13

130 28 2
                                    






━━━━┅━━━┅━━━━

"Kalau hari ni dia tak datang lagi, memang tak guna" Omel Namra sambil berjalan menuju ke pantai. Sudah genap 8 hari Ni-ki menghilang, batang hidung pun tidak kelihatan.

Cuaca hari ini sangat luar biasa dinginnya, mungkin salji akan turun tak lama lagi. Tiap kali Namra menghembuskan nafas, pasti ada asap yg turut keluar daripada mulutnya.

Tangan kanannya dimasukkan ke dalam poket jaket yg tersarung ditubuh. Langkah kakinya terhenti sebaik sahaja tiba dipantai, sesuai dugaannya..

Ni-ki tiada disitu.

Kepala didongakkan ke atas menahan air matanya yg hampir mengalir. "Tak guna, dia muncul entah dari mana, buatkan aku sukakan dia lepastu tiba-tiba menghilang bila aku perlukan dia"

"Kau jantan tak guna! Aku benci kau!" Dia menjerit kuat.

"Aku ke?"

Suara itu menyentakkannya. Jantungnya berdegup pantas memberi tindak balas kepada suara itu. Akan tetapi, dia tidak bisa menoleh.

"Aku buat salah apa pula sampai kau bencikan aku macam ni, hm? Kenapa?"

Namra mengepal tangan dan mengetap bibir menahan amarah.

Boleh pula dia tanya 'kenapa', bukan kah jawapannya sudah jelas

"Seo Namra? Kenapa diam?"

Boleh tahan lama Ni-ki menantikan jawapannya, akhirnya dia bersuara semula. "Aku datang kejap je. Duduk lah dekat tepi aku, sunset dah nak muncul tu"

Namra menghela nafas sebelum duduk disebelahnya.

Kelakuan Ni-ki sekarang sangat menyebalkan kerana dia kembali tanpa memberitahu sebab sebenar dia menghilang secara tiba-tiba. Lelaki ni tak tahu ke betapa risaunya Namra selama ni?

"Sampai hati kau kan"

Ni-ki yg sedang menikmati suasana sekelilingnya itu membuka matanya perlahan tatkala mendengar Namra bersuara. "Apa dia?"

"Kau tiba-tiba menghilang buatkan aku risaukan kau macam orang tak waras. Tunggu kau. Berulang alik ke sini semata-mata nak jumpa kau. Tapi kau datang macam tak ada apa-apa"

"Kau senang lah, kau yg menghilang, kau tak risaukan apa-apa. Sedangkan aku dekat sini penat fikirkan kau"

"Kau memang pentingkan diri sendiri ke?"

Ni-ki menundukkan kepalanya. "Maaf, sebab pentingkan diri"

"Aku bukan nak jawapan macam tu! Aku cuma nak tahu kenapa kau tiba-tiba menghilang, aku nak tahu kau okey ke tak!"

"Menjengkelkan. Aku tak tahu apa-apa pasal kau sedangkan aku sukakan kau"

"Aku okey je. Sekarang, kita boleh tengok sunset macam biasa kan?"

Ya Tuhan, jawapannya sangat menyakitkan hati.


























━━━━┅━━━┅━━━━

❝Sunset❞ + Ni-kiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang