10

143 32 0
                                    







━━━━┅━━━┅━━━━

Beberapa minit kemudian, hujan yg lebat tadi sudah pun berlalu dan belum ada sesiapa lagi yg kembali ke pantai itu memandangkan cuaca masih mendung dan dingin.

Namra dan Ni-ki duduk ditepi pantai sambil memeluk lutut masing-masing. Tiada perkataan yg keluar daripada mulut mereka berdua.

Namra berpura-pura berdeham sembari melirik wajah sisi Ni-ki. Tindakannya itu membuatkan jejaka muda itu tertawa kecil. "Kalau nak cakap something, cakap lah"

"Oh. Kau perasan rupanya" Namra menggaru kepalanya bersama sengihan.

"Mesti lah. Jadi kau nak cakap apa, hm?" Ulang Ni-ki lagi, dia mengubah posisinya untuk lebih fokus kepada si gadis.

Terkedip mata Namra disaat mendengar betapa lembutnya cara Ni-ki berbicara tadi. Cair hatinya.

Mengambil masa yg cukup lama untuk dia membalas. "Ada banyak benda yg aku nak cakap dan tanya tapi dalam masa yg sama aku tak tahu nak mula daripada mana"

Perkataannya yg panjang itu tidak diberikan respon oleh Ni-ki malahan lelaki itu berdiri lalu menghulurkan tangannya. Dia tersenyum. "Jum, aku belanja bungeoppang dekat depan tu"

Jawapan yg tiada kena mengena itu lah yg dia terima. Namun, dia menyukainya. Laju saja dia menyambut tangan Ni-ki.

"Sejuk-sejuk macam ni sesuai makan bungeoppang panas-panas"

Langkah kaki mereka berjalan serentak menuju ke kedai kecil yg terdapat dihadapan pantai itu. Sejurus tiba, Ni-ki langsung mengeluarkan dompetnya lalu bertanya.

"Kau nak berapa biji?"

"Lima je"

"Je?!"

Nada suaranya yg kedengaran seperti 'tidak percaya' itu membuatkan Namra merenungnya dengan tajam. Orang tengah sensitif tu.

"Oh okey okey, bagi saya 7 biji bungeoppang" Pesan Ni-ki sebaik sahaja memandang wajah Namra yg garang tadi.

Plastik putih yg berisi 7 biji bungeoppang sesuai dengan keinginan Ni-ki tadi diberikan kepadanya, tetapi tangan Namra lebih pantas. Dia merampas plastik itu terlebih dahulu. "Terima kasih"

Kemudian, dia jalan mendahului dengan tak bersalahnya. Ni-ki menggelengkan kepalanya sambil tersenyum, comel pula tingkah laku si Namra ni.

"Tunggu lah! Yg dua biji tu aku punya tau"

Namra menghulurkan dua biji bungeoppang kepada Ni-ki tanpa mengatakan apa-apa. Pipinya yg membulat disebabkan bungeoppang itu membuatkan Ni-ki tertawa suka. Hairan gadis itu dibuatnya.

"Apahal kau gelak gelak?"

"Kau comel lah"

Dia berhenti mengunyah tatkala mendengar 'pujian' itu, tiba-tiba saja dia rasa kepanasan padahal tadi bukan main sejuk. Sebelah tangannya bergerak menampar pipinya yg membahang itu. "Ish tak guna, aku blushing rupanya"

"Senyap pula. Jum duduk dekat bangku sana"

Membulat mata Namra ketika tangannya ditarik oleh Ni-ki, degupan jantungnya juga semakin pantas disebabkan sentuhan lelaki itu.

Mungkin, dia sudah pun jatuh cinta pada Nishimura Riki.





























━━━━┅━━━┅━━━━

❝Sunset❞ + Ni-kiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang