelukan bersama seorang lelaki ditepi pantai sehingga hujan berhenti. Dia bahkan tidak pernah terfikir untuk duduk sedekat ini dengan seorang lelaki. Apa lagi berpelukan begini.

Tapi tak sangka,
Sesuatu yg indah bisa terjadi didalam hidupnya yg suram itu. Semuanya disebabkan Nishimura Riki.































━━━━┅━━━┅━━━━

❝Sunset❞ + Ni-kiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang