02

263 39 9
                                    







━━━━┅━━━┅━━━━

"Apa maksud kau tak ada nama?" Namra bertanya lagi. Dia menukar posisi dengan meluruskan kedua-dua kakinya dan kedua-dua tangannya lagi pula menyentuh pasir dibelakang.

Ni-ki membetulkan topi dikepalanya sebelum menjawab. "Kenapa? Kau rasa semua orang di dalam dunia ni kena ada nama ke?"

Namra terdiam sebentar dan tak lama selepas itu dia menganggukkan kepalanya. "Hm mungkin tak. Oh, kau tak ada ibu ataupun ayah, kan?"

Mulutnya melepaskan soalan offensive itu tanpa bertapis.

Walaupun begitu respon yg dia terima tidak seteruk itu, Ni-ki hanya tertawa kecil. Dia memeluk tubuh. Senyuman seolah berasa dungu terbit dihujung bibir.

"Boleh dikatakan macam tu lah. Kau pula macam mana?"

Namra yg sedang sibuk membuka plastik gula-gula lolilopnya tadi akhirnya memberikan perhatian kepadanya semula. "Ada, tapi macam tak ada. Aku tinggal dengan nenek aku" Kemudian, dia menyumbat gula-gula lolipop itu ke dalam mulutnya.

"Oh! Sama lah dengan aku! Aku pun tinggal dengan nenek aku" Mata Ni-ki yg bersinar-sinar itu mengatakan bahawa dia teruja menemui seseorang yg mempunyai latar belakang yg hampir serupa dengannya.

"Kau ni macam budak-budak lah, teruja sangat"

Ni-ki mencebik. "Aku bukan macam budak-budak tapi dia yg macam orang tua tak ada perasaan" Bisiknya tak puas hati.

Dia memalingkan muka ketika bahunya ditepuk beberapa kali oleh Namra.

"Dia dah datang" Beritahu Namra dengan penuh senang hati. Berkerut dahi Ni-ki, apa lah yg dimaksudkan oleh perempuan ni? "Ha?"

Mendengar itu Namra langsung menundingkan jarinya ke hadapan. "Tengok depan, sunset dah muncul"

"Ah.. maksud kau dia tu sunset ke? Faham faham" Ni-ki menggaru kepalanya sambil ketawa perlahan. Ada masalah komunikasi agaknya mereka berdua ni.

Selepas itu mereka berdua diam buat beberapa saat, masing-masing menikmati matahari terbenam. Ni-ki memejamkan matanya, dia lebih suka begini. Memejamkan mata, mendengar bunyi ombak, kicipan burung, merasakan angin dan cahaya matahari terbenam yg singgah diwajahnya.

"Bukan kau pun tertunggu-tunggu sunset ke? Kenapa tutup mata pula?" Soal Namra tak faham.

"Kejap je. Kau tak nak cuba ke?" Balas Ni-ki dengan mata yg masih terpejam rapat. "Fokus. Dengarkan bunyi ombak laut, kicipan burung, rasakan angin dan paling penting sekali rasakan cahaya sunset. Percaya lah, kau akan rasa seolah-olah masalah kau hilang untuk sementara"

"Macam ni lah cara untuk menghargai alam semula jadi" Sambung Ni-ki lagi.

Namra menyilangkan tangan di dada sambil membuat muka, sudah-sudahlah dia layan budak kuat mengarut ni. "Aku balik dulu"

Dia membuka langkah tanpa menunggu balasan daripada Ni-ki.

Pantas Ni-ki membuka matanya. Namra sudah semakin menjauh.

Sejujurnya dia berasa sedih apabila gadis itu membuat keputusan untuk pulang. Dia ingin mengenali gadis itu dengan lebih dalam lagi.

"Seo Namra!"
Si pemilik nama itu menoleh.

"Jumpa lagi"

























━━━━┅━━━┅━━━━

❝Sunset❞ + Ni-kiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang